HABBATUS
SAUDA / BLACK SEED
:: KOSMO Online ::

SEJAK
tahun 1998, Abdul Malek Faisal Mohd. Hyffny tidak pernah cuai dalam jadual
pengambilan kapsul habbatus sauda atau jintan hitam sebagai makanan tambahan
setiap pagi dan malam. Jarang sekali beliau terlupa untuk memakannya.
Bekerja
sebagai pengamal media membuatkan rutin hidupnya sentiasa berdepan dengan
tekanan. Situasi itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Malek diserang
hipertensi.
Justeru,
Abdul Malek berikhtiar merawat kesihatan dirinya. Selain mendapatkan rawatan di
hospital, beliau turut menggunakan kaedah alternatif bagi mengawal penyakit
yang dihidapnya.
Dalam
tempoh dua minggu mengamalkan pengambilan habbatus sauda atau nama saintifiknya
Nigella sativa, Abdul Malek menyedari perubahan positif pada kesihatan dirinya.
“Saya
mengambil dua biji kapsul habbatus sauda pada waktu pagi dan dua biji pada
waktu petang.
“Apa
yang menggembirakan, saya dapat menghidupkan salah satu daripada sunah
Rasulullah SAW dalam aspek pemakanan,” ujar Abdul Malek, 46, ketika ditemui
Kosmo! baru-baru ini.
Tidak
lama selepas itu, beliau membuat keputusan meletak jawatan kerana mahu menimba
ilmu di Syria. Berada di negara Asia Barat itu selama tiga tahun membuka
peluang kepada Abdul Malek untuk mengenali tumbuhan habbatus sauda.
Di
Syria, beliau mengunjungi sebuah ladang hijau yang subur dengan tumbuhan
hababtus sauda di Hama.
Hama
merupakan sebuah bandar di tebing Sungai Orontes yang terletak di bahagian
tengah Syria atau 213 kilometer ke utara Damsyik.
Memiliki
populasi kira-kira 700,000 orang, Hama merupakan bandar keempat terbesar di
negara itu selepas Aleppo, Damsyik dan Homs.
SETIAP
individu seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk
mengetahui status kesihatan masing-masing. - Gambar hiasan
Rentetan
daripada itu, Abdul Malek tidak teragak-agak untuk menjalankan perniagaan
memasarkan produk berasaskan habbatus sauda ke Malaysia.
Niatnya
semata-mata untuk mempromosikan produk dan amalan pemakanan yang mengikut sunah
Rasulullah SAW.
“Melalui
kerjasama dengan seorang sahabat di Syria, saya menubuhkan syarikat M Faisal
Sdn. Bhd.
“Visi
kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan produk ini
di samping menjadi peneraju penghasilan produk berkenaan,” jelas Abdul Malek
sambil memaklumkan bahawa perkataan M itu merujuk kepada sahabatnya, Shaikh
Markhzan Jalani selaku pengarah bersama syarikat itu.
Habbatus
sauda ialah sejenis tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya ia tumbuh
meliar di negara-negara sekitar Mediterranean.
Kemudian
ia ditanam secara meluas di utara Afrika terutama Mesir, selatan Eropah, Syria
dan Asia Tengah seperti Iran dan India.
Ketinggian
khasiat tumbuhan itu diperakui oleh ramai cendekiawan silam, ratusan saintis
dan pakar perubatan di seluruh dunia.
Ibnu
Sina dalam bukunya The Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda mampu
merangsang tenaga serta membantu memulihkan kepenatan dan semangat.
Penyelidikan
yang dilakukan oleh Universiti Carolina Selatan di Amerika Syarikat pula
mendapati, ekstrak habbatus sauda memiliki khasiat antitumor tanpa kesan sampingan.
Makam Firaun
Mengikut
catatan sejarah, habbatus sauda pada awalnya ditemui di dalam makam Firaun
Tutankhamen. Penemuan tersebut memberi gambaran bahawa tumbuhan itu amat
penting dalam kehidupan orang Mesir purba.
Walaupun
kegunaan sebenarnya tidak diketahui secara tepat, ia dipercayai mampu memberi
manfaat kepada raja mereka selepas mati.
Bagaimanapun,
hakikatnya kegunaan habbatus sauda dalam perubatan tercetus selepas kedatangan
Islam.
Imam
Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Kekallah kamu
dengan habbatus sauda kerana padanya itu ada penawar bagi segala penyakit
kecuali mati.”
Prof.
Dr. Latiffah A. Latiff dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti
Putra Malaysia menjelaskan, tumbuhan Nigella sativa adalah salah satu anugerah
Allah yang amat bernilai buat manusia.
EKSTRAK minyak
habbatus sauda dalam bentuk gel lembut.
Justeru,
sebagai saintis dan pakar perubatan kesihatan awam, beliau bertanggungjawab
untuk menghuraikan hakikat tersebut dengan fakta sains bagi membuktikan
kebenaran sabda Nabi Muhammad.
“Habbatus
sauda memang menakjubkan kerana setiap butir bijirin ini terdiri daripada
berjuta-juta sel yang menyerupai sel darah manusia,” ujar beliau yang
menjalankan penyelidikan tentang habbatus sauda selama sedekad.
Latiffah
mengakui semakin banyak kajian dilakukan, semakin banyak pendedahan baharu
ditemui.
“Apa
yang pasti terdapat lebih 100 bahan aktif yang terkandung dalam bijirin hitam
dengan timokuinon mendominasi antara 70 hingga 80 peratus daripada jumlah
keseluruhannya.
“Hasil
beberapa kajian yang kami jalankan membuktikan bahawa bahan timokuinon yang
diekstrak daripada habbatus sauda berupaya menurunkan paras kolesterol, glukos
dalam darah dan berat badan sekali gus mengurangkan risiko penyakit sindrom
metabolik dan penyakit jantung,” jelas beliau.
Lewatkan
penuaan
Ujar
Latiffah, kajian pada haiwan makmal yang diaruh penyakit Alzheimer atau nyanyuk
dan diberi makan bahan aktif timokuinon daripada minyak habbatus sauda turut
mempunyai kesan tersendiri.
“Penyelidikan
itu merumuskan bahawa habbatus sauda telah menurunkan paras beta amiloid iaitu
sejenis protein yang terdapat pada otak haiwan nyanyuk berbanding haiwan
kawalan yang tidak menerima suplemen habbatus sauda.
“Kajian
pada tisu kultur dan sel kultur pula menunjukkan bahan aktif asid linoleinik
daripada ekstrak minyak habbatus sauda mampu mengurangkan pertumbuhan sel
kanser payu dara secara signifikan.
DR.
LATIFFAH banyak menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan khasiat habbatus
sauda sejak lebih sedekad lalu.
“Di
samping itu, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan berupaya
melambatkan proses penuaan,” terang Latiffah yang turut mengkaji keberkesanan
habbatus sauda terhadap wanita menopaus dalam aspek peningkatan kualiti
kehidupan seperti kecergasan mental, spiritual dan hubungan kelamin.
Tambah
beliau, pengambilan habbatus sauda sebagai makanan tambahan dalam tempoh dua
minggu mampu melancarkan sistem penghadaman, melawaskan pembuangan najis
terutamanya bagi mereka yang mengalami sembelit, meningkatkan tenaga dan kadar
kecekapan seseorang.
“Buat
masa ini, saya masih mengkaji tentang persediaan habbatus sauda yang terbaik
untuk diambil iaitu sama ada dalam bentuk asli, minyak atau dicampur dengan
bahan lain.
“Namun,
secara saintifik sukar untuk dipastikan keberkesanan makanan yang bercampur.
Misalnya, mengambil habbatus sauda dengan madu.
“Kita
tidak tahu yang mana satu antara kedua-duanya yang menjadi penyembuh dan
memberi kesan positif kepada sesuatu keadaan,” jelas beliau.
No comments:
Post a Comment