Monday, August 19, 2013

8 Syawal....

Hari ini dah masuk 8 Syawal...  Terasa sekejap je masa ni berlalu dah seminggu kita raikkan Aidilfitri... masih ada waktu utk kita sama2 tmbh markah utk puasa 6 plk... sblm Syawal melabuhkan tirainya. 

dah puassss cuti raya, balik kampung... jalan2 lawat family... time ni dah ramai yg kembali mulakan tugas masing2... tp kt opis masih lg ada teman2 yg brcuti & MC... :-)

Dan, di musim ni ramai jgk yg ambk peluang utk meraikan teman2 plk... 'Open House'... mula ujung mnggu ni penuh dgn Open hse & Open office (kt pejabat pn ada jgk yg buat open hse)  

Disini aku ingin berkongsi beberapa menu-menu pilihan di rumah-rumah terbuka. Menu yang tak asing lagi ialah SATAY, KETUPAT dan RENDANG. (kalau tuan rmh tu org kelatte) wajib ada Nasi Dagang / Nasi Kerabu / laksa kelatte... and makan2 kelatte...  Ini juga menu kegemaran aku dihari raya.  Selain dari itu ada jgk pihak tuan rumah menghidagkan Mee kari, Mee goreng, Nasi Tomato, nasi Arab, Nasi Bukhari, Nasi Lemak, laksa, Spaghetti, makaroni, kuih muih, puding, kek serta pelbagai buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Antara menu popular rumah terbuka lain yang biasa kita jumpa adalah seperti SATAY, MEE REBUS, MEE KARI,  BIHUN SUP, KUEY TIAW GORENG, NASI BRIYANI, NASI TOMATO,  dan macam-macam lagi. Tidak lupa pencuci mulut seperti PUDING, KARAMEL, ABC/Cendol serta BUAH-BUAHAN.

So, selamat menjamu selera, sementara menikmati hidangan rumah terbuka jangan lah makan secara berlebihan. Walaupun negara kita kaya raya serta mewah dengan makanan, diingatkan juga supaya jangan terlalu membazir dan berpada-padalah.... ingatlah pd mereka yg tidak berkemampuan... 

Kalau ada kelapangan teringin jgk nak buat rmh terbuka tahun ni... (bagi anak2 seronok, blh jemput kwn2 dia org, jiran2, family n teman2) dah lama tk buat open hse & dh lama tk jemput kwn2 dtg rmh...  hhmm tapi nak masak aper yer... igt nak buat pd 31hb ni... smpt lgi kot... insya-Allah, moga ada kelapangan nnt... 


Salam Aidilfitri...




Friday, August 2, 2013

02 Aug 2013 / 24 Ramadhan 1434

Jumaat terakhir di Ramadhan tahun ini, banyakan berdoa selepas solat & disaat waktu berbuka Nanti, 
Ya Allah ya Tuhanku ampunkanlah dosa Kami, tetapkanlah kami atas agamaMu, lindungilah kami dari segala kejahatan… luaskanlah pintu-pintu rezeki kami… dan ya Allah, bantulah saudara Kami di mesir, Palestine, syiria, Myanmar Dan semua tempat, ya Allah bagikanlah Kami berjaya di dunia dengan kebaikan Dan diakhirat dengan kebaikan… ameen


Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan.  Malah, apabila ditanya oleh Aishah radhiAllahu ‘anha tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:
اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي
Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni

Ertinya:  “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”