·
Selalunya
ibu bapa terlalu emosi dan gagal mengawal perasaan ketika menegur dan marah
mengenai kelakuan anak yang tidak digemari atas pelbagai sebab. Sebagai anak,
bukan semua dapat menerima dengan positif, sebaliknya menambah lagi kedengkelan
di hati mereka hingga sesetengahnya merajuk. Lebih membimbangkan, sebilangannya
merajuk dan melawan sehingga membawa diri.
·
Selalu
juga ingatkan diri untuk bertanya anak apa yang mereka inginkan ketika
komunikasi sama ada nasihat, hanya mendengar, menolong selesaikan masalah atau
ringankan beban emosi.
·
Anak
juga ada perasaan dan pandangan sendiri. Mereka akan belajar melalui apa yang
mereka buat. Selagi perkara dilakukan mereka tidak mendatangkan mudarat, usah
masuk campur.
·
Ingat,
anak belajar melalui mengajuk atau dalam bahasa lain, melihat dan meniru.
Selalunya, mereka akan mengikut cara anda menangani perasaan marah, menyelesaikan
masalah dan berdepan situasi kritikal dalam kehidupan.
·
Justeru,
berkomunikasi adalah kunci. Jangan membebel, mengkritik, mengugut atau bercakap
sesuatu yang menyakitkan hati mereka.
·
Anak
juga ada perasaan dan pandangan sendiri. Mereka akan belajar melalui apa yang
mereka buat. Selagi perkara dilakukan mereka tidak mendatangkan mudarat, usah
masuk campur.
·
Mendengar
dan berkomunikasi adalah kunci membina hubungan baik ibu dan anak.
·
Ketahuilah,
menjadi ibu bapa bererti anda menggalas tugas berat dan mengekalkan hubungan
baik dengan remaja lebih mencabar khususnya bagi ibu bapa yang mempunyai
tanggungjawab lain.
·
Panduan ibu bapa menangani isu
anak
·
Perhatikan
bila waktu mereka gemar memulakan perbualan sama ada sebelum tidur, sebelum
makan malam, di dalam kereta atau di mana saja, pastikan anda sedia meladani
mereka.
·
Mulakan
dulu perbualan, ia membuatkan anak berasa dirinya penting di mata anda.
·
Peruntukkan
waktu khas di setiap hujung minggu untuk melakukan aktiviti santai bersama dan
elakkan ia berjalan dalam keadaan tergesa-gesa.
·
Ambil
tahu minat anak. Jika dia sukakan muzik, tunjukkan anda juga minat perkara
sama.
·
Mulakan
perbualan dengan apa yang anda sedang fikirkan, bukan pertanyaan yang membebani
perasaan mereka.
·
Biarkan
anak tahu, anda seorang pendengar yang baik.
·
Bila
anak sedang bercakap mengenai kebimbangannya, berikan sepenuh tumpuan.
·
Tunjukkan
minat anda terhadap perbualan anak dan tidak mencelah.
·
Dengar
apakah kehendak yang cuba anak sampaikan apabila bercakap, walaupun ia sukar untuk
diterima minda ibu atau bapa.
·
Biarkan
mereka menyudahkan pertanyaan atau permintaan sebelum anda memberi maklum
balas.
·
Ulang
semula apa yang mereka sebutkan bagi memastikan anda benar-benar memahami apa
yang disampaikan.
·
Berikan
maklum balas dalam permasalahan dilontarkan, yang akan mereka patuhi.
·
Berkata-kata
tegas, namun dalam tutur yang lembut. Anak mudah memberontak jika ibu bapa
sering marah dan menyalahkan anak.
·
Berikan
pendapat tanpa merendahkan kemampuan anak.
·
Jangan
bergaduh, mencari siapa yang betul, siapa yang salah. Tidak mengapa jika anda
mengatakan, “Ibu tahu Iman tidak bersetuju dengan pendapat ibu, tapi ia apa
yang ibu rasakan perlu Iman buat.
·
Fokus
terhadap perasaan anak, bukan hanya perasaan sendiri ketika berbual.
Panduan ini dikeluarkan
hasil kajian antara Pusat Polisi Awam, Virginia Commonwealth University; Pusat
Rangkaian Psikologi, California; Pusat Kesihatan Northwestern, Illinois dan Old
Dominion University.
No comments:
Post a Comment