Wednesday, May 15, 2013

Blueberi tart/Tart Blueberi


Blueberi tart/Tart Blueberi

TEKNIK membuat isian tart ini sama seperti membuat kek keju sebenarnya. Tips membuat tart ini adalah-kulit pai yang anda bancuh jangan terlalu kering dan terlalu basah . Pastikan konsistensinya kulit pai yang anda bancuh adalah betul,  Kulit pastrinya  jangan terlalu masak ketika kali pertama dibakar kerana nanti anda akan membakar untuk kali kedua semasa meletakkan isiannya. Anda perlu berhati-hati ketika menyediakan meringue,  jangan bercampur dengan kuning telur dan bekas dan pemukul hendaklah bersih kerana jika ada kuning telur dan minyak putih telur tidak akan kembang. Bakarlah seperti biasa sehingga kejunya mengeras. Tidak perlu terlalu perang. Jika anda mahu memmbuat tart keju anda tak perlulah meletakkan blueberry !

BAHAN-BAHAN
Kulit tart
125gm tepung halus/superfine           
65gm mentega                        
50gm gula kaster                                
1 biji telur kuning                              
sedikit air

Cara membuat (cara 1)
Gaul semua sekali sehingga menjadi serbuk roti.  Masukkan sedikit air sehingga menjadi doh yang lembut.
Sebaik-baiknya menggunakan food processor atau mixer. Rehatkan sebentar dan bolehlah dibentuk dalam acuan tart/pai.

Cara membuat (cara 2)
Pukul mentega dan gula sebantar sahaja dalam 2 minit kelajuan maksimum.  Masukkan kuning telur dan kacau sebentar.  Masukkan tepung dan sedikit air sehingga membentuk doh.  Rehatkan sebentar dalam 10 minit sebelum dibentukkan dalam acuan tart/ pai.

Meringue
3 biji putih telur

Cara Penyediaan kulit pai
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius,  Gaulkan semua bahan sehingga boleh dikepal dan canaikan dalam acuan pai bersaiz 5-6 cm atau saiz yang anda suka. Bakar selama 5 minit dalam ketuhar atau separuh masak.

Cara penyediaan isian pai
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius.  Pukul keju, gula dan krim masam sehingga  sebati.
Masukkan telur kuning dan tepung, pukul sebati. Untuk meringue: Pukul putih telur dalam bekas yang bersih sehingga putih telur kembang dan putih seperti kapas. Masukkan dalam adunan keju.
Tuangkan dalam bekas kulit pai yang dibakar tadi dan tuangkan blueberry filling di atas dan corakkan bentuk bintang atau love.  Bakar selama 10-15 minit atau sehingga isian keju menjadi set.

No comments:

Post a Comment