Wednesday, June 19, 2013

resepi KUIH TRADITIONAL KELATTE


Asyik dok buat biskut, kek n kuih moden jer... aper kate kita belajar buat KUIH TRADITIONAL KELATTE Pulak... jom kita cuba try test... 


... sebenarnya tak semua kuih muih kt sini sy makan... ada yg tk pernah makan pn, tapi ada yg sukeeeee sgt mkn… ada yg pernah buat, ada yg tk perrrrnahh pn buat, tp yg penting kenallah kuih2 tu semua, cuma tk brapa suka dgn kemanisan kuih tuu jer... he3!!!

Buah Peria
- Kuih ni paling suka... suka sesgt.... 

Bahan-bahan  Inti :
1 cawan kacang hijau (direndam satu malam dan direbus empuk)
gula atau gula melaka secukup rasa                        
sedikit garam     
1 helai daun pandan

kulit :
2 cawan tepung pulut - dicampur    
1/2 cawan tepung beras - dicampur            
3 camca besar santan pekat        
1 camca teh air kapur                  
sedikit air untuk menguli                         
pewarna (Merah/hijau/kuning ect)

Cara Membuatnya :
1. Sediakan intinya. Kacang yang direbus-rebus dicampur dengan gula, garam dan  daun pandan, kacaulah sehingga kering dan likat. Sambil mengacau inti itu rasakan manisnya. (Jika masih kurang manis tambahkan lagi sedikit gula)
2. Apabila cukup manisnya dan betul-betul kering angkat dan sejukkan.
3. Bila intinya sejuk, ambil sebesar ibu kaki, bentukkan bulat memanjang lebih kurang  6 cm.
4. Untuk kulitnya, campurkan santan, tepung beras, air kapur dan sedikit air sejuk  kemudian ulilah sehingga menjadi adunan lembut, licin dan tak melekat pada tangan.
5. Semasa menambah air pada adunan mestilah berhati-hati, masukkan sedikit-sedikit supaya adunan tidak terlebih air dan terlampau lembik. Kalau suka bolehlah  dimasukkan pewarna.
6. Ambil adunan sebesar buah pinang, bentukkan bulat memanjang seperti buah peria kemudian letakkan intinya di tengah-tengah.
7. Balut di dalam daun pinang dan pulaslah supaya urat-urat atau lidi-lidi pada daun pinang itu meninggalkan kesan berjalur-jalur pada kuih itu.
8. Jika tidak ada daun pisang boleh juga ditekan dengan lidi pada kulit kuih itu supaya kelihatan berjalur-jalur seperti rupa peria.
9. Kukuskan di dalam pengukus sehingga masak.




Sagu Kelapa
paling suka... suka sesgt.... 

Bahan-bahan ( satu keluarga kecil )
1 cawan sagu (basuh dan tos)                    
½  cawan gula
2 ½ cawan air                                                  
½ sudu bsr sirap rose
2 helai daun pandan                                      
Kelapa (muda) parut digaul dengan garam

Cara-cara
Siram sagu air & toskan.  Masak air hingga mendidih, masuk sagu kacau supaya tidak berketul & sagu pun nampak jernih., masukkn daun pandan. Biarkan sagu betul2 masak n jernih... Masukan  gula n sirap rose, kacau hingga gula larut.  Keluarkan daun pandan. Basahkan loyang, masukkan sagu n biarkan sehingga sejuk.  Bila benar2 sejuk, potong dan terus gaulkan dengan kelapa parut.
Siap untuk dihidang.


Belbab
- Kuih ni pn suka jgk, sbb tk manis n ada ubi...

Bahan-bahan :
4 cawan tepung beras                  
3/4 cawan gula                
1/2 biji kelapa (diambil 2 cawan pati santan)
2 cawan ubi keledek dipotong sebesar jari kelingking dicelur(rebus)  garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam dan ditapis kemudian dipanaskan.
2. Masukkan ke dalam kualai dan dikacau separuh masak.     
3. Masukkan ubi dan kacau rata-rata.
4. Bungkus dan dikukus hingga masak.




Net Bat
- Kuih ni tk pernah mkn, tapi tahu rupanya mcmana.... bln puasa mmg byk kuih ni...

Bahan-bahan :
10 biji telur                    
10 sudu gandum(digoreng)            
acuan buah hulu(baulu)
1/2 kilo gula                    
2 1/2 cawan air                           
5 kuntum cengkih

Cara Membuatnya :
1. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.  2. Ambilkan 5 senduk telur yang dipukul tadi ke dalam mangkuk yang lain.
3. Masukkan gandum yang digoreng tadi sedikit sahaja. 
4. Kacaukan ia biar sebati hingga menjadi pekat seperti adunan baulu. 
5. Setelah betul-betul pekat, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dengan menggunakan satu sudu besar.
6. Panaskan acuan itu dengan menggunakan api di atas dan di bawah.  7. Buatlah sedemikian hingga habis adunan.

Cara Menyira :
1. Gula dimasak dengan air dan bungan cengkih.
2. Setelah air mendidih, masukkan cek mek molek ke dalam air gula itu.
3. Balikkan ia supaya air gula itu meresap

Getah Sokmo
- Kuih ni pernah mkn, tapi sesekali jer jmpa... 

Bahan-bahan :
10 ketul keledek ( sederhana besar)         
1 1/2 biji kelapa                          
4 biji telur
3 sudu besar tepung gamdum                    
gula  gula melaka secukupnya         
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan             
       
Cara Membuatnya :
1. Keledek direbus sehingga empuk. Kupas kulitnya kemudian ditumbuk lumat.
2. Kelapa diperah ambil patinya.
3. Masakkan santan, daun pandan, telur dan cengkih sehingga keluar minayk kemudian masukkan gula atau gula melaka, kacau rata-rata apabila hancur, masukkan ubi.
4. Tambahkan sedikit tepung gandum supaya lebih pekat.
5. Kacau selalu supaya tidak hangus.
6. Rasalah manisnya jika kurang boleh ditambah lagi gulanya.
7. Kacau lagi sehingga kering dan tidak melekat pada periuk.
8. Sejukkan dalam dulang, bila sejuk barulah dipotong.

Getas
- Kuih ni  mkn, blk kg ari tu beli... 

Bahan-bahan :
1 kati gandum     
2 biji telur ayam             
4 sudu besar margerin (jika hendak lebih lembut boleh ditambah margerin)
2 sudu teh garam                       
air secukupnya      
         
Cara Membuatnya :
1. Gandum, margerin, telur, garam, air digaul sampai sebati dan dicanai. 2. Kemudian digunting kecil-kecil.
3. Selepas itu digoreng

Ondeh-Ondeh
- Kuih ni suka n selalu buat, senang jer...

Bahan-Bahan :
1/2 kampit tepung beras pulut                  
1 biji kelapa yang sederhana tua (kelapa putih lembut)
sedikit garam
3 keping gula kabung (manisan)                  
kapur sireh - sebesar hujung jari (hujung kelingking)            
6 helai daun pandan                                 
kira-kira 20 helai daun cekuk manis   (tapi pernah ltk daun ni)

Note : nak bg lembut ltk ubi kentang (rebus, lenyek n uli sekali dgn tepung beras pulut)
                              
Cara Membuatnya :
1.     Daun pandan dibersihkan bersama daun cekuk manis, kemudian tumbuk dan di tambah satu cawan air. Selepas itu ditapiskan
2.     Tepung diuli dengan air daun pandan tadi dan kapur sireh, diuli sehingga lembut. ( nak bg lembut lg - ltk ubi kentang (rebus, lenyek n uli sekali dgn tepung beras pulut)
3.     Gula kabung (manisan) dipotong kecil, sebesar jari kelingking.
4.     Kelapa dibuang kulit hitamnya kemudian diparut memanjang supaya nampak elok. Gaul kelapa ini dengan garam, masukkan ke dalam bekas agak dalam sedikit, ditekan-tekan dengan belakang senduk supaya kelapa tadi nampak lebih kemas.
5.     masukkan air sejuk kira-kira separuh periuk rebus sehingga mendidih.
6.     Ambilkan tepung tadi dan dibulat-bulatkan, bubuhkan gula kabung di tengah-tengahnya.
7.     Kemudian, dibulatkan seperti buah guli lalu masukkan ke dalam air mendidih.
8.     Apabila timbul, angkat dengan senduk lalu toskan airnya dan segerelah masukkan ke dalam bekas kelapa yang disediakan tadi.
9.     Kemudian, lenggangkan bekas kelapa itu agar bahan tadi melekat pada kelapa parut.
10. Buatlah sehingga selesai.

Cucur
- Kuih sedap jgk, tp kurang mkn sbb agak brminyak - kami pggl kuih piring terbang)

Bahan-bahan :
5 tin tepung beras          
15 senduk gula (senduk kecil)        
1 kolel air sejuk              
2 kopi minyak

Cara Membuat :
1. Kacau tepung dengan air dan gula sampai hancur.
2. Bila hancur dan sebati, perapkan sekejap barulah boleh digoreng dengan api sederhana. Gorenglah dengan menggunakan senduk kecil tadi, sebiji-sebiji sampai  habis.


Butir Nangka
 Kuih ni lbh kurang onde2... suka n selalu buat, senang jer... tp brsantan - kena kurangkn pngambilan... :-)

Bahan-Bahan :
1/2 kampit tepung beras pulut                 
1 biji kelapa muda           
1 cawan gula       
1 biji ubi keledek                                   
1 cawan air perahan daun pandan               
sedikit kapur sireh        
sebesar ibu jari halia
1/2 camca teh halba, garam halus dan air sejuk

Cara Membuatnya :
* rebus ubi keledek, lenyek n campur besama Tepung dan diuli bersama kapur, air daun pandan dan air biasa. Ulilah biar lembut supaya dapat dibentuk. * Jerangkan 1/2 periuk air sejuk dan dimasak hingga mendidih, semetara itu, ambil tepung yang telah diuli tadi sebesar ibu jari bentukkan seperti biji nangka. Masukkan satu-satu ke dalam air yang mendidih tadi. Apabila timbul, angkat dengan senduk yang jarang dan toskan. * Sementara itu kelapa diparut dan perah serta ambil santan kira-kira 5 gelas. . Masukkan gula, daun pandan yang telah dibersihkan, halia yang dihiriskan nipis,  kemudian dimayang. Kemudian, masukkan halba dan garam ke dalam santan,  kemudian jeranglah di atas api sehingga mendidih.  * Apabila mendidih, diangkat dan dimasukkan biji nangka yang telah dimasak ke dalam kuah dan balikkan hingga rata. Barulah dihidangkan untuk minuman petang.

Tepung Bungkus
 Kuih ni pn best, tp tk pernah buat...

Bahan-Bahan:
1 cawan beras biasa (tepung beras)           
2 cawan santan cair        
10 keping daun pisang 4" x 2 1/2"
1/4 biji kelapa muda diparut                    
1 keping gula melaka       
sedikit debu tepung beras pulut   
sedikit air

Cara Membuatnya:

1. Buat intinya dahulu :
a) Sira kelapa muda dengan gula melaka hingga kering dan boleh digotel
b) Gotel inti kelapa bulat-bulat sebesar ibu jari
c) Golek-golekkan inti tadi ke atas debu pulut
2. Bancuh tepung beras dengan santan cair, masukkan sedikit garam, kacau sehingga  separuh masak.
3. Kacau jangan berhenti untuk mengelakkan daripada berketul-ketul.
4. Untuk membungkusnya, ambil sekeping daun pisang yang telah disediakan. Bubuh 2  sudu  tepung separuh masak tadi ke dalam daun pisang kemudian aturkan tiga biji inti dan tutupkan dengan 2 sudu lagi tepung itu.
5. Tutupkan daun pisang ke kiri ke kanan dan lipatkan kedua-dua hujungnya.
6. Aturkan dalam pengukus dan kukuslah sehingga masak. Bila masak angkat dan  hidangkan.




Lompat Tikam
 Kuih ni pn best jgk, tp tk pernah buat... nnt nk cuba buat!!!

Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras                             
6 cawan air sejuk                       
2 keping gula melaka
3 helai daun pandan (ambil patinya)
10 helai daun cekur manis (ambil patinya)
1/2 biji kelapa (2 cawan santan)                
1 sudu makan tepung beras

Cara Membuatnya :
1. Bancuh tepung dengan iar, air daun pandan dan air cekur manis, untuk mendapatkan warnanya.
2. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan kental, angkat dan tuangkan ke  dalam dulang kecil dan sejukkan.
3. Bancuh santan bersama tepung beras, kacau di atas api sederhana sehingga  mendidih. Masukkan setengah sudu teh garam dan angkat. 4. Gula melaka atau manisan dimasak dengan sedikit air, bila hancur diangkat dan  disejukkan.
5. Untuk menghidangnya, potonglah kuih lompat tikam ini kecil-kecil, masukkan ke   dalam pinggan tuang santan dan air manisan.  6. Lebih sedap lagi kalau dimakan dengan pulut kukus yang diwaranakan (biasanya   warna merah).





Pulut Bakar
 Suka sgt pulut bakar…

Bahan-bahan :
2 cupak beras pulut (rendam 3-4 jam)                   
gula secukup rasa
1 1/2 kilo kelapa parut (ambil 2 cawan pati santan)  
15 biji halba
1 sudu garam besar                                            
10 kuntum bungan cengkih

Cara Membuatnya :
1. Beras dikukus sampai masak.
2. Masukkan ke dalam bekas.
3. Kemudian masukkan garam, gula, halba, bunga cengkih dan santan.
4. Dibiarkan selama 12 jam sebelum dimasukkan ke dalam acuan bakar.

Akok
 Kuih ni pn best.. tp manis n berlemak sikit…

Bahan-Bahan :
8 biji telur itik                          
2 biji telur ayam
1 1/2 kati gula melaka                 
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih              
2 helai daun pandan
1 1/2 biji kelapa

Cara Membuatnya :
1. Telur dipecahkan ke dalam satu mangkuk dan kacau hingga hancur.
2. Kelapa diperah dan diambil santan 2 kali sahaja.
3. Gula melaka diracih-racih, kemudian campurkan telur dengan santan, gula melaka dan tepung gandum. Kacau dan selepas itu ditapis dengan tapisan supaya tidak berbuku-buku.
4. Daun pandan dikoyak-koyak, bunga cengkih dimasukkan ke dalam campuran tadi, pukul dengan senduk serta kacau campuran tadi.
5. Panaskan acuan baulu, kemudian masukkan adunan tadi mengikut lubang baulu.  Bakarlah dengan api atas dan bawah.

KUIH LAPIS
 Kuih ni best, pernah buat dulu2...

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum                    
2 cawan tepung jagung          
1 cawan gula pasir
8 cawan santan kurang pekat             
1 sudu kecil garam                 
Pewarna ikut kegemaran

Cara penyediaan :
- Adunan perlu dikisar 2 kali untuk pengisar saiz biasa. Jadi,  bahagikan adunan kepada 2.
- Masukkan santan, garam dan gula  ke dalam pengisar (blander).
- Kisar seminit dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
- kisar lagi sehingga halus. Tapis adunan.
- Bahagikan adunan kepada 2 atau tiga warna yang disukai.
- kukus adunan tadi mengikut warna selapis demi selapis.
- setiap lapis perlu dikukus lebih kurang 2 minit.
- siap untuk dihidang…


Resepi Buah Rotan
 Kuih ni blhlah, klau dh mula mkn sedap plk…

Bahan-bahan:
4 sudu besar gula       
1 bungkus tepung pulut         
5 biji telur
½ biji santan kelapa    
Sedikit bijan                           
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
Tepung gandum digaul dengan telur.Masukkan santan dan uli hingga sebati.Apabila sudah sederhana lembut, bulat-bulatkan sebesar guli.Golek-golek atas bijan.Goreng hingga kekuningan.

Resepi Kuih Siput
 Ni mmg best, selalu buat... time raya (ni dikira kuih ke snack!!!!

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum  
250 gram marjerin      
½ gelas air                  
1  sudu jintan manis
6  ulas bawang merah   (tk ltk pn, itu suka hatilah….)
1 tangkai cili hidup     (tk ltk pn, itu suka hatilah….)
Sedikit udang kering   (tk ltk pn, itu suka hatilah….)
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa                       
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
Marjerin dan air dipukul hingga sebati. Ketepikan.Jintan manis, bawang, cili dan udang kering dikisar halus.Campurkan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan marjerin dan air yangdipukul tadi.Masukkan tepung sedikit demi dedikit hingga menjadi adunan yang lembut.Masukkan daun kari.Ambil sedikit adunan dan lenyekkan di atas acuan kuih siput. Goreng hingga masak.

Buah Melaka Special
(ode-ode lah jgk ni…)

Bahan-Bahan:
tepung pulut  (agak2 braper byk nak buat)                
air pandan                  
sedikit garam
sedikit air kapur                                                         
1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil                           
kelapa parut (putih)

Cara:
1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.

Muffin Pisang
Ni mmg best, ... time raya (ni dikira kuih ke snack!!!!

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung                                  
¾ gula castor              
1 cawan butter (yg sudah dicairkan)
4 biji pisang (yg sudah masak)           
1 biji telur besar          
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonat soda              
½ sudu kecil garam    
½ sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis)

Cara:
ayak tepung, bicarbonat soda, baking powder, garam dan cinnamon.
Di dalam mangkuk yang lain, lenyekkan pisang dan masukkan telur, gula dan butter.
Pukul hingga sebati, dan masukkan adunan kering dan masukkan perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan 3/4 adunan ke dalam muffin cup. Kuih ini akan mengembang. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam 20 minit.

Cadangan Hidangan: Ianya sesuai dimakan pada waktu petang dan dihidangkan bersama teh o panas.




Apam Gula Hangus
Ni kuih kegemaran anak2...

Bahan-Bahan:
3 gelas gula pasir        
3 biji telur       
4 gelas tepung gandum          
3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat

Cara:
Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.

Apam Pisang

Bahan-Bahan:
4 biji telur                               
 1 cawan gula                                      
6 biji pisang masak     
2 cawan tepung gandum        
1 camca kecil soda bikarbonat           
1 camca kecil baking powder
Secubit garam

Cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.

Roti Jala
Yg ni pn best… tp tk braper rajin skit nk buat

Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum            
2 biji telor ayam         
1 tin susu cair Carnation        
1 sudu marjerin (sy guna buttercup)
Sedikit garam                         
Setitik pewarna kuning

**lain-lain: acuan roti jala, kalau takde, tebuk bawah tin susu ke tin sardin ke... tapi jangan besar sangat kecik2 jer  (tebuk dgn paku 3 – 4 lubang jer, klau byk sgt susah nk control…  )

Cara:
·        Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.
·        Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang .
·        Pastikan tepung yang melekat didinding blender dihakis supaya semua adunan sekata. Tapis adunan...
·        Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak, kalau dah panas, terus mulakan menjala dengan membuat bulatan dan pusing2 hingga menjadi jala.
·        Tunggu 1-2 minit, angkat ke pinggan dan lipat dan gulung. Tak payah terbalikkan. Ulang langkah2 tadi hingga habis adunan.
·        Mostly . Kalau adunan tak keluar dari acuan, tambah setengah cawan air. Sambil2 tu, mari kita masak kari ayam.
·        kemudian layangkan tepung yang telah cair. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.

Kari Ayam

Bahan-2
·        7 ketul ayam
(dibersihkan dan dibasuh dengan tepung gandum, biasa sy guna dada ayam jer, senang nk potong kecik2)
·        4 biji bawang kecil                 
·        2 biji bawang putih                            
·        1 inci halia
·        sejemput asam jawa               
·        2 sudu serbuk kari                              
·        1/2 sudu serbuk kunyit
·        2 sudu lada boh                      
·        1 biji kentang                                     
·        1 btg lada hidup
·        4 cawan santan pekat             
·        2 cawan minyak untuk menumis        
·        sedikit garam/gula
·        sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih

Cara-cara
Tumis bawang merah, bawang putih & halia yang dah ditumbuk. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk kunyit... kacau sebentar dan masukkan ayam. Masukkan santan, kentang, lada hidup, kayu kayan tadi & garam secukup rasa. Tunggu mendidih dan sedia.

1set = RM45
1kg Roti Jala (45-47 biji) =  RM15
Kari Ayam   +(Ubi kentang + Carrot) = RM30
* Lebihan kuah kari ayam dan isinya sekali.

Karipap
Yg ni pn best…

Bahan-bahan untuk doh:                   
½ kg tepung gandum             
1 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan) 
Air garam (suam)        

Bahan-bahan untuk inti:
4-5 biji ubi kentang
(dipotong dadu) Ayam/Daging (dipotong dadu/dicincang halus)

Bahan A:
5 tangkai cili kering (dikisar)             
1-2 sudu besar jintan manis (dikisar)
1-2 sudu besar lada hitam (dikisar)    
2 kuntum lawang (dikisar)
5 kuntun bunga cengkih (dikisar)      
1-2 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)              
Garam,gula dan MSG secukup rasa

Cara:
Untuk membuat doh:
Uli tepung dengan air garam (suam),tambahkan sesudu minyak masak yang telah dipanaskan.Setelah siap diuli,ketepikan.

Untuk membuat inti:
Kisar semua bahan-bahan A , Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan yang telah dikisar... Masukkan kentang dan ayam/daging yang telah dipotong dadu , Masukkan garam,gula dan MSG secukup rasa
Setelah inti hampir kering,masukkan daun kari. , Masak sehingga kering

Cadangan Hidangan:
Resepi ini untuk lebih kurang 20 biji karipap (saiz sederhana)
Tambahan:
Sewaktu membuat doh, minyak masak yang ditambah mestilah dalam keadaan panas.Ini adalah untuk merangupkan karipap.Boleh juga diganti dengan marjerin.
Daun kari juga boleh diganti dengan daun sup.

Popiah
Yg ni lg best… time rajin slalu buat

Bahan-bahan ( 30 biji )
30 keping kulit popiah                                   
sebiji lobak merah(carrot)
sebiji ubi sengkuang (besar penumbuk)         
6 ekor udang hidup (saizL) @ udang kering
sedikit garam (option)

untuk sosnya:
2 sudu besar cili kering (yang telah dikisar)   
3 sudu besar sos cili
gula secukup rasa                                           
garam secukup rasa    
sedikit perahan air limau nipis (klau tkder - blh jgk ltk sdikit cuka)

untuk hiasan: sedikit daun bawang dan bawang goreng

Cara-cara
keluarkan kulit popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering), lobak merah dan ubi sengkuang dipotong memanjang (dimayang halus), udang hidup di goreng garing dan ditumbuk @ udang kering ditumbuk setelah dibasuh bersih. semua bahan inti di gaul rata dan ditambah sedikit garam

untuk sosnya:
semua bahan dimasak didalam periuk tanpa minyak...bahan sentiasa dikacau supaya tidak hangit. pastu boleh ar mula buat gulungan..bila dah siap,goreng dengan api yang kecil.bila dah siap,boleh ar sapu sosnya n hias dan siap untuk dihidangkan.... rasa sekali nak lagi tau....best sangat...


Kuih Bakar Pandan
Makan jgk tp sesekali jer - lemak sikit

250ml air                              
6 helai daun pandan (di blend bersama n tapis)
1 cwn gula                            
2 cwn tepung
200ml santan pekat            
250ml air
3 biji telur B                        
2 sudu besar mentega (dicairkan)
½ tsp garam                         
1/4tsp pewarna hijau apple
Sedikit bijan

Cara-cara
Sebatikan semua bahan, kacau dgn whisk hingga rata n tapis. Leser acuan dgn mentega dan panaskan dalam oven skjb pd suhu 180c. Kluarkan acauan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak n kekuningan. Sejukkan sebelum di potong.


Siap, Selamat mencuba resepi-resepi di atas… tk cuba tak tahu… Cuba try test n error… ok J

2 comments: