Tuesday, May 14, 2013

RESEPI RED VELVET CAKE

As Salam, Aper kate ujung mggu ni kita pakat2 buat kek Red Velvet...

kt bwh ni ada resepi yg di cedokkkk dr internet : (klau tk tahu bahan2 ni, bwa resepi ni ke kdai bakery...) J


RESEPI RED VELVET CAKE

Bahan-bahan Kek :
2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek  *    1/2 tsp garam*
2 Tbsp (15 gm) serbuk koko*  (*ayak bersama)  1/2 cawan (113 gm) butter
1  cwn gula kastor)     2 biji telur gred A
1   tsp asen vanilla
1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
2 Tbsp cecair pewarna merah
1 tsp white distilled vinegar (lina pg gn jus lemon)
1 tsp baking soda

Cara-cara :
Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.

Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.

Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).

Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
1 tsp asen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream (kotak kecil 200ml)

Cara-cara :
Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.

Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

No comments:

Post a Comment