Wednesday, February 19, 2014

KEBAIKAN CUKA KURMA | PATI KURMA | CUKA EPAL | PATI DELIMA


Jom baca, fahami & rasai khasiat bagi menjaga kesihatan dalaman n luaran kita…

Bismillahirrahmanirrahim

CUKA KURMA



 

CUKA KURMA
APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kandungan Cuka Kurma:-
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Kebanyakan orang belum mengetahui khasiat "CUKA KURMA"
"BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY"

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).
Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
ý  Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

ý  Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.
ý  Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

CARA PEMAKANAN :-
Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:
Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x. Di niatkan didalam hati agar disembuhkan  oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar  dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.
0         Ambik 1 sudu campur 1 cwn air (blh tmbh madu) - guna sudu plastik  minum pagi sblm makan & waktu malam sebelum tidur. (boleh di ambik 3 kali sehari)

Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:
]  Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.
]  Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak. Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.
]  Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian. Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.
]  Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) . jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL CUKA KURMA INI?
ý  Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi (hypertension), kencing manis (diabetes), penyakit keturunan (masalah kolesterol dan lain-lain) dan apa jua penyakit yang wujud.
ý  Mereka yang mementingkan kesihatan.

ý  Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas (dos adalah separuh dos dewasa)

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit ada ubatnya”


Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit, oleh yang demikina mari kita beramai ramai mengamalkan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan “MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI” sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama’ perubatan Islam. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi.

Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-
1. dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
2. membuang darah kotor & melancar aliran darah
3. mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
4. melancarkan pergerakan usus
5. merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
6. memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
7. menurunkan tahap kolesterol
8. mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
9. membakar kalori dgn cepati
10. membuang toksin
11. merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
12. penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
13. mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
14. merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
15. mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
16. melancarkan pengeluaran susu ibu
17. melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
18. memperbaiki fungsi limpa
19. menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Antara yang utama, cuka dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.

Kaedah Pemakanan
KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur. Sebelum diminumhendaklah terlebih dahulu dibaca Al-Fatihah (1x), selawat keatas Nabi (saw) (3x), mohon KHAL diberkati dan akhirnya mohon agar disembuhkan penyakit yang dialami. Jika masam boleh diminum dengan campuran madu.


Apa itu Cuka Kurma?

KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?
Khasiat kurma terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara hadis Nabi saw ialah:

Terjemahannya: Terdapat di dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)

]  Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
]  KHAL TAMAR ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.
]  KHAL Tamar ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

KHAL Tamar dapat menyembuhkan penyakit yang sangat digeruni oleh setiap orang seperti:
0        Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
1        Detox, mencuci usus
2        Kencing Manis (menurunkan kandungan gula dalam darah
3        Darah Tinggi (mengekalkan darah pada tahap yang konsisten)
4        Membuang Kolesterol
5        Awet muda
6        Mencegah masalah asid berlebihan
7        Masalah gout (Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan dan dapat merawat masalah gout)
8        Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
9        Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
10    Membuang kolesterol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak dan kesumbatan di saluran jantung, lemak di buah-pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ
11    badan.
12    Mengurai susu dan darah jika keduanya membeku di dalam perut
13    Menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing tak puas bagi lelaki/perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (e-coli).
14    Mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu dan bermanfaat bagi limpa.
15    Menghalang bahaya ubat-ubatan farmasi. KHAL akan membuang dan mengeluarkan mendapan lama dan tinggalan ubatan farmasi dari badan.
16    Supplement harian walaupun tidak berpenyakit kerana KHAL tidak memudaratkan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

17    Membantu serta merawat pesakit asma, selesema, batuk yang berpanjangan, membuang kahak/ dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.


Pati Delima



Tahukah anda bahawa buah delima mempunyai khasiat yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang? Ia adalah buah syurga dan diberitakan di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali. Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga mencegah ketidaksuburan dan kemandulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra', dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MICROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KELENJAR PROSTATE
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat. Kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.




DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyanyuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).
menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.

Mengikut sejarah, buah delima secara tradisionalnya melambangkan kesuburan. Buah delima telah ditanam di Mesir sebelum zaman Nabi Musa. Ia telah ditemui di lembah Indus pada zaman awal dan terdapat perkataan Sanskrit untuk delima.

Antara Khasiat Buah Delima ialah:
1.      Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
2.      Melawan penyakit gout
3.      Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
4.      Merawat ‘sinus’
5.      Mengatasi masalah kekeringan vagina wanita secara semulajadi
6.      Meningkatkan tenaga
7.      Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
8.      Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
9.      Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
10.  Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
11.  Mengatasi masalah penyakit buasir
12.  Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
13.  Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua
14.  Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
15.  Menormalkan fungsi hati
16.  Menstabilkan peredaran darah
17.  Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
18.  Mencuci darah kotor
19.  Antioksida yang tinggi
20.  Menstabilkan paras kolesterol
21.  Mencegah penyakit jantung
22.  Menurunkan tekanan darah tinggi
23.  Mencegah penyakit barah
24.  Merangsang tenaga batin

ý    Jika kita lihat pada khasiat buah delima banyak penyakit yang boleh dirawat melaluinya. Amalan minum pati delima setiap hari insyaallah akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya.
ý    Jika anda ingin mendapatkan pati buah delima yang diambil dari 100% perahan buah delima tulen . Ia adalah pati delima gulsan yang diimport dari Turkey.
ý   

CARA PEMAKANAN :-
Sebelum mengambil Pati Delima digalakkan agar:
Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x. Di niatkan didalam hati agar disembuhkan  oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar  dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.

0        Ambik 1 sudu campur 1 cwn air (blh tmbh madu) - guna sudu plastik  minum pagi sblm makan & waktu malam sebelum tidur.

Antara khasiat Pati Delima :-
ý  Membaik pulih fungsi hati dan limpa.
ý  Mencuci buah pinggang dan salur kencing
ý  Membantu penghadaman.
ý  Membuang lemak-lemak berlebihan.
ý  Menambah tenaga.
ý  Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung.
ý  Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause.
ý  Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah.
ý  Merawat dan membaik pulih pesakit kencing manis.
ý  Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin.
ý  Mencantikan kulit kerana kandungan antioksida yang tinggi
ý  Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
ý  Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
ý  Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit
ý  Menghapuskan masalah cacing pada kanak2
ý  Mengatasi masalah kemandulan
ý  Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
ý  Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
ý  Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
ý  Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
ý  Membantu mengurangkan batuk dan lelah

Manfaat Pati Delima Untuk Wanita
1.      Menegangkan payudara
2.      Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
3.      Mencerahkan kulit
4.      Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
5.      Membuang lemak berlebihan terutama di perut
6.      Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
7.      Merawat dan mencegah kanser rahim
8.      Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
9.      Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
10.  Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang.
11.  Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj.
12.  Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
13.  Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

] Mencegah / Mengurangkan Kanser Payudara
Delima adalah sumber yang kaya nutrien berasaskan tumbuhan yang dipanggil asid elagik. Asid elagik menghalang aromatase, enzim yang mengubah androgen menjadi estrogen. Aromatase memainkan peranan penting dalam kanser payudara.  Kepekatan tertinggi asid elagik dijumpai dalam kulit buah delima. Ini bermakna anda akan menemui enzim ini pada ekstrak buah delima daripada dalam jus.

] Kehamilan - sumber asid folik
Jus delima adalah sumber asid folik yang penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Asid folik, juga dikenali sebagai folat, adalah penting untuk pembentukan sel darah merah dan DNA, yang mengandungi kod genetik tertentu setiap individu. Penyelidikan baru juga telah menunjukkan hubungan langsung antara tahap folat dan berat ketika lahir. Wanita dengan tahap yang lebih tinggi folat semasa awal kehamilan adalah lebih cenderung mempunyai lebih berat, dan oleh itu bayi yang sihat . Minum segelas harian jus delima hampir pasti cara yang paling mudah dan yang paling lazat untuk ibu mengandung untuk memastikan bahawa mereka dan bayi mereka mendapat 100 peratus elaun harian asid folik yang disyorkan.  Fakta: Di Iran, buah delima disarankan untuk wanita hamil kerana kaya dengan zat besi.

] Kedut - mencegah dan melicinkan kulit
Gabungan vitamin A dan vitamin E dalam delima membantu untuk mencegah pembentukan kedutan. Dr Ali, pakar kesihatan bersepadu yang terkemuka di Britain, menyenaraikan jus delima sebagai salah satu perkara yang terbaik anda boleh makan atau minum dalam menentang kedutan. Jus delima bukan sahaja dapat membantu untuk mencegah pembentukan garis-garis yang tidak diingini, tetapi ia juga boleh membantu untuk membuat kedutan yang sedia ada licin dan kurang ketara.  Fakta: Orang-orang Cina purba percaya bahawa jus delima boleh memberi keabadian.

] Kesuburan dan nafsu seks - meningkatkan kesuburan anda
Mungkin manfaat kesihatan yang paling menarik jus delima diceritakan sejak berkurun lama untuk meningkatkan kesuburan dan nafsu seks.  Fakta: delima adalah salah satu buah-buahan yang ditanam terawal. Bukti sejarah menunjukkan pokok buah delima 1 telah ditanam di sekitar 3000BC.

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
1.      Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
2.      Melancarkan peredaran darah
3.      Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
4.      Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
5.      Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
6.      Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
7.      Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
8.      Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
9.      Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
10.  Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi
11.  Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
12.  Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim (kembali dara. InsyaAllah)
13.  Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
14.  Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
15.  Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
16.  Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
17.  Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung
18.  Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
19.  Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
20.  Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
21.  Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah.

22.  mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata


Cuka Epal


Cuka epal memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi. Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang- orang Greek dan Mesir.

Cuka epal ialah sejenis cuka yang diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi.

Cuka epal sering digunakan untuk tujuan kesihatan selain daripada digunakan dalam masakan. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).











CARA PEMAKANAN :-
Sebelum mengambil cuka epal digalakkan agar:
Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x. Di niatkan didalam hati agar disembuhkan  oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar  dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.
0        Ambik 1-2 sudu campur 1 cwn air (blh tmbh madu) - guna sudu plastik    minum pagi sblm makan & waktu malam sebelum tidur. Minum semasa  perut kosong, boleh campurkan ke dlm Pati Delima dan paling baik minum bersama madu (3x sehari sblm makan)
                                               
[Petua: selain minum,boleh dijadikan toner -1 bahagian untuk cuka, 2-3 bahagian air, tinggalkan 10 minit kemuadian bilas, 3 kali sehari]

InsyaAllah manfaat Cuka Epal:
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

1.      Melambatkan proses penuaan dan mengimbangi keasidan dalam tubuh kerana asid tinggi menyebabkan mengantuk dan malas.
2.      Memecahkan pembentukan kolesterol dalam darah
3.      Memberi kesan baik pada rambut kerana mengimbagi pH level dan membunuh bakteria-membantu masalah rambut gugur dan kelemumur.[Petua:campur 1 sudu untuk sukatan 1 cawan air , gunakan untuk bilasan terakhir selepas menggunakan syampu dan kemudian bilas, 2 kali seminggu, lebih jika anda perlukan tetapi jangan setiap hari]
4.      Mengawal tekanan darah tinggi dan gout.
5.      Meningkatkan metabolisma badan serta membantu menurunkan berat badan.
6.      Membersihkan buah pinggang
7.      Menghilangkan sakit tekak,athma dan resdung.
8.      Membantu pemasalah pencernaan dengan membunuh parasit di dalam perut .
9.      Walau bersifat asid, tetapi dapat mengalkalikan badan , sesuai untuk penghidap gastrik.
10.  Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan kepenatan selepas bersenam.
11.  Membantu menghilangkan jerawat kerana fungsi sebagai anti bakteria, mengimbangi pH kulit dan menyerap lebihan minyak.
12.  Meningkatkan sistem imun badan
13.  Mencegah alergik.
14.  Meningkatkan daya ingatan.
15.  Menghilangkan selulit.


Merupakan makanan sunnah rasulullah saw...
Dalam perubatan Islam:
1) Amat baik untuk rawatan Santau Makan
2) Santau atau sihir merosakkan kulit

Antara kegunaan cuka epal ialah:
ý  Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
ý  Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi (disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan atau persekitaran), jangkitan sinus, selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
ý  Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
ý  Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
ý  Jika diambil sebelum makan, anda akan lebih cepat berasa kenyang. Epal cider juga akan melambatkan rasa lapar.
ý  jika anda memilih untuk turunkan berat badan secara tradisional, epal cider adalah jawapannya. Kita agak bimbang dengan kesan jangkamasa panjang pelbagai ubat kurus baru dicipta yang terdapat di pasaran.
ý  Pengambilan Cuka plus madu, beserta senaman dan menjaga pemakan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan secara tradisional.
ý  Kepada yang tidak mengalami berat badan yang berlebihan jangan risau, pengambilan apple cider tidak akan menjadikan anda kurus kering kerana yang dipecahkan adalah lemak bukan tisu otot anda.

Senarai khasiat cuka epal dan madu adalah seperti dibawah:
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemaK
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Cuka apple digunakan sejak 400BC oleh Hippocrates (bapa perubatan moden) sebagai tonik tenaga dan penyembuh.  "Since 400BC, Hippocrates, the father of modern medicine, and others, have used vinegar and vinegar mixed with honey, as an energizing tonic and a healing elixir"
Julius Ceaser menggunakan cuka epal sebagai tonik untuk tenaga dan kekal sihat dan pahlawan Samurai jepun menggunakannya sebagai minuman tenaga

ANTARA KHASIAT CUKA EPAL IALAH :
ý  Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses  penurunan berat badan.
ý  Membantu menyembuhkan pelbagai penyakit dan masaalah kesihatan seperti alergi yang disebabkan oleh binatang kesayangan, makanan mahupun persekitaran. Ia bagus untuk menyembuhkan jangkitan sinus, selsema,jerawat,  kolestrol tinggi, keletihan , sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis, gout  dan membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
ý  Membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Dengan itu kadar pembakaran lemak menjadi lebih  cepat dari biasa. Ia juga memberikan anda lebih tenaga untuk menurunkan berat badan.
ý  Membantu menurunakn kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan yang disebabkan pengumpulan lemak.
ý  Sebagai tambahan, jika cuka epal diambil setengah jam sebelum makan, akan dapat mengekalkan kenyang malah melambatkan rasa lapar.
ý  Melambatkan proses penuaan dengan mengimbangi keasidan dalam tubuh kerana asid yang tinggi  menyebabkan rasa mengantuk dan malas.
ý  Mengimbangi PH rambut dan membunuh bakteria yang menyebabkan klemumur  dan keguguran rambut.
ý  Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan gout.
ý  Membersihkan buah pinggang
ý  Membantu menyelesaikan masaalah pencernaan dengan membunuh parasit di dalam perut.
ý  Meningkatkan stamina badan dan mengurangkan keletihan akibat bersenam.
ý  Meningkatkan sistem imun badan
ý  Mengurangkan masaalah selulit

Justeru jika anda memilih menurunkan berat badan secara tradisional, cuka epal adalah jawapannya.
Pengambilan cuka epal bercampur madu yang disertakan dengan senaman dan kawalan pemakanan adalah cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Kepada yang tiada masaalah dengan berat badan, jangan risau kerana pengambilan cuka epal tidak akan menjadikan anda kurus kering. Kerana apa yang dipecahkan oleh cuka epal adalah lemak dan bukannya tisu otot.

CUKA EPAL BILA DICAMPURKAN DENGAN MADU MEMPUNYAI KHASIAT TAMBAHAN SEPERTI BERIKUT :

0      Merangsang pemecahan lemak  /Mencegah dan mengawal selulit / Membantu menwujudkan berat badan ideal.
1      Melancarkan perjalanan darah / Menghilangkan stress /Meningkatkan metabolisme tubuh
2      Menguatkan tenaga dalaman                       
3      Meningkatkan kecergasan, daya ingatan , emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
4      Membersihkan usus kecil dan besar.
5      Juga berfungsi sebagai anti-alergik, anti-septik, anti-anemia dan anti-ulser.
6      Melega dan mengurangkan masaalah kulit seperti jerawat
7      Menghalang penyerapan minyak dan penimbunan lemak
8      Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan ( pemparitan limfatik )
9      Melembabkan dan mengencangkan kulit.
10  Melangsingkan benjolan lemak yang tidak dikehendaki terutamanya di bahagian perut, lengan, pinggul dan peha.
11  Meredakan sakit dan sengal sendi
12  Menurunkan risiko penyakit jantung dan barah
13  Meningkatkan kesihatan membran paru-paru

ý Meningkatkan kesihatan tulang dengan menambah mineral tulang

ý Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dan mengekalkan tahap kolestrol darah



PATI KURMA


KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA KURMA
Antara khasiat kurma yg dikenalpasti dan teruji ialah:-
]  Mengatasi masalah sembelit - kerana kurma termasuk dlm makanan yg bersifat leksatif (pelawas) semulajadi yg beritndak melawas secara sederhana.
]  Merawat masalah dan radang usus - kerana kandungan nikotinik yg tinggi membantu pertumbuhan organisma pathological, seterusnya menggalakkan pembiakan bakteria baik di dlm usus. Kehadiran bakteria baik menyihatkan usus dan melancarkan pencernaan makanan.
]  Melancarkan dan menguatkan fungsi jantung - boleh mengurangkan risiko penyakit lemah jantung.
]  Meningkatkan stamina seksual utk lelaki dan wanita
]  Menyuburkan rahim wanita
]  Selalunya dijadikan makanan tambahan utk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita - boleh mencegah dan merawat masalah kemandulan).
]  Mengatasi masalah cirit-birit - kurma antara makanan yg mudah dihadam.
]  Amat bermanfaat utk ibu-ibu hamil bagi meredakan masalah mabuk dan menguatkan semangat mereka.
]  Membekalkan tenaga tambahan dlm masa yg singkat, mengelakkan rasa lapar yg keterlaluan.
]  Bermanfaat utk merawat penyakit kanser usus tanpa kesan sampingan yg merbahaya.
]  Membantu menguatkan otot dan sendi.
]  Membantu menurunkan panas badan dan memulih demam (dewasa dan kanak-kanak).
]  Mengatasi masalah gas dlm perut - meredakan penyakit gastrik.
]  Meningkatkan daya tahan tubuh.
]  Menambah darah dgn meningkatkan paras hemoglobin dlm badan.
]  Melegakan masalah pedih hulu hati.
]  Mencerdaskan minda - elok diamalkan oleh kanak-kanak di awal usia - membantu tumbesaran fizikal dan mental dgn baik.
]  Mencantikkan dan menambah seri pada kulit - menghidupkan sel-sel kulit, dan memberi lembapan asli pd kulit.
]  Mengatasi masalah nafas berbau.
]  Mengatasi masalah Lelah (asthma) - melapangkan saluran pernafasan.
]  Menurunkan tekanan darah tinggi.
]  Kurma kaya serat dan khasiat pemakanan yg sesuai utk merawat masalah kencing manis.
]  Anti-stress - merawat kemurungan .
]  Mencedaskan minda pelajar sekolah.

Sabda Rasulullah SAW:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Cara Amalan: (gunakan sudu plastik)
1 sudu besar sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur - Boleh diminum terus atau dibancuh dengan segelas air.

CUKA KURMA
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

KHAL TAMAR ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.

KHAL Tamar ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

KHAL Tamar dapat menyembuhkan penyakit yang sangat digeruni oleh setiap orang seperti:
]  -Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
]  -Detox, mencuci usus
]  -Kencing Manis (menurunkan kandungan gula dalam darah
]  -Darah Tinggi (mengekalkan darah pada tahap yang konsisten)
]  -Membuang Kolesterol
]  -Awet muda
]  -Mencegah masalah asid berlebihan
]  -Masalah gout (Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan dan dapat merawat masalah gout)
]  -Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
]  -Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
]  -Membuang kolesterol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak dan kesumbatan di saluran jantung, lemak di buah-pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
]  -Mengurai susu dan darah jika keduanya membeku di dalam perut
]  -Menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing tak puas bagi lelaki/perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (e-coli).
]  -Mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu dan bermanfaat bagi limpa.
]  -Menghalang bahaya ubat-ubatan farmasi. KHAL akan membuang dan mengeluarkan mendapan lama dan tinggalan ubatan farmasi dari badan.
]  -Supplement harian walaupun tidak berpenyakit kerana KHAL tidak memudaratkan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
]  -Membantu serta merawat pesakit asma, selesema, batuk yang berpanjangan, membuang kahak/ dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.

CARA PENGAMBILAN:
2 sudu besar cuka kurma (amalkan sebelum makan pagi, tgh hari, malam)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
“Ya Allah Rabb (pencipta dan pelindung) semua manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit (lain)".

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.

Cuka Epal adalah di antara makanan sunnah yang  harus dimasukkan dalam diet harian  untuk menjaga kesihatan dan  mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?

Seringkali apabila saya syorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada pesakit saya yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?

Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka  ini tiada khasiat atau nutrisi.

Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.

Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali.

Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.

]  Kurma yang berkali-kali disebut di dalam Al-Quran rupanya salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan dalam perut dan juga menghasilkan alkali.
 
]  Buah kismis dan buah tin, kedua-duanya merupakan makanan yang penting dan dianggap tinggi nilainya dikalangan orang-orang Islam, dan kedua-duanya adalah di antara makanan yang mengalkalikan perut.
 
]  Buah Tin mendapat banyak tempat di dalam Al-Quran dan juga penghormatan sebagai nama salah satu surah di dalamnya.
 
]  Halia juga menghasilkan alkali dalam perut. Halia bukan sahaja terdapat di dalam kitab Perubatan Nabi tetapi juga disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Insaan ayat 17. Halia dikatakan menjadi salah satu ramuan dalam sejenis minuman yang diberikan kepada ahli syurga. Ini merupakan satu nikmat yang besar kerana Allah Yang Maha Pemurah memberi kepada kaum manusia di dunia ini sesuatu yang terdapat di syurga, seperti juga buah delima dan anggur. Sudah pastinya ada keistimewaan yang luarbiasa pada makanan-makanan ini yang mendapat tempat di syurga dan dalam Al-Quran.
 
]  Asid gastrik adalah cecair yang dihasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan.
 
]  Tembikai adalah buah yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi dan juga adalah pengalkali perut. Rasululah SAW menyarankan pemakanan yang terdapat di tempat duduk sendiri oleh yang demikan, buah-buahan tempatan adalah yang terbaik untuk penduduk Malaysia.
 
]  Makan buah tembikai sebelum nasi, bukan di penghujungnya.
 
]  Bukan sahaja epal dan pear tetapi  kebanyakan buah-buahan tropika  tempatan seperti buah betik memberi banyak menafaat kepada perut dan mesti dimakan sebelum hidangan utama.
 
]  Badam - juga merupakan penawar dalam Perubatan Nabi untuk  merawat masalah perut, rupanya ia adalah diantara kekacang yang mengalkalikan perut. Hazelnut juga adalah baik untuk perut.
 
]  Sayur-sayuran yang mengalkalikan perut termasuk lobak, labu, lada bengal, kacang pis, brokoli, bit dan timun.
 
]  Kayu manis dan jintan manis - dua jenis rempah yang mengalkalikan perut dan juga menjadi penawar dalam Perubatan Nabi.
 
]  Hampir kesemua herba menghasilkan alkali. Herba adalah sebahagian penting dalam Perubatan Nabi. Halba (gambar atas) dianggap sebagai bernilai seperti emas oleh tabib-tabib Islam di zaman Nabi. Selain dari halba, herba lain yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi ialah basil, cumin, chicory, marjoram, dill dan thyme.
 
]  Stevia - betul-betul satu keajaiban dan rahmat Allah swt.  Daunnya teramat manis, hanya dua titik "liquid extract" daun ini mampu memaniskan secawan besar teh. Tetapi bukan setakat itu sahaja, khasiatnya amat menakjubkan, ia dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah dan tekanan darah. Dan lebih penting, daun stevia menghasilkan alkali dalam perut.

Di dalam post-post dalam blog ini tentang pelbagai makanan yang menjadi penawar dalam Perubatan Nabi, kandungan potassium selalu di sebutkan. Ini adalah kerana potassium adalah salah satu mineral yang mengalkalikan perut. Selain daripada itu kalsium, magnesium dan sodium juga berfungsi sama seperti potassium. Oleh itu, Garam Kristal Himalaya atau Garam Bukit adalah sumber makanan yang amat penting kerana ia adalah garam tinggi potassium dan ia mengandungi mineral-mineral lain dalam kadar yang cukup tepat untuk keperluan tubuh manusia. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW sentiasa mengamal secubit garam sebelum makan - amalan ini menyediakan perut supaya mencerna makanan dengan baik.

Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko,  kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.

Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak).

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Tanggapan Salah Masyarakat Tentang KHAL
Tanggapan salah pertama :
KHAL yang berkualiti lazimnya mengandungi lapisan berkabus yang terkandung dalam cecair KHAL. Lapisan berkabus yang dikenali sebagai "Mother of Vinegar" ini merujuk kepada pengumpulan lapisan yang nampak seperti kotoran yang terbentuk dalam KHAL. Ini  adalah proses biasa yang berlaku kerana sel-sel yis yang bertindak semasa penukaran dari jus buah tamar daripada KHAL. bagi sesetengah masyarakat yang tidak mengetahui, mereka akan menolak lapisan seperti kotoran atau keladak yang nampak di dalam botol tersebut. Sebenarnya "lapisan kotoran atau berkeladak" inilah yang menjadi penentut bahawa cuka yang dibeli adalah tulen dan berkualiti. jadi KHAL Tamar yang Perniagaan Qurba hasilkan ini berlaku proses yang disebut di atas, nampak seperti kotoran yang berkeladak kerana keladak ini tidak dapat dipisah walaupun disuling dengan halus kerana ia sememangnya proses biasa yang berlaku kepada KHAL. Pihak kami pula tidak mahu memasukkan sebarang bahan kimia untuk menghilangkan  bahan tersebut.

Tanggapan salah kedua :
Ramai masyarakat menganggap, kenapa saya perlu meminum KHAL yang masam rasanya kerana akan menambahkan masalah gastrik atau penyakit usus di perut? Tanggapan ini sebenarnya salah, kerana KHAL bukan menyebabkan gastrik, atau penyakit usus kerana KHAL adalah ejen  pembersih organ badan kerana proses fermentasi KHAL daripada jus buah kurma menjadi alkohol kemudian menjadi asid asetat seterusnya menjadi KHAL yang sememangnya rasanya masam seperti cuka. Sebenarnya ia bukanlah cuka biasa yang dibuat masakan makanan tetapi KHAL adalah bersifat asidik pada rasa tetapi tidak membahayakan tubuh badan. KHAL adalah minuman kesihatan beralkali yang dapat mengimbangkan kandungan asid dalam badan manusia serta mengendalikan keseimbangan pH, mengurangkan kadar toksik dalam badan dengan menukarkannya kepada kompaun asetat yang kurang bertoksik.

Adakah KHAL Membawa kesan Sampingan
Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Nabi saw sebelum ini bahawa Baginda menjelaskan bahawa (Maksudnya) "dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah" (Hadis sahih riwayat Ibnu Majah 3318). Hadis ini membawa maksud Rasulullah saw menyeru agar sentiasa meminum KHAL jangan diputuskan pada setiap hari. Ahli perubatan Islam menyatakan KHAL adaalah makanan yang baik kerana ia bersifat neutral (kembali kepada asal secara semulajadi) serta membuang segalah yang tidak diperlukan oleh badan seperti garam, gula, asid, kolestrol yang berlebihan dan sebagainya.

Kitab perubatan Islam menyatakan KHAL bersifat menyejukkan badan serta mengeluarkan panas dalam badan. Oleh itu, pada awal meminum KHAL, seseorang itu akan membuang air kencing yang lebih sedikit daripada kebiasaan.. KHAL boleh diambil bersama dengan ubatan yang lain, contohnya mereka yang sedang mengambil ubat-ubat kimia seperti untuk penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan sebagainya. KHAL tidak memberi kesan sampingan kerana KHAL bersifat makanan kesihatan. Bagi mereka yang ingin meminum KHAL bersama dengan ubatan yang lain, sebaiknya diselang mata antara 2 hingga 3 jam di antara ubat-ubat kimia dan KHAL.

Rahsia Kejadian Insan Ciptaan Allah dan Peranan KHAL
Allah menciptakan insan dalam bentuk kejadian yang sebaik-baiknya. Manusia dari saripati tanah, dari setitis air mani, bertukar menjadi segumpal darah, bertukar menjadi daging dan tulang, kemudian menjadi insan yang sempurna dan sangat unik. Tubuh insan dan anggota organ dalam badan manusia menjalankan tugas yang sangat sempurna dan unik. Banyak daripada rahsia ciptaan Allah ke atas manusia yang belum dapat diketahui secara jelas oleh parapengkaji atau penyelidik terutamanya ahli-ahli perubatan pada masa sekarang. Buktinya sehingga ke hari ini ahli perubatan tidak pernah berhenti mengkaji serta menyelidik biologi manusia bagi tujuan penyakit dan penyembuhan penyakit. Secara pastinya, kajian ini tidak akan berhenti hingga ke akhir zaman.

Oleh kerana kejadian insan ciptaan Allah mempunyai rahsia-rahsia yang sangat luas, termasuklah rahsia penyakit dan penyembuhan, maka amalan meminum KHAL adalah satu rahsia yang diberitakan oleh Nabi saw melalui wahyu Allah kepada kita untuk diamalkan KHAL sebagai makanan kesihatan setiap hari (Rujuk hadis sebelum ini). Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa KHAL adalah jawapan kepada rahsia ciptaan Allah kepada insan berhubung dengan penyakit dan kesembuhan. KHAL diamalkan sejak nabi-nabi terdahulu, sampailah kepada nabi kita Muhammad saw hingga ke hari ini. Oleh itu kita lihat para nabi diberi oleh Allah kepada mereka kesihatan yang sangat baik. Begitu juga orang-orang terdahulu termasuklah ulama'-ulama' khususnya ulama' perubatan Islam, mereka dikurniakan umur yang panjang, dapat menjalankan urusan hidup dengan sempurna serta badan dan otak yang cergas hingga ke akhir hayat hidup mereka. Inilah rahsia atau kelebihan amalan memakan KHAL seperti yang dinyatakan dalam kitab-kitab perubatan Islam.

Sejak Bila Bermulanya Penyakit-penyakit Kronik di Tubuh Anda?
Menurut kenyataan kitab-kitab perubatan Islam, kami mendapatibahawa penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, obesiti, gout, dan sebagainya merupakan penyakit yang timbul secara sedikit demi sedikit, bukan secara segera. Kesemua penyakit kronik ini bermula apabila seseorang itu menigkat umur 30an. Pada umur 40an, penyakit kronik ini mula nampak secara semakin jelas. Sesetengah daripada mereka sudah dihinggapi seperti darah tinggi dan kencing manis. Pada sesetengah orang pula, dapat dikesan pada umur 50an dan setengah daripada yang lain jelas kelihatan pada usia 60an. Memahami hakikat ini, kitab perubatan Islam menyatakan mereka yang mengambil KHAL (cuka buah tamar)sejak dari awal dan dijadikan sebagai makanan kesihatan secara berterusan dapat menghindarkan daripada cepat terkena penyakit-penyakit kronik yang disebutkan tadi. Ini adalah kerana KHAL dapat menstabilkan atau mengurangkan risiko daripada lebihan makanan seperti lebihan lemak, lebihan garam, lebihan gula, lebihan asid, lebihan racun dalam badan, dan sebagainya yang boleh membawa penyakit kronik yang berbagai-bagai. Khal Tamar Plus dicadangkan menjadi makanan kesihatan harian sepertimana yang dinyatakan daripada hadis nabi yang disebutkan sebelum ini,

(Maksudnya) "Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah"  (Hadis sahih Ibnu Majah, 3318)

Khasiat dan Kelebihan KHAL
Khasiat dan kelebihan KHAL yang kami senaraikan di bawah ini adalah satu kenyataan yang tercatat dalam kitab-kitab perubatan Islam. Catatan ini sudah lama wujud, dikenali umum serta diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad  saw hingga ke hari ini. KHAL adalah "minuman kesihatan Sunnah Nabi-nabi". bukan satu penemuan atau kajian baru seperti sesetengah makanan kesiahatan yang lain.

(Keterangan lanjut Khasiat KHAL, sila rujuk dalam Kitab-kitab Perubatan Islam dalam bab KHAL yang kami senaraikan di akhir risalah kecil ini)

Di antara khasiat KHAL ialah :
]  Menurunkan kandungan gula dalam darah, serta mengekalkan darah pada tahap yang konsisten dan menurunkan darah tinggi.
]  Membuang kolestrol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, mambaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
]  Membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti) bagi mengelak daripada terjadinya penyakit kencing manis. KHAL juga boleh diamalkan oleh kanak-kanak yang mengalami obesiti (kanak-kanak belasan tahun).
]  Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asic dalam badan dan dapat merawat masalah gout.
]  Awet muda, membentuk badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, dan mengurangkan lemak di perut. Kulit kelihatan sihat, melegakan kulit ynag kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit,
]  Membantu mengatasi masalah sembelit, terjadinya buasir, menstabilkan air kencing, mencuci bunag pinggang, pundi kencing, kencing rasa tak puas bagi lelaki dan perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (E-Coli).
]  mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu.
]  Membantu serta ,encegah masalah kuman dan bakteriadari organ organ terutamanya di usus, tisu-tisu badan serta sendi dan masalah arthritis (masalah tunang).
]  Membantu serta melegakan masalah sakit kerongkong, saringitis, menguatkan gigi, gusi dan kuman (bakteria) di mulut.
]  Membantu serta merawat pesakit asma, selsema, batuk yang berpanjangan dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.
]  Melegakan kepenatan, sakit kepala serta membuang kepanasan badan dan memulihkan tenaga.
]  Mencegah masalah kelemumur, kegatalan kulit kepala, rambut kering, rambut gugur dan botak.
 

CUKA KURMA

APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.

KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)

KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL
Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.

PERHATIAN!
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.

Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw “ ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.

Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud “Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan,” Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambaNya.

SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.

Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah)
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB - TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.

Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI -  DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.

Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).

sumber:blog|internet- terima kasih - szj


No comments:

Post a Comment