KeBaikan &
Khasiat CokLat
1- Coklat
Untuk Kesihatan
Coklat dengan
kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan, kerana
coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid. Dengan
adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan
antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini
sering dianggap sebagai sumber antioksida. Disebabkan fungsi antioksidanya itu
maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan. Fenol, sebagai
antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu
mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu
mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun
darah tinggi. Selain itu, kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan
bebas kolestrol. Ia tidak menyumbat pembuluh darah.
2- Coklat Kaya
Vitamin
Coklat juga mempunyai
beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin
C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat
pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Koko pula terdapat sumber
magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh
mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan
masalah bulanan wanita, pra menstruasi
(PMS). Dengan menikmati coklat, ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan
harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita. Hal ini
boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
3- Coklat Itu
Menenangkan
Rasa tenang yang
timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja. Malah coklat
juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.
Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang
selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu. Selain
itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat
mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan
bersemangat. Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau the.
Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.
4- Coklat
Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat
adalah kecantikan. Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah
penuaan awal. Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia
kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
5- Coklat
Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga
mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan
menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa
tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yang boleh
digunakan untuk mengoda, coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.
6- Coklat
Untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa ramai
orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap
sebagai makanan cinta. Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan
mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut. Ini memberikan kesan
sensual bagi orang yang menikmatinya. Selain itu, coklat dapat memberikan kesan
nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.
My Choczdelicious ~ Szj |
My Choczdelicious ~ Szj
|