Laksam
Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan
air biasa)
1/2 sk garam
w
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di
dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.
w
Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan
tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan
minyak. Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung
pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung seperti gambar
di bawah. Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung
gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.
w
Terus menggulung dan menolak sehingga ke
penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak
menyentuh dengan tangan.
w
Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu
dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga
selesai.
w
Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam.
Bila hendak dimakan, gunting laksam ini nipis nipis.
w
Untuk menghidangkan, masukkan laksam yang dipotong
nipis ke dalam pinggan, tuangkan kuah laksam secukupnya, masukkan ulam ulaman
serta sambal cili. Sedia untuk dinikmati.
Bahan Kuah
1 kg ikan
- rebus ambik isi dan kisar
1 kg santan
pekat
1 gelas air
utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
3 kilo laksa
(laksam)
Dikisar
10 ulas bawang
merah
2 ulas bawang
putih
1 sk serbuk
lada hitam
½ “ halia
3 keping asam keping
Garam / gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas
dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan
kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Ulam
] Kacang
panjang / Daun kesum /Timun batang /Bunga kantan /Kubis/tauge
] (cili
giling/belacan/garam) sambal jantan (iaitu lada burung kisar + gula + garam)
Pesanan orang tua
1. Kalau mahu guna lada
hitam biji dan mahu ditumbuk boleh juga. Tetapi selepas ditumbuk itu, masukkan
ke dalam mangkuk dan gaul dengan santan. Kemudian tapiskan ke dalam periuk.
Bagi mengelakkan warna hitam kulit lada hitam. Kalau guna serbuk lada hitam
terus tabur dalam periuk jer.
2. Orang kata sedap kalau
kisar bawang dan ikan dengan santan, tetapi kalau anda nak kisar guna air pun
tak kisah. tapi mungkin kuah akan sedikit cair sebab dah campur air.
3. Sifir nak buat kuah
laksa ni guna nisbah 1 kilo santan : 1 kilo ikan : 3 kilo laksa
4. Laksa lemak dimakan
dengan -: kacang panjang, daun kesum, daun serai dan bunga kantan dihiris halus
digaul bersama. Daun kesum dan bunga kantan kena sikit jer sebab nak baunya
sahaja. taugeh sekadar dibersihkan dan
diletakkan dalam bekas berasingan. timun batang yang dihiris halus dan
diletakkan dalam bekas berasingan. sambal/belacan/garam halus
KUAH LAKSA (2)
BAHAN KUAH LAKSA (utk 1 family) - kalau nak lebih
boleh gandakan sukatan
5 ekor ikan
kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
4 cawan santan
dari 1 biji kelapa
Gula melaka sebesar
ibu jari, dihiris*
4 biji bawang
merah
1/2 inci halia
1 keping asam
gelugur
Gula garam secukup rasa
Bahan merebus ikan
2 cawan air* 1 keping asam gelugur*
½ sd bsr gula* 1/2 sd teh garam*
BAHAN LAIN
Laksa secukupnya / Hirisan halus timun / Taugeh,
dibuang ekor /Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang /Sambal belacan ( 5 biji
cili merah + sedikit garam = tumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA
] UNTUK
KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan
masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi
bersama air rebusan dan tapis.
] Kemudian
kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam
periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila
mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan
renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh
matikan api.
] UNTUK
LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan
letak bahan2 ulam beserta sambal dan belacan. Hidangkan segera....