Tuesday, November 12, 2013

resepi MAKARONI BAKAR dr Bonda Che Halimah Che Yusoff

MACARONI BAKAR

Bahan-bahan
v  ½ kilo MACARONI (direbus hingga betul-2 empuk, rebus bersama sedikit garam/minyak masak)
v  6 ulas bawang merah 
v  4 ulas bawang putih - ditumbuk
v  3 labu bwg besar dipotong dadu 
v  2 biji cili merah
v  3 sudu makan rempah kurma (blh campur dgn rempah kari)
v  ½ btg carot @ sayuran campur  - di hiris halus-2
v  2 tangkai daun saderi 
v  Bwg goreng 
v  ½ tin susu cair
v  8 biji telor saiz besar
v  Gula / garam secukup rasa
v  1 mangkuk daging /ayam - yg sudah dicincang
v  parutan keju cedar secukupnya
    
Bahan2 Kastard:
v  6 biji telor saiz besar (8 biji telur saiz C)
v  ½ tin susu cair  (200 ml susu cail)
v  2 camca teh tepung gandum
v  1 sk teh gula
v  1 sk teh garam
    
Cara-caranya:
]  Panaskan 1 senduk kecil minyak masak  /  Tumis bwg merah & putih
]  Masukkan rempah yg dibancuh rempah dgn air  /  Masak hingga naik minyak
]  Masukkan ayam - gula & garam secukup rasa   /   Kacau hingga masak
]  Jika perlu, masukkan sedikit air
]  Apabila daging ayam masak, masukkan bwg besar 
]  Masukkan bawang goreng & daun saderi yg di cincang halus...
]  Masukkan Macaroni & bahan yg digoreng dan digaul rata bersama carot
]  Last sekali masukkan bahan2 kastard (telor, susu cair dan sedikit tepung gandum dikacau sebati, gula & garam)
]  Sapukan minyak pd loyang pembakar...
]  Masukkan macaroni yg digoreng tadi kedalam loyang& taburkan parutan keju...
]  Bakar selama 25 minit dgn suhu 180-200c
]  (bakar dengan api bawah selama 20 minit dan kemudian buka api atas bawah dan bakar lagi selama 5 minit.)
    

 resepi MAKARONI BAKAR dr Bonda Che Halimah Che Yusoff

Friday, September 20, 2013

Perancangan ALLAH adalah yang terbaik


:: Jika kita yakin bahawa semua senario itu telah dirancang dengan rapi oleh Sang Sutradara Alam Semesta (Allah), maka tak perlu takut, TERSENYUMLAH. Jika kita tahu bahawa Sang Khalid tak akan pernah menzalimi hamba-hamban-Nya, maka tak usah gelisah, ukirkanlah SENYUMAN.

Jika kita faham bahawa hanya Allah yang mengetahui apa yang baik untuk kita... Maka tak perlu risau, TERSENYUMLAH...

Jika kita mengerti bahawa perancangan dan senario Allah itu adalah senario yang paling INDAH, maka tidak usah kita khuatir dan gundah... SENYUMLAH ::  J

Ketika Allah SWT sedang menyulam kehidupan hamba-Nya, tak perlu Allah mengungkap rencana-Nya, kerana Allah ingin semua terasa indah pada waktunya.... Allah ingin melihat hamba-Nya gigih dalam menjalani prosesnya...

Allah ingin melihat hamba-Nya bercucuran air mata, bersimpuh di malam hari menghadap-Nya... Allah ingin melihat tegarnya dada hamba-Nya, berSABAR dalam cubaan dan ujian-Nya...

Justeru, wajar jika banyak keputusan Allah yang berbeza daripada keinginan kita.... Kerana Allah melihat dari sudut pandangan yang luas... Mempertimbangkan berbagai-bagai macam pertimbangan, merencanakan sesuatu daripada data yang lengkap... Tak pantas kita menyalahkan perancangan dan senario yang Allah buat...

Allah SWT telah merancang senario yang lebih sempurna. Kadang-kadang Allah menyembunyikan mutiara yang indah di sebalik sebuah kotak yang terlihat kusam...

Kita tak boleh dengan mudahnya menyalahkan setiap kejadian buruk yang menimpa kita itu... Semua akan indah pada waktunya...

Pada akhirnya Allah akan menjawab: “Hamba-ku, kamu teruskan pekerjaanmu, dan Aku juga akan menyelesaikan pekerjaan-Ku.... Siatu saat nanti Aku akan memanggilmu ke Syurga dan menempatkanmu di pangkuan-Ku yang indah dari sisi-Ku” :: J


Perancangan ALLAH adalah yang terbaik


:: Jika kita yakin bahawa semua senario itu telah dirancang dengan rapi oleh Sang Sutradara Alam Semesta (Allah), maka tak perlu takut, TERSENYUMLAH. Jika kita tahu bahawa Sang Khalid tak akan pernah menzalimi hamba-hamban-Nya, maka tak usah gelisah, ukirkanlah SENYUMAN.

Jika kita faham bahawa hanya Allah yang mengetahui apa yang baik untuk kita... Maka tak perlu risau, TERSENYUMLAH...

Jika kita mengerti bahawa perancangan dan senario Allah itu adalah senario yang paling INDAH, maka tidak usah kita khuatir dan gundah... SENYUMLAH ::  J

Ketika Allah SWT sedang menyulam kehidupan hamba-Nya, tak perlu Allah mengungkap rencana-Nya, kerana Allah ingin semua terasa indah pada waktunya.... Allah ingin melihat hamba-Nya gigih dalam menjalani prosesnya...

Allah ingin melihat hamba-Nya bercucuran air mata, bersimpuh di malam hari menghadap-Nya... Allah ingin melihat tegarnya dada hamba-Nya, berSABAR dalam cubaan dan ujian-Nya...

Justeru, wajar jika banyak keputusan Allah yang berbeza daripada keinginan kita.... Kerana Allah melihat dari sudut pandangan yang luas... Mempertimbangkan berbagai-bagai macam pertimbangan, merencanakan sesuatu daripada data yang lengkap... Tak pantas kita menyalahkan perancangan dan senario yang Allah buat...

Allah SWT telah merancang senario yang lebih sempurna. Kadang-kadang Allah menyembunyikan mutiara yang indah di sebalik sebuah kotak yang terlihat kusam...

Kita tak boleh dengan mudahnya menyalahkan setiap kejadian buruk yang menimpa kita itu... Semua akan indah pada waktunya...

Pada akhirnya Allah akan menjawab: “Hamba-ku, kamu teruskan pekerjaanmu, dan Aku juga akan menyelesaikan pekerjaan-Ku.... Siatu saat nanti Aku akan memanggilmu ke Syurga dan menempatkanmu di pangkuan-Ku yang indah dari sisi-Ku” :: J


memori SYAWAL...

31 August 2013 ~ Merdeka RAYA

Akhirnya tercapai jgk hajat utk menjamu & merai jiran2, family, kwn2 anak2 kt teratak ni… (walaupn majlis ni kecik2 jer, tp di sbbkan buat sorang2 tu yg jadi sibuk skit) bukan senang nk urus smuanya sendiri… brminggu jgk plan… budget n mcm2 lagi… dari A – Z… mula2 fikirkn date yg sesuai,  senaraikan jemputan, menu (cari menu aper yg mnjadi pilihan semasa open hse) mcm2 lagi… di sebabkan hati kuat sgt nk rai tetamu, semangat pn membuak2… walaupn pd mulanya tk dpt sokongan dr cik abe aka ‘abah’… tp Alhamdulillah akhirnya dia setuju (bukan aper cik abe tk brape sokong, dia bimbang ibu tk dpt urus sorang diri, nk jaga anak, nak masak n mcm2 lagi). Bila dia tgk kesungguhan ibu buat itu ini, abah pn setuju (tQ abah)…  J

Alhamdulillah, cik Abah n anak2 ada jgk bantu aper2 yg patut… lbh2 lgi abah, tlg g beli brg2 n bantu urus si kecik Adam (mlm merdeka tu, abah tidorkan adam… hu3) sbb ibu nak masak mcm2 menu utk jamuan esoknya….

30 August 2013
Hari ni mmg cuti (PETRONAS bg cuti, mengganti cuti MERDEKA day esknye).
Lps uruskan anak2 ke sekolah… n htr Adam ke nursery… ibu & abah ke pasar… beli brg2 utk jamuan esk…

Tp ada jgk brg yg tk dpt kt pasar nih (kedai yg jual Mee & Kuay tiaw halal – buatan Muslim tutup) alamak frussttnyer… mana nak cari Mee buatan muslim nii… beli jer brg2 lain dulu… jam 11:30, smpai rmh.

Rest kjb n breakfast… simpan rumah…  lipat kain yg menimbun2… terrrrrtidolah plk… tp kjb jer.  Siap lipat kain jam dh pn mnunjukkan jam 1… kjb lagi Aiman n Cha akan balik… aper nak masak nih… goreng nasilah…  kesian bdak2 ni… makan nasi goreng jer…. Hu3.

Lps tu sambung simpan rmh, keluarkan pggang mgkuk… bekas2 makanan… atur kerusi meja… sampailah ke ptg…  sementara menunggu cik abah balik… ibu kupas bwg n sediakan bahan2 utk masak mlm ni… (lama jgk tggu abah) so, rebus ikan utk buat kuah laksa penang n laksa kelatte…, -  Abah plk lmbt blk, byk keje katenye… igt nak kluar cari barang2 yg blm beli lagi tuuu… jam 6.30 abah blm nmpk muka… eee tk blh jadi nihhh, nak kena terus masak nih, klau tk buang masa jer dok tunggu..!!! kuah laksa penang n kelatte pn dah siap… pastu mula menumis utk buat kuah kari… masa dok sibuk kt dapur, Abah dh sampai rmh, so terus mandi n solat…

Lps maghrib, kluar lagi cari brg2 utk masak… Adam masih lagi kt nursery…  cha n aiman tlg buat ni…

Jam 9.00 smpai rmh… fuhhh penatnyer. .. mlm ni semua tidor lewat… Abah tlg pasangkan langsir, cha tlg packing duit raya, gula2 n snack… aiman jaga n main2 dgn adam… jam 11:00, Abah tidorkan adam…  

bila semua dah kemas… mandi n solat, ibu mulakan tuga2 khas di dapur… (ptg td dah siap buat kuah laksa penang n kelatte) so malam ni, buat kuah kari, buat pudding n 2 biji kek… walaupn penat tp rasa puas, sbb masak ni terapi yg trbaik utk release tention… n lagilah rasa happy bila anak2 ckp ‘ibu sedaplah makanan ni…’ hu3…
Jam 3 pagi semua selesai… masa utk rest n mandi… jam 6 kena bangun sbb nak masak kuay tiaw n mee goreng… ok rest kjb…

31 August 2013
Di sebabkan terlalu ngantuk n penat… 6:45 baru trjaga, terus mandi n solat…
Masuk dapur, siapkan bahan2 utk masak kuay tiaw n mee… sambil tu panaskan kuah laksa penang n laksa kelatte… jugak kuah mee kari…  Opps lupa rebus nasi impit…

Bila semua dah siap, susun atas meja… blm abis lagi keje, tetamu cilik dah smpai…

Abah, jaga adam… cha turun beli ais (sbb kwn dia dh sampai) aiman gi jemput kwn2 dia… ibu settlekan hal2 di dapur…
Mandi sekali lagi n siap tggu tetamu…


Menu hari ni, LAKSA ASAM, LAKSA KELATTE, MEE KARI, KUAY TIAW GORENG, MEE GORENG, SATE & NASI IMPIT, KEK COKLAT, PUDING COKLAT & MANGGA and TEMBIKAI… (hajat di hati nak buat spaghetti n macaroni bakar – tapi tk sempat n rase makanan dh cukup byk… penuh meja…)




























Tuesday, September 17, 2013

Paprik Ayam... Tempe... Gulai Ketam



















Tempe Goreng

2 pek tempe - hiris nipis dan goreng garing
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bwg putih - tumbuk
5 ulas bwg merah - tumbuk
1 biji bwg besar - potong bulat
Gula / Garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bwg putih/merah & cili kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan pula bwg besar. Goreng hingga layu n garing... Setelah wangi dan garing, masukkan gula n sedikit garam. Gaul rata dan Akhir sekali masukkan tempe (dan kalau nak letak ikan bilis goreng n kacang tanah goreng pn sedap jgk). Gaul rata dan tutup api supaya tempe dan ikan bilis kekal rangup.

Paprik Ayam

Bahan-bahan
isi ayam - goreng hingga kekuningan
3 ulas         bwg putih *
5 ulas         bawang merah  *
1 biji bwg bsr
1 batang serai (di ketuk)
½”     halia *
3 helai daun limau purut (disiat2)
2 sudu cili giling adabi
1 sd Sos tiram (kjue tk letak)
3 sb cili sos (ikut selera)
1 biji  tomato
3 biji cili padi (diketuk) - klau nk pedas blh lbh lagi *
1 biji cili merah/hijau
Secekak Kacang buncis
½ btg carot
Gula/garam - secukup rasa

Cara-cara
Perap Isi ayam dgn halia & sdikit garam, digoreng hgga kekuningan. Angkat n toskan. Lebihan minyak blh buat utk menumis...

Blend/tumbuk bwg putih, merah, cili api n halia, Kemudian tumis hingga kekuningan & berbau harum (jgn sampai garing sgt). Masukkan pula cili giling. Kacau hingga wangi n terbit minyak… lepas itu masukkan cili sos... (kalau nk berkuah masukkan sedikit air)  biarkan seketika...

Masukkan pula isi ayam ke dalam bahan yg telah ditumis tadi. Masukkan serai n daun limau purut... Bwg bsr,  cili merah, Tomato... Carot, kacang buncis (kalau nk sayur2 lain pn blh jgk) putit jagung/bunga kobis... Dll - ikut selera... Masukkan gula/garam/perasa –

(Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)  Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram (kalau tkde pn tkper – rasa ttp sedap!!!)

** Kak Jue - ader 2 resepi paprik ni... Yg nih color nk kuning hijau skit, ni siam stail – ni resepi…
Bwg putih, merah, kunyit, halia, lgkuas, cili api - blend....  pastu Tumis hingga wangi & garing... and masukkan ayam yg di goreng separuh masak... Biar seketika, (klau nk brkuah masuk sikit air) masukkan serai & daun limau purut... N sayur2 -  Gula/garam n perasa... Yg ni tk ltk apa2 sos... Sedap jgk...

Gulai Lemak Ketam
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg             ketam
1 helai         daun kunyit, disiat (klau tkder pn tkper)
1 ½ cawan   santan  (dlm - Rm4.00)
1 keping      asam gelugor
2 btg           serai
2 biji           cili merah/hijau

Bahan2 kisar
5 biji           cili kering  - rendam dlm air panas - blend
2 ulas         bawang putih
5 ulas         bawang merah ( @ 1 biji bwg beasar)
1 “               kunyit hidup
1 “               Lengkuas
3 biji           cili api (klau suka pedas blh tmbh lagi)

Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
Bersih ketam, potong 2..  gunting sedikit kaki2 ketam yg kecil dan ketuk sepit ketam, biar retak sikit (tp klau tk ketuk pn tkper), Cuci bersih dan toskan.

Masuk kan santan kedlm periuk… & masukkan bahan2 kisar… kacau sebati dgn santan…  buka api (sederhana) & kacau perlahan2… bila santan mendidih…  masukkan asam keeping, serai, daun kinyit…  and then Masukkan ketam… biarkan seketika. Kacau perlahan2… Masak hingga mendidih atas api perlahan.


Bila mendidih tambah garam,  sedikit gula & perasa jika suka. Masukkan cili merah/hijau… Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan panas2.... mmmmhhh yummyyy… ;-)


Monday, September 9, 2013

Jom masak Asam Pedas...

RESEPI ASAM PEDAS
Bahan-Bahan

1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong (kepala di belah 2)
2 biji tomato-                 belah 4
secekak daun kesom-   agak2lah ya
2 btng bunga kantan-    belah 2
2 btng serai-                  di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan Kisar (blend)
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)

1 cawan cili kisar
(rebus cili n blend – jadikan pes – kalau tk brape rajin guna cili giling adabi)


Air secukupnya -dlm 4 cwn


Cara-Cara
Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan.
*    Panaskan minyak dalam periuk (api perlahan), tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak.
*    Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
*    Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
*    Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
*    Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
*    Biarkan mendidih lagi.
*    Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana.

*    Bila dah secukup rasa dan ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih…. ;-)



LakSam & Lakse Kelatte...

Laksam
Bahan bahan:
3 cawan      tepung beras
1/2 cawan    tepung gandum
5 cawan air          suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk                    garam

w  Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
w  Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak. Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan   setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar di bawah. Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
w  Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.
w  Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.
w  Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis.
w  Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.

Bahan Kuah
1 kg    ikan - rebus ambik isi dan kisar
1 kg    santan pekat
1 gelas        air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
3 kilo          laksa (laksam)

Dikisar
10 ulas        bawang merah
2 ulas         bawang putih
1 sk    serbuk lada hitam
½ “   halia
3 keping asam keping
Garam / gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
]  Kacang panjang / Daun kesum /Timun batang /Bunga kantan /Kubis/tauge
]  (cili giling/belacan/garam) sambal jantan (iaitu lada burung kisar + gula + garam)
Pesanan orang tua
1. Kalau mahu guna lada hitam biji dan mahu ditumbuk boleh juga. Tetapi selepas ditumbuk itu, masukkan ke dalam mangkuk dan gaul dengan santan. Kemudian tapiskan ke dalam periuk. Bagi mengelakkan warna hitam kulit lada hitam. Kalau guna serbuk lada hitam terus tabur dalam periuk jer.
2. Orang kata sedap kalau kisar bawang dan ikan dengan santan, tetapi kalau anda nak kisar guna air pun tak kisah. tapi mungkin kuah akan sedikit cair sebab dah campur air.
3. Sifir nak buat kuah laksa ni guna nisbah 1 kilo santan : 1 kilo ikan : 3 kilo laksa
4. Laksa lemak dimakan dengan -: kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus digaul bersama. Daun kesum dan bunga kantan kena sikit jer sebab nak baunya sahaja.  taugeh sekadar dibersihkan dan diletakkan dalam bekas berasingan. timun batang yang dihiris halus dan diletakkan dalam bekas berasingan. sambal/belacan/garam halus

KUAH LAKSA (2)

BAHAN KUAH LAKSA (utk 1 family) - kalau nak lebih boleh gandakan sukatan
5 ekor                   ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
4 cawan      santan dari 1 biji kelapa
Gula melaka         sebesar ibu jari, dihiris*
4 biji           bawang merah
1/2 inci halia
1 keping      asam gelugur
Gula garam secukup rasa

Bahan merebus ikan
2 cawan      air*             1 keping      asam gelugur*
½ sd bsr    gula*          1/2 sd teh    garam*

BAHAN LAIN
Laksa secukupnya / Hirisan halus timun / Taugeh, dibuang ekor /Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang /Sambal belacan ( 5 biji cili merah + sedikit garam = tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA
]  UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis.
]  Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
]  UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal dan belacan. Hidangkan segera....


Monday, August 19, 2013

8 Syawal....

Hari ini dah masuk 8 Syawal...  Terasa sekejap je masa ni berlalu dah seminggu kita raikkan Aidilfitri... masih ada waktu utk kita sama2 tmbh markah utk puasa 6 plk... sblm Syawal melabuhkan tirainya. 

dah puassss cuti raya, balik kampung... jalan2 lawat family... time ni dah ramai yg kembali mulakan tugas masing2... tp kt opis masih lg ada teman2 yg brcuti & MC... :-)

Dan, di musim ni ramai jgk yg ambk peluang utk meraikan teman2 plk... 'Open House'... mula ujung mnggu ni penuh dgn Open hse & Open office (kt pejabat pn ada jgk yg buat open hse)  

Disini aku ingin berkongsi beberapa menu-menu pilihan di rumah-rumah terbuka. Menu yang tak asing lagi ialah SATAY, KETUPAT dan RENDANG. (kalau tuan rmh tu org kelatte) wajib ada Nasi Dagang / Nasi Kerabu / laksa kelatte... and makan2 kelatte...  Ini juga menu kegemaran aku dihari raya.  Selain dari itu ada jgk pihak tuan rumah menghidagkan Mee kari, Mee goreng, Nasi Tomato, nasi Arab, Nasi Bukhari, Nasi Lemak, laksa, Spaghetti, makaroni, kuih muih, puding, kek serta pelbagai buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Antara menu popular rumah terbuka lain yang biasa kita jumpa adalah seperti SATAY, MEE REBUS, MEE KARI,  BIHUN SUP, KUEY TIAW GORENG, NASI BRIYANI, NASI TOMATO,  dan macam-macam lagi. Tidak lupa pencuci mulut seperti PUDING, KARAMEL, ABC/Cendol serta BUAH-BUAHAN.

So, selamat menjamu selera, sementara menikmati hidangan rumah terbuka jangan lah makan secara berlebihan. Walaupun negara kita kaya raya serta mewah dengan makanan, diingatkan juga supaya jangan terlalu membazir dan berpada-padalah.... ingatlah pd mereka yg tidak berkemampuan... 

Kalau ada kelapangan teringin jgk nak buat rmh terbuka tahun ni... (bagi anak2 seronok, blh jemput kwn2 dia org, jiran2, family n teman2) dah lama tk buat open hse & dh lama tk jemput kwn2 dtg rmh...  hhmm tapi nak masak aper yer... igt nak buat pd 31hb ni... smpt lgi kot... insya-Allah, moga ada kelapangan nnt... 


Salam Aidilfitri...




Friday, August 2, 2013

02 Aug 2013 / 24 Ramadhan 1434

Jumaat terakhir di Ramadhan tahun ini, banyakan berdoa selepas solat & disaat waktu berbuka Nanti, 
Ya Allah ya Tuhanku ampunkanlah dosa Kami, tetapkanlah kami atas agamaMu, lindungilah kami dari segala kejahatan… luaskanlah pintu-pintu rezeki kami… dan ya Allah, bantulah saudara Kami di mesir, Palestine, syiria, Myanmar Dan semua tempat, ya Allah bagikanlah Kami berjaya di dunia dengan kebaikan Dan diakhirat dengan kebaikan… ameen


Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan.  Malah, apabila ditanya oleh Aishah radhiAllahu ‘anha tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:
اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي
Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa, fa’fu ‘anni

Ertinya:  “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”