Monday, May 14, 2012

KeBaikan & Khasiat CokLat


KeBaikan & Khasiat CokLat


SweetChocZniCeCoLor....

1- Coklat Untuk Kesihatan

Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida. Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan. Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi. Selain itu, kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol. Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

2- Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,  kalium dan kalsium. Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita,  pra menstruasi (PMS). Dengan menikmati coklat, ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita. Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.

3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja. Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu. Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat. Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau the. Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan. Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal. Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Itulah alasan yang boleh digunakan untuk mengoda, coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

6- Coklat Untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta. Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut. Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya. Selain itu, coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.

My Choczdelicious ~ Szj

My Choczdelicious ~ Szj
My Choczdelicious ~ Szj

KeBaikan & Khasiat CokLat – part2


KeBaikan & Khasiat CokLat – part2

Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan. Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-

þ  Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
þ  Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
þ  Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
 
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
þ  15% Lemak
þ  6% Protein
þ  17% Karbohidrat
þ  15% Tenaga
þ  ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

6  Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
6  Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.
 
6  Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
6  Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
 
6  Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
 
6  Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
 
6  Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
 
6  Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.
 
6  Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

My Choczdelicious ~ Szj
? Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
 
? Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
 
? Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators dan Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the U.S.A.
 
? Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran.
 
þ  Coklat seringkali dikaitkan sebagai makanan ringan yang tidak mempunyai nilai pemakanan dan boleh memudaratkan kesihatan seperti kegemukan.
þ  Di sebalik tanggapan negatif ini, coklat juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan.
þ  Coklat  kaya dengan antioksidan seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
þ  Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
þ  Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan risiko jangkitan selsema dan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
þ  Justeru, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain.
þ  Selain itu, coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.


My Choczdelicious ~ Szj


3 kebaikan coklat gelap (dark Choc) untuk kesihatan

6  Sekiranya coklat yang berwarna gelap ini di ambil dengan jumlah yang berpatutan, ia boleh membantu seseorang untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Disini top5 akan menyenaraikan 3 kebaikan coklat gelap untuk kesihatan anda.
 
6  Mencegah penyakit jantung-  Seperti teh, coklat pekat/gelap mengandungi flovonoid, merupakan sebatian yang berfungsi sebgai antioksida. Flavonoid melindungi sel daripada molekul berbahaya yang disebut radikal bebas yang dihasilkan ketika tubuh menghadam makanan atau terkena sinar matahari atau asap. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan sel yang menyebabkan penyakit jantung. Flavonoid juga menurunkan tekanan darah dan mengurangkan kolesterol LDL (iaitu, kolesterol jahat) hingga 10 peratus.
 
6  Meningkatkan mood anda- Coklat gelap merangsang pengeluaran endorfin, bahan kimia di dalam otak yang membawa pada perasaan senang. Ia juga mengandungi bahan kimia serotonin, yang bertindak sebagai anti-depressant (anti-tekanan)
 
6  Melindungi kulit- penyelidik Jerman mendapati bahawa flavonoid dalam coklat gelap menyerap sinar UV, yang membantu melindungi dan meningkatkan aliran darah ke kulit, dan meningkatkan penghidratan kulit dan juga merupakan sebagai ejen awet muda.
 
Coklat gelap tidak mengandungi terlalu banyak kalori. Pakar menasihatkan seseorang mengambil tidak lebih daripada 3 auns coklat gelap setiap hari.


Sumber dari Internet ~ Szj