Wednesday, June 19, 2013

Jom kita buat BISKUT RAYA....

... hai tak lama lagi kita smua nk puasakan... pastu raya... sblm dtgnya ramadhan aper kate kita cuba try buat Biskut raya... try n error... hu3...


1. Biskut Nestum Rangup

BAHAN-BAHANNYA :-)
260 gram mentega (sy guna 250g - brand buttercup)
120 gram gula aising (lebih kurang 1 cawan)
250 gram tepung halus (atau tepung gandum - 2 cwn)
130 gram tepung jagung (lbh kurang 1 cwn)
60 gram  serbuk badam  (1/2 cwn) - [ sy tk ltk sbb tkder, ganti dgn nestum]
40 gram nestum biasa, dikisar (1 cwn nestum)
1 camca teh esen vanilla
Kuning telur, untuk disapu utk hiasan n tabur Nestum kasar secukupnya...
 kalau ada kepingan badam pn best (tp masa kecik2 mama ltk ceri merah n hijau... cantikkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati.
2. Masukkan tepung, tepung jagung, nestum.
3. Uli hingga jadi doh. Canai 1/2 cm ketebalannya dan terap guna acuan kegemaran.
4. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
5. Sapu kuning telur dan tabur nestum (utk hiasan suka hatilah), bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C,   selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
6. Biar suam sekejap atas dulang pembakar, alih atas jaringan dan bila betul2 sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.. 

Note:
ada resepi yg letak Tepung Rose (ganti t/gandum) & Gula Merah (ganti gula icing) blh cuba nnt...

Resepi dapat dari blog Mat Gebu....Sedap...buat satu bancuhan...



2. Biskut Nestum Rangup

Bahan-bahan ( 75-100 biji )
250gm butter
140gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu kecil essen vanilla
120gm nestum yg dikisar halus
100gm tepung jagung 
260gm tepung rose 

HIASAN : putih telur, Nestum kasar

Cara-cara
  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • tak perlu terlalu kembang. Masukkan kuning telur, esen vanilla.
  • Kacau jap..lepas tuh masukkan nestum halus, kacau lagi tepung jagung.. kacau.. dan seterusnya tepung rose.. 
  • masuk sikit demi sikit Adunan doh sebaiknya dibancuh sedikit lembik (bukan la lembik sangat) kerana apabila terdedah pd udara, adunan akan keras sikit. 
  • Canai adunan mengikut tebal yg disuka. 
  • Terap dgn acuan pilihan. 
  • Sapu putih telur.. dan taburkan bijirin nestum. Bakar pada suhu 170...selama 20 minit .atau sehingga masak (ikut oven masing2 yer...) Selamat mencuba!

Biskut Coklat Chip Famous Amos (Home Made)

Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum               
3 sudu kecil serbuk koko         
2 sudu besar tepung jagung                
1/2 sudu kecil soda bikarbonate         
2 sudu besar susu tepung         
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik               
150 gm gula kastor                  
1/2 sudu kecil asen vanilla                 
1 biji kuning telur                                
100 gm sebarang kekacang - Optional                       
50 gm kismis hitam - dibelah dua        
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.   8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.    9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Chocolate chip cookies

Bahan-bahan
230gm mentega-biarkan suhu bilik
1 -1¼ cawan gula perang-jika suka kurang manis boleh guna 1 cawan sahaja
1 cawan gula kaster
3 biji telur
½ cawan susu tepung
3 cawan tepung gandum halus
4 sudu teh baking powder                 
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan serbuk Nescafe                       
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu kecil vanilla essence               
340gm chocolate chip
115 gm  kacang walnut/pecan-cincang halus


Cara membuat
Pukul mentega dan gula sehingga halus dan kembang.
Masukkan nescafe dan pukul sebati.
Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan esen vanilla dan pukul.
Ayak tepung, baking powder,susu dan serbuk koko.
Campurkan chocolate chip dan kacang walnut kemudian masukkan dalam adunan yang dipukul tadi. Kacau sebati.
Ambil piping beg atau sudu dan sudukan atas dulang yang telah disapu mentega.
Bakar 12-15 minit mengikut saiz cookies yang dibakar.


Biskut Oat Cinta Hati

Bahan-bahan :
250 gm mentega                      
130 gm gula kastor                               
2 biji kuning telur                       
1/2 sudu kecil esen vanila         
320 gm tepung gandum                        
1/2 sudu kecil serbuk penaik
130 gm oat - kisar halus            
50 gm kacang gajus - kisar halus           
Pewarna merah

Hiasan :
Gula hiasan bentuk hati Coklat masakan

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pewarna dan esen vanila dan pukul sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, oat kisar dan gajus kisar.
4. Masukkan bahan yang diayak kedalam adunan biskut dan gaul sehingga sebati dan menjadi doh yang lembut. 5. Canai doh dan terap dengan acuan pilihan. Susun atas dulang yang disapu dengan marjerin atau shortening.
6. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 12 - 15 minit atau sehingga masak. Sejukan. Selaraskan masa membakar mengikut pada oven masing2 ya.  7. Hiaskan dengan coklat masakan yang dicairkan dan letakkan gula bentuk hati ditengah2 biskut.  Biskut sebelum di bakar.


Biskut Kacang Gajus

Bahan-bahan :
125 gm mentega                      
60 gm gula aising                     
100 gm tepung jagung
50 gm nestum - kisar halus        
50 gm badam - kisar halus        
100 gm tepung gandum
Hiasan :                                   
Kacang gajus                           
kuning telur untuk sapuan atas biskut

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang. Kemudian masukkan tepung jagung, nestum dan badam. Uli sehingga sebati.   2. Masukkan pulatempung gandum, gaul sehingga menjadi doh.  3. Akhir sekali canai dan terap bentuk gajus. Hiaskan dengan biji gajus dan sapu kuning telur atasnya. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit atau sehingga masak.


Biskut Choco Crunch

Bahan-bahan :
170 gm marjerin                        
100 gm gula kastor                               
1 biji kuning telur
130 gm tepung gandum            
1/4 sudu kecil serbuk penaik                  
50 gm tepung jagung
2 sudu besar susu tepung         
50 gm oat                                            
20 gm sultana / kismis hitam
80 gm koko crunch - di ramas atau tumbuk kasar                                    
Cawan kertas secukupnya

Hiasan :            Ceri merah

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang
2. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, tepung jagung dan susu tepung. Kemudian gaulkan bersama oat dan sultana/ kismis hitam.
4. Masukkan semua bahan kering dan gaul sebati.
5. Sudukan lebih kurang 10 gm kedalam cawan kertas.
6. Kemudian hiaskan denan ceri merah diatasnya.
7. Bakar dengan suhu 180' C selama 15 - 20 minit atau sehingga masak. sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.  Biskut sebelum di bakar

Biskut Coklat Chips

180gm mentega/marjerin                       
90gm gula castor                     
100gm gula perang                                
1 sudu teh esen vanila                          
2 biji telur                                 
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum                         
1 sudu teh soda bicarbonate     
1/4 sudu teh garam                                
100gm coklat chips                              
120gm badam cincang

Cara-cara
*      Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.  Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih.   Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.  Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.  Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.

*      Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

Biskut Susu / Milk Cookies

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )
250grm tepung jagung                                                              
1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan)
1 sudu baking powder                                                               
butter /marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka

Cara-cara
  ]   Gaulkan tepung + susu cair,  Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh . Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai,  Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar , Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

BISKUT COKLAT CHIP

BAHAN-BAHAN
4 1 / 2 cawan tepung serbaguna                   
2 sudu teh baking soda
2 cawan mentega, dilembutkan                     
1 1 / 2 cawan padat gula perang
1 / 2 cawan gula putih                                 
2 (3.4 auns) pakej vanila puding campuran segera
4 biji telur                                                   
2 sudu teh ekstrak vanila
4 cawan cip coklat semisweet                     
2 cawan walnut cincang (pilihan)

CARA - CARANYA.
  ]   Panaskan ketuhar kepada 175 darjah C.
  ]   Ayak tepung dan baking soda, ketepikan.
  ]   Dalam mangkuk besar, krim bersama mentega, gula perang, gula dan putih dan pukul dalam campuran puding segera sehingga sebati. 
  ]   Masukkan telur dan vanila. Kisar campuran tepung.
  ]   Akhir sekali, masukkan cip coklat dan kacang. 
  ]   Cedok dengan sudu dan rata atas tray yang dah disapu sedikit minyak
  ]   Bakar selama 10 hingga 12 minit di dalam ketuhar yang dipanaskan.
  ]   Pastikan bahagian tepi harus berwarna perang keemasan, angkat dan sejukkan. Biskut dan Coklat adalah suatu yang sinonim..
  ]   Kita boleh guna coklat untuk membuat biskut dan pada masa yang lain kita boleh guna biskut  untuk membuat coklat







Chocolate chip

Bahan-Bahan
1 / 2 cup Crisco dengan mentega           
1 / 2 cawan gula Halus              
1 / 4 cup brown sugar                            
1 butir telur                               
1 cawan tepung                                     
1 / 2 sudu teh garam
1 / 2 sdt baking soda                             
1 1/2 cawan coklat chips           
1 / 2 cawan walnut cincang                     
1 sudu teh essen vanila

Cara-caranya
1.  Masukkan gula halus, gula perang, telur, dan Crisco kedalam mangkuk kemudian pukul sehingga kembang dan kemudian masukkan essen vanila, garam, dan baking soda
2. Masukkan tepung ke dalam adunan dan aduk semua bahan. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan walnut cincang. Panaskan oven ke 350 darjah.
3. Gunakan sudu kecil untuk meletakan adunan ke loyang (ungreased) dan leperkan.Ulangi proses ini sehingga anda telah menggunakan semua adunan biskut. Letakkan loyang ke dalam oven 350 darjah selama 10 hingga 12 minit atau hingga coklat keemasan. Sejukan biskut sebelum disimpan di balang kedap udara.- ehow

2 . Resepi chocolate chip

1 sdt. Garam                                                                 
1 sdt baking soda                     
1 cawan mentega lembut
1 cawan walnut cincang 
3/4 cawan gula perang               
2 cawan coklat semisweet          
1 sdt essen vanila                     
2 1/4 cawan tepung gandum                                             
2 biji telur

*      Panaskan oven 375 darjah F.
*      Campur tepung gandum, baking soda dan garam dalam mangkuk kecil. Pukul mentega, gula pasir, gula perang dan essen vanila di dalam mangkuk besar sehingga lembut.
*      Tambah telur satu per satu, blend selepas setiap tambahan. Secara berperingkat kedalam campuran tepung. masukan kacang-kacangan dan coklat chip.
*      Ambil  sudu makan bulat dan sudukan adunan ke loyang ungreased. Bakar selama 9 hingga 11 minit atau hingga coklat keemasan.
*      sejukan biskut selama 2 minit, pindahkan ke rak dawai untuk menyejukan sepenuhnya.

Biskut semperit (Resepi 3)

Bahan-Bahan:
200 gm marjerin                      
1 cawan tepung gandum                    
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung         
1 biji kuning telur                              
setengah cawan gula
1 sudu esen vanila               
 5 biji buah ceri

Cara:
Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila.Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum.Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit.Hias dengan ceri yang dipotong halus.
Cadangan Hidangan:

Kalau lembik tambah sedikit tepung, kalau keras tambah marjerin.

Resepi Biskut Tart Nenas Landak

Bahan bahan
300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor
                                                                              
Cara cara
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
3. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
5. Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
6. Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas , gunting pada permukaan nya seperti sisik ikan
7. Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter
8. Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik masaknya
# butter tu dlm suhu biasa saja

Resepi Biskut Tart Bunga Teratai

Bahan-bahan ( 150 biji )
325g mentega
1 cwn icing sugar 
2 biji kuning telor 
4 sudu besar kastard
3 sudu besar tepung jagung
1 cwn susu tepung 
250gm tepung gandum - boleh di tambah jika adunan lembik
1 biji nanas di parut atau kisar dan 300g gula dimasak bersama bersama nenas untuk membuat jem 
Cawan kertas kecil

Cara-cara
1. Mula - mula pukul mentega dan gula sehingga gebu kemudian masukkan telor satu persatu dan di pukul lagi.
2. Setelah itu masukkan tepung kastrad di kacau lagi kemudian susu tepung di kacau sehingga semua sebati baru la di masukkan tepung gandum.
3. Uli sehingga menjadi doh jangan terlampau lembut dohnya
4. Canai doh ikut ketebalan yang dikehendaki.Jangan terlalu tebal dan terlalu nipis.
5. Cetak dengan acuan bungai teratai.Letak jem dan masukkan dalam cawan kertas.
6. Setelah siap semuanya, bakar selama 20 atau 25 minit

Resepi Biskut Badam

Bahan-bahan:
1 biji kuning telur
180 gm mentega
180 gm tepung gandum
150 gm tepung jagung
113 gm gula aising
4 sudu besar badam kisar

Bahan Hiasan:
Kuning telur  -   Hirisan badam

Cara Menyediakan:
1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh yang lembut.
3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

Resepi Biskut Kacang Tanah

 

Bahan-bahan ( 100 biji )
1 gelas marjerin
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 gelas tepung jagung
1 gelas kacang tanah (dikisar)
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. pukul marjerin dan gula sampai kembang
2. masukkan telur. kacau hingga rata
3. masukkan tepung jagung, tepung gandum, kacang, baking powder dan esen vanila. kacau hingga sebati
4. jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan sesuai untuk dicanai.
5. canai adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda.
6. sebagai hiasan letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur atas setiap adunan yang telah diterap.
7. bakar 180C selama 15-20 minit

 

 

Resepi Biskut Koko Rangup


Bahan-bahan ( saiz acuan 21x8cm )
*50g mentega tanpa garam
*70g tepung
*15g serbuk koko
*1/8 sk serbuk kulit kayu manis
*1/4 sk baking powder
*40g gula perang
*2 cubit garam

Cara-cara
1. potong mentega 1 cm. pastu masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven peper
2. Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
3. Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.
4. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
5. Bakar selama 25-30 minit.
6. Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

Biskut Makmur


Bahan-bahan ( 1 Balang saiz sederhana )
Tepung Gandum ( 1 kg )
Minyak Sapi Tulen ( Ikut lembut adunan )
Kacang Tanah ( Di goreng tanpa minyak )
Telur ( 3 Biji )
Gula Aising

Cara-cara
1. Panaskan tepung dalam kuali. Kaedah ini dilakukan supaya biskut yg dibuat nanti tidak melekat di lelangit apabila dimakan.
2. Ayak tepung sebentar tadi,supaya tiada ketulan kecil.
3. Kacang digoreng tanpa minyak sehingga masak. Kemudian buang kulitnya.
4. Kacang tanah yang sudah dibuang kulitnya dikisar halus.
5. Cairkan minyak sapi
6. Gaul tepung gandum bersama kacang tanah, telur dan minyak sapi sehingga sebati.
7. Apabila adunan suda sebati dan sesuai untuk dibulatkan. Bolehlah mula membulat adunan kecil-kecil sedikit demi sedikit.
8. Setelah siap,bolehlah dimasukkan kedalam ketuhar untuk dimasak.
9. Biskut yang suda masak, bolehlah digulingkan kedalam gula aising.
Siap untuk dimakan.

Resepi Biskut Suji

Bahan-bahan
250 gm mentega
100 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
200 gm gula halus
200 gm tepung suji
50 gm tepung jagung
50 gm gajus, ditumbuk
1 camca teh esen vanila
Sedikit garam dan buah ceri untuk hiasan

Cara Penyediaan
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan semua jenis tepung dan gajus. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
6. Kemudian bulatkan-bulatkan adunan. Bubuh ceri di atasnya. Bakar hingga masak.

Resepi Biskut Batang Buruk


Bahan-bahan:
600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
5. Potong kecil dan goreng.
6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara
1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

Resepi Biskut Dahlia

 

Bahan-bahan
3 biji merah telur
2 biji putih telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 tin tepung jagung
2 cawan tepung gandum
2 cawan mentega
2 ½ cawan gula halus
½ sudu kecil serbuk penaik

Cara Penyediaan
Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar

Resepi Biskut Hazelnut

Bahan A
180 gram mentega
90 gram gula halus
1 biji kuning telur
¼ sudu kecil mentega emulco

Bahan B (ayak)
320 gram tepung gandum superfine
30 gram tepung jagung
30 gram tepung sagu
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Bahan C
50 gram Nestle almond cluster (kisar)
50 gram biskut cheese cracker (kisar)
1 keping keju cheddar (cincang halus)

Bahan D
Kacang hazel secukupnya (bakar)

Bahan hiasan
Mangkuk kertas
Coklat putih
Sandi sugar

Penyediaan
Bahan A diputar hingga sebati dan masukkan bahan B.
Satukan bahan C dan campurkan dalam adunan tadi.
Uli hingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh, masukkan kacang hazel di tengah-tengahnya.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat putih secara double boiler.
Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat putih dan letakkan ke dalam mangkuk kertas. Tabur sandi sugar di atasnya.

 

Resepi Biskut Mazola


Bahan-Bahan:
• 1 cawan minyak mazola

• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.


Bahan Untuk hiasan
• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.




No comments:

Post a Comment