Keturunan
Nik, Wan, Tuan, Che, Tengku Kelantan-Patani dan Terengganu Berasal Dari Syed
Hussein Jamadil Kubra???
Artikel Dari
Sebuah Forum: KETURUNAN
NIK,WAN,TUAN, CHE, TENGKU KELANTAN BERASAL DARI SYED HUSIEN JAMADIL KUBRA???
Ini plak
misteri mencari Sayyid Hussein Jamadil Kubra (www.forum.cari.com/)
WonBin:
Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting
sehingga nama beliau DIPADAMKAN oleh British dan DIPADAMKAN DARIPADABUKU
SEJARAH DI SEKOLAH.
1. Sayyid Hussein Jamadil
Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi
Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah
Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah
Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan
pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di
Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di
Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit
Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali
Songo berkumpul sebelum ke Jawa.
WonBin:
WALI 7
Saiyid Hussein Jamadil Kubra
dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu
Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad
Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India
Selatan); telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 Masihi besama
adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syekh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sudah menjadi takdair bahawa keturunan Rasulallah dizalimi, ditindas, dibunuh
dan merantau meninggalkan Kota Mekah untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Sepanjang misi dakwahnya
Saiyid Husein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin
(Kelantan Purba) yang sewaktu itu ibu kotanya bernama 'Jiddah' terletak 3 batu
dari Bukit Panau. Kota tersebut telah terbenam ke dalam bumi dan ditenggelami
oleh air, kini dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Anak sulong beliau, Maulana
Malik Ibrahim (Sunan Gresik) merupakan pelopor dan ketua Wali Songo. Maulana
Malik Ibrahim merupakan anak Saiyid Husein hasil perkahwinan dengan Puteri
Linang Cahaya (adik kepada Cik Wan Kembang). Siapa sangka bahawa Wali Songo
adalah anak buah (anak saudara) Cik Wan Kembang yang tersohor di Kelantan itu.
Salah seorang anak beliau,
dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan di Brunei
bergelar Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja Brunei sekarang.
Inilah jawapan kepada Misteri kenapa Sultan Brunei telah membina sebuah masjid
yang cantikdan besar di gigi tasik Danau Tok Uban, sedangkan tempat ini
'tersorok' dan orang kelantan sendiri ramai yang tidak tahu kewujudan tasik
yang agak luas sayup mata memandang.
Shaik Thanauddin pula menetap
di Bukit Panau (Tanah Merah, Kelantan) sebagai tempat pertapaannya yang mana di
sinilah Laksamana Hang Tuah datang untuk berguru semasa usia awal remaja
sekitar tahun 1400. Pada zaman dahulu kala, Bukit Panau merupakan landmark bagi
pelaut antarabangsa kerana bentuknya yang unik seperti piramid itu dapat
dilihat dari laut ketika berada di perairan Laut China Selatan. Pada zaman
dahulu, Bukit Panau diakses melalui Sungai Kelantan yang cuma disebelahnya.
Kapal-kapal mudah sahaja melalui Sungai Kelantan yang luas itu. Inilah
perkampungan Wali Songo dan tempat di mana mereka merancang dakwah di Tanah
Jawa. jangan keliru, sebenarnya Bukit Panau ini bersebelahan sahaja dengan
tasik Danau Tok Uban dan Masjid Sultan Brunei. Anjung Masjid Sultan Brunei di
Tasik Danau Tok Uban di Pasir Mas Kelantan.
Semua informasi yang
disampaikan oleh Wonbin ini agak menarik tetapi terlalu banyak informasi yang
perlu dikaji selidik. Masalahnya data sejarah kita tak lengkap, hanyalah
melalui cerita lisan. Kalau adapun penulisan seharusnya dalam tulisan jawi dan
penulisannya tidak boleh sewenang-wenangnya diambil tanpa dikaji asal-usul
naskah tersebut. Mungkin ini semua boleh terlerai jika diperincikan dan dibuat
satu kajian perbandingan dengan sejarah di Jawa dan juga tulisan Arab dan
China. Sudah tentulah sejarah2 sebegini tidak disimpan oleh pihak kolonial,
kalau tidak pastinya sudah ditimbulkan oleh Mubin Sheppard dan Richard
Winsteadt.
Selain Kota Salor, Kota Jelasin dan Puteri Saadong, aku juga terpanggil untuk
mencari hubungan Puteri Saadong dengan kerajaan Perak. Negeri Perak sebenarnya
telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan
satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu.
Bertolak dari tarikh antara 4 ratus hingga 8 ribu tahun sebelum masihi, Negeri
Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.
Kesan peninggalan sejarah
zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia
dikenali dengan nama 'Perak Man'.Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian
seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan
jumpaan-jumpaan tertentu.Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang
dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam
persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya
kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud
setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan
Ulu seperti Tun Saban dan Raja Reman(Reman ini asalnya adalah sebahagian
daripada Kerajaan Pattani Besar sbelum ianya berpecah-pecah). Serentak dengan
itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.Titik sejarah Negeri Perak
sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan
dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan
Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa.
Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka
yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali
setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di
Larut pada tahun l848 oleh Long Jaafar. Di kelantan dan Pattani juga mempunyai
keturunan raja-raja yang memakai gelaran yang sama sehingalah Raja Kelantan di
zaman Kelantan moden Long Yunus. Pendekata ini tidak mustahil. Apalagi bila
Pattani dikatakan terhubung dengan Perak dan kedah dan adanya Sunga Petani yang
seharusnya dipanggil Sungai Pattani, merujuk kepada sejarah.
Kota Jelasin terletak kira-kira
4.8 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Kota ini terkenal semasa di bawah
pemerintahan Cik Siti Wan Kembang dari tahun 1548 sehingga 1580. Kota Jelasin
dibuka pada tahun 1663 dan dibina dengan kayu-kayu tebal serta diukir dengan
baiknya oleh tukang-tukang ukir yang masyhur. Kubu-kubu pertahanan dibina
berhampiran dengan kota tersebut. Parit-parit digali dengan dalamnya serta
timbunan tanah yang tebal dibuat sebagai benteng pertahanan.
Semasa pemerintahan Puteri
Saadong, kota ini bertambah maju dan kota ini dijadikan sebagai kubu pertahanan
negeri Kelantan daripada serangan dan ancaman luar. Mengikut sejarah, Kota
Jelasin pernah diserang oleh Raja Siam disebabkan iri hati dengan kemajuan Kota
Jelasin. Akhirnya, Kota Jelasin binasa dan Puteri Saadong juga menghilangkan
diri. Semenjak itu berita daripada Puteri Saadong tidak diketahui dan keadaan
Kota Jelasin semakin kucar-kacir tanpa pemerintah.
Kini Kota Jelasin hanya
dikenali dengan nama Kota sahaja. Kesan peninggalan kota lama itu hampir lenyap
kerana kurang perhatian untuk memeliharanya dan kawasan sekitar kota tersebut
kini ditumbuhi belukar.
RAJA ABDULLAH (1663-1671)
Makam Raja Abdullah yang
terletak di Kampung Padang Halban, Kota Bharu.
Raja Abdullah adalah suami
kepada Puteri Saadong
Raja Abdullah adalah putera
kepada Raja Bahar. Baginda telah dikahwinkan dengan sepupunya Puteri Saadong,
Puteri kepada Raja Loyor oleh Paduka Cik Siti Wan Kembang. Perkahwinan ini
adalah untuk mengelakkan angkara dari Raja Siam yang juga berhasrat untuk
memperisterikan Puteri Saadong.
Selepas istiadat perkahwinan
tersebut, Paduka Cik Siti Wan Kembang telah menabalkan Raja Abdullah menerajui
Kota Tegayung. Perkahwinan ini juga secara tidak langsung telah menamatkan
sejarah pemerintahan di Jembal. Kemudiannya Cik Siti Wan
Kembang telah meninggalkan Kota Tegayung. Kota yang baru ini dinamakan Kota
Jelasin (sekarang Kampung Kota, Kota
Bharu). Kota Jelasin juga kemudiannya
diserahkan kepada Raja Abdullah dan Puteri Saadong.
Pemerintahan Raja Abdullah dan
Puteri Saadong tidak lagi berpusat di Jembal tetapi di Kota Jelasin. Besar
kemungkinan kuasa pemerintahan Raja Abdullah ini meliputi kerajaan Jembal.
Andaian ini berdasarkan kepada keadaan di Jembal yang tidak mempunyai
pemerintah selepas kemangkatan Raja Loyor dalam tahun 1663.
Dalam tahun 1671 baginda Raja
Abdullah telah mangkat. Baginda dikatakan mati ditikam oleh isteri baginda Tuan
Puteri Saadong dengan penyucuk sanggul dalam satu pergaduhan di Kota Mahligai.
Pergaduhan ini berpunca daripada sikap marah Tuan Puteri Saadong terhadap
suaminya Raja Abdullah yang tidak setia terhadap janji.
Baginda Raja Abdullah telah
dimakamkan di Padang Halban, dalam daerah Melor kira-kira 17 km dari bandar
Kota Bharu.
BUKIT MARAK, PERINGAT, KOTA
BHARU
Pemandangan di sekitar Bukit
Marak :
Tempat ini dipercayai
merupakan tempat istirehat lagenda Puteri Saadong.
Di sebelah kirinya ialah
Sekolah Menengah Bukit Marak..
Batu-batu timbul yang menarik
terdapat di Bukit Marak yang sering dikunjungi oleh pelawat-pelawat dan
ahli-ahli kaji sejarah.
Bukit Marak terletak kira-kira
20 km daripada bandar Kota Bharu. Menurut sejarah, Cik Siti Wan Kembang, pernah
bersemayam di sini sewaktu Pengkalan Datu menjadi pelabuhan yang penting
sekitar tahun 1605.
Bukit Marak juga menjadi
tempat bersemayam Puteri Saadong selepas kemangkatan suaminya Raja Abdullah
dalam tahun 1761M. Kota Mahligai yang menjadi pusat pemerintahan pada masa itu
telah diserahkan kepada Raja Abdul Rahim yang ditabal menggantikan Raja
Abdillah.
Semasa berada di Bukit Marak,
Puteri Saadong amat disayangi oleh rakyat jelata kerana kemurahan hati baginda.
Baginda sering menjadi tempat rakyat jelata meluahkan perasaan terhadap
kezaliman yang dilakukan oleh Raja Abdul Rahim. Peristiwa ini membuat baginda
sering berdukacita dan akhirnya menyebabkan baginda memencilkan diri ke Gunung
Ayam.
Hingga kini kesan-kesan
peninggalan Tuan Puteri Saadong di Bukit Marak masih lagi dapat dilihatnya.
Antaranya kesan-kesan istana tempat baginda bersemayam dan bahagian bawahnya
pula terdapat satu kawasan yang dipercayai tanah perkuburan pengikut-pengikut baginda.
Daripada maklumat yang
didapati ternyata Kota Salor mempunyai dua cerita yang berbeza, satunya ia
diserang oleh Siam dan satu lagi ianya diserang oleh Sultan Muhamad Mulut
Merah, iaitu Sultan Muhamad II, bapa kepada Long Ghafar. Kedua-duanya merujuk
kepada abad yang berbeza, mungkin juga kedua-dua peristiwa tersebut terjadi
pada zaman yang berbeza, tetapi pada zaman Sultan Muhamad II Kota tersebut
lenyap atau dilenyapkan kerana kekuasaannya serta usahanya menghapuskan
raja-raja kecil yang ada diseluruh negeri.
(Brikutpetikandari:http://pkrjk.blogspot.com/2007/07/sejarah-kerabat-raja-jembal-kelantan.html)
JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH
Pengenalan
•Negeri Kelantan terletak di
pesisir Pantai Timur Semenanjung.
•Menjadi tumpuan pedagang
berulang alik dari timur dan barat.
•Kedudukannya yang strategik,
menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang
mengawal aliran perdagangan
dan politiknya.
•Salah sebuah kerajaan yang
masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.
Sejarah Awal Kelantan
•Sejarah awal Kelantan sukar
dikesan.
•Ada pendapat mengatakan
Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan 'Medang
Kemulan'.
•Dalam abad ke 5, Kelantan
dikenali dengan nama'Kalatana' atau 'Tanah Kala'.
•Catatan Shen Yao (414 – 512)
ada menyebut negeri 'Ho-lo-tan' atau 'Kou-lo-tan'.
Kelantan Abad Ke 15
•Tahun 1411 Kelantan
diperintah oleh Raja Kumar (Islam).
•Menjalinkan hubungan dengan
negeri Cina.
•Sultan Iskandar memerintah
sehingga tahun 1465.
•Tahun 1465 Sultan Mansur
menggantikan ayahyandanya yang mangkat.
•Tahun 1477, Kelantan diserang
oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.
•Sultan Mahmud Syah akhirnya
berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.
•Tahun 1526 Raja Gombak
menggantikan Sultan Mansur.
Kelahiran Cik Siti Wan Kembang
•Cucu Raja Gombak iaitu Raja
Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D'Raja iaitu sepupu Raja
Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang
puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika
Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor
dilantik sebagi pemangku raja.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang
•Tahun 1610, Raja Hussin
mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal
menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung
Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang
sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang
berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil
baginda dengan panggilan 'Paduka Cik Siti'.
•Dari situ baginda lebih
dikenali dengan nama 'Cik Siti Wan Kembang'.
Asal-usul Kerajaan Jembal
•Kerajaan Jembal diasaskan
oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari
keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan
pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah
kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok
'jambu jembal' yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat
itu 'JEMBAL'.
Pertabalan Raja Sakti
•Tahun 1638, Raja Besar
menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7
orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu
Kelantan Di Bawah Raja Loyar
•Tahun 1649 Raja Loyar
ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai
Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai
Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi
oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai
sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang,
lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.
Hubungan Dengan Kerajaan Cik
Siti Wan Kembang
•Di bawah Raja Loyar, kerajaan
Jembal bertambah maju dan makmur.
•Hubungan dengan kerajaan Cik
Siti Wan Kembang adalah baik.
•Raja Loyar mempunyai 2 orang
cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri
Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali
sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah
mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan
dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor
kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.
Perkahwinan Puteri Saadong
dengan Raja Abdullah
•Puteri Saadong termasyhur
dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam
menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu
dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah
mendirikan sebuah kota yang dinamakan 'Kota Jelasin' (Kg. Kota sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja
Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang
dikenali sebagi 'Tanah Serendah Sekebun Bunga'.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang
gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.
•Setelah itu seluruh Kelantan
diperintah oleh Raja Loyar.
Peperangan Dengan Angkatan
Siam
•Raja Siam marah di atas
perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan
menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke
Melor dan membina 'Kota Mahligai' di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke
Melor.
•Kerana sayangkan nyawa
rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.
Kemangkatan Raja Loyar
•Ketika Puteri Saadong berada
di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan
di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar
ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar
Puteri Saadong Berangkat
Pulang
•Setelah kembali dari Siam,
Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota
Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong,
Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah
berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah
tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di
Kampung Padang Halban, dekat Melor.
Pemerintahan Raja Abdul Rahim
•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim,
adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.
•Puteri Saadong berpindah ke
Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim
sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu
kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong
berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.
Kemangkatan Raja Abdul Rahim
•Raja Omar dari Jembal
menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota
Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja
Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.
Kegemilangan Kelantan Di Bawah
Sultan Omar
•Kelantan amat maju di bawah
Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan
Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke
seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman
padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan
negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran
seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang
putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja
Nah.
Kedatangan Anak Raja Pattani
•Tahun 1686, tiga orang anak
Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan
anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak
pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota
Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.
Sultan Omar Mangkat
•Sultan Omar memerintah selama
46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun
1721
•Jenazah baginda dimakamkan
berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg
Senenag.
•Belindan makam baginda
dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.
Raja Kecil Sulong
•Sultan Omar diganti oleh
anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina
sebuah kota yang dinamakan 'Kota Teras'.
•Kota ini diperbuat daripada
teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun
sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam
usia yang muda.
Peranan Raja Pah
•Putera Raja Kecil Sulong yang
bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi
pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi
Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak
Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah
dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat,
anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman
inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.
Jembal Hari Ini
•Nama Jembal kekal sehingga
tahun 1922 sahaja.
•Tempat itu telah berubah
kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.
•Pekan tersebut dikunjungi
oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).
•Kerana itu pekan ini
dinamakan Kedai Lalat.
•Suasana itu kekal hingga ke
hari ini.
Usaha Mempertabatkan Keturunan
Jembal
•Keturunan Jembal tersebar di
seluruh negeri Kelantan.
•Terdapat juga di Kedah,
Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.
•Mereka memakai berbagai
gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.
•Ada juga yang mengugurkan
gelaran nama itu.
•Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan
bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.
•AJK membuat lawatan dan
memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha
murni ini.
•PKRJK juga telah berjaya
mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada 'KOTA JEMBAL'.
:: Sumber dr INTERNET ::
No comments:
Post a Comment