Monday, September 9, 2013

LakSam & Lakse Kelatte...

Laksam
Bahan bahan:
3 cawan      tepung beras
1/2 cawan    tepung gandum
5 cawan air          suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk                    garam

w  Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
w  Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak. Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan   setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar di bawah. Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
w  Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.
w  Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.
w  Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis.
w  Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.

Bahan Kuah
1 kg    ikan - rebus ambik isi dan kisar
1 kg    santan pekat
1 gelas        air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
3 kilo          laksa (laksam)

Dikisar
10 ulas        bawang merah
2 ulas         bawang putih
1 sk    serbuk lada hitam
½ “   halia
3 keping asam keping
Garam / gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
]  Kacang panjang / Daun kesum /Timun batang /Bunga kantan /Kubis/tauge
]  (cili giling/belacan/garam) sambal jantan (iaitu lada burung kisar + gula + garam)
Pesanan orang tua
1. Kalau mahu guna lada hitam biji dan mahu ditumbuk boleh juga. Tetapi selepas ditumbuk itu, masukkan ke dalam mangkuk dan gaul dengan santan. Kemudian tapiskan ke dalam periuk. Bagi mengelakkan warna hitam kulit lada hitam. Kalau guna serbuk lada hitam terus tabur dalam periuk jer.
2. Orang kata sedap kalau kisar bawang dan ikan dengan santan, tetapi kalau anda nak kisar guna air pun tak kisah. tapi mungkin kuah akan sedikit cair sebab dah campur air.
3. Sifir nak buat kuah laksa ni guna nisbah 1 kilo santan : 1 kilo ikan : 3 kilo laksa
4. Laksa lemak dimakan dengan -: kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus digaul bersama. Daun kesum dan bunga kantan kena sikit jer sebab nak baunya sahaja.  taugeh sekadar dibersihkan dan diletakkan dalam bekas berasingan. timun batang yang dihiris halus dan diletakkan dalam bekas berasingan. sambal/belacan/garam halus

KUAH LAKSA (2)

BAHAN KUAH LAKSA (utk 1 family) - kalau nak lebih boleh gandakan sukatan
5 ekor                   ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
4 cawan      santan dari 1 biji kelapa
Gula melaka         sebesar ibu jari, dihiris*
4 biji           bawang merah
1/2 inci halia
1 keping      asam gelugur
Gula garam secukup rasa

Bahan merebus ikan
2 cawan      air*             1 keping      asam gelugur*
½ sd bsr    gula*          1/2 sd teh    garam*

BAHAN LAIN
Laksa secukupnya / Hirisan halus timun / Taugeh, dibuang ekor /Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang /Sambal belacan ( 5 biji cili merah + sedikit garam = tumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA
]  UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis.
]  Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
]  UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal dan belacan. Hidangkan segera....


No comments:

Post a Comment