Wednesday, June 19, 2013

Tips Menyediakan BISKUT...

Tip menyediakan biskut moden. Antaranya yang paling asas adalah:

1. Gunakan mentega yang berkualiti untuk rasa biskut yang enak.
2. Pukul mentega dan gula dengan sebati untuk mendapatkan biskut yang rangup.
3. Anda perlu mengayak bahan penaik dan bahan kering lain seperti tepung sebelum mencampurkan dalam adunan mentega agar biskut yang dibakar naik dengan sekata.
4. Gunakan tepung halus (superfine) bagi mendapat hasil biskut yang rangup.
5. Anda perlu memanaskan ketuhar 10 minit awal sebelum membakar biskut.
6. Lengserkan dulang pembakar dengan mentega sebelum menyusun biskut yang belum dibakar agar biskut yang dibakar mudah ditanggalkan selepas dibakar.
7. Setelah adunaan dicampur dengan tepung, jangan menguli biskut terlalu lama kerana itu akan membuatkan biskut menjadi keras dan tidak rangup.
8. Pastikan doh tidak terlebih tepung yang akan membuatkan biskut tidak rangup.
9. Canaikan doh dengan ketebalan yang disarankan adalah 5-8mm.
10. Ketuhar standard mempunyai fungsi yang boleh dilaraskan, pastikan anda mengetahui cara penggunaan ketuhar anda dengan betul. Jangkamasa pembakaran adalah sekitar 10-12 minit dengan kepanasan 180 darjah celsius.
11. Biskut yang belum dibakar perlu disusun tidak terlalu rapat dan seeloknya perlu disusun selang satu jari jarak diantara satu biskut dengan biskut yang lain.
12. Elakkan menyimpan biskut yang masih panas di dalam balang biskut kerana wap dari biskut panas akan membuat biskut menjadi lemau. Biar ia sejuk sebelum disusun dalam balang biskut.

Segala tip yang diberikan diharap sedikit sebanyak membantu anda untuk membuat biskut sendiri dirumah. Pasti raya tahun ini akan lebih bermakna jika ada tetamu yang memuji biskut yang anda buat sedap dan rangup! Selamat membuat biskut!

Tip Membuat Biskut
  1. Panaskan ketuhar sebelum kepada 180 C selama 15 minit.
  2. Guna mentega tulen lebih sedap dari majerin.
  3. Tepung gandum all purpose boleh digunakan tapi lebih rangup jika guna tepung biskut (Cookies flour). Saya guna tepung jenama Red Rose.
  4. Guna telur bersaiz sederhana, jangan guna telur besar kerana banyak air dan jadikan doh lembik.
  5. Jika doh lembik, boleh tambah sedikit tepung. Masukkan dalam plastik dan simpan peti sejuk 30 minit agar  ia mengeras.
  6. Emplex adalah serbuk perangup biskut, tapi tak semua biskut mengunakannya.Jika dah rapuh, tak perlu guna emplex.
  7. Sebaiknya bakar biskut guna api atas dan bawah.
  8. Biarkan biskut sejuk baru diangkat dari dulang pembakar. Masih panas ia lembut dan mudah pecah.
  9. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.Biskut tahan disimpan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
  10. Biskut perlainan jenis jangan disimpan dalam bekas yang sama kerana akan berubah rasa. 

  
Tips 1.
Pastikan tepung yg kita gunakan kering dan tidak lembab. Kalau lembab kena jemurlah dulu tepung tu… kalau tak pun panaskan sekejap dalam oven lebih kurang 15-20 minit. jangan lupa kacau2kan tepung tu biar rata…. kemudian masukkan dalam oven semula…. Biskut akan lebih garing, rapuh dan sedap dimakan….

Tips 2
Tambahkan 2 sudu makan tepung jagung pada adunan cookies ni dapat membuat cookies lebih sedap dan rapuh ….. tip ni dari celebrety chef Anna Olson ( Rancangan Sugar Channel AFC )… saya dah try mmg betul…

Tips 3
Bakar dulu kacang pecan@ hezelnut @ almond ( ikutlah kacang apa yg kita masukkan dalam biskut ni ) dalam oven sebentar, sebelum dimasukkan dalam adunan dapat membuat kacang tadi lebih crunchy dan wangi…. biskut pun akan lebih sedap…

Ada beberapa tips untuk mendapatkan biskut yg rangup dan sedap:
1. Panaskan ketuhar 10-15 minit sebelum membakar biskut.
2. Gunakan api bawah saja untuk membakar biskut. Lazimnya, suhu adalah 175 C-180 C.
3. Jika menggunakan api atas dan bawah serta kipas, turunkan suhu sebanyak 20 C menjadi 150 C-160 C (sekiranya suhu dalam resepi adalah 170-180 C).
4. Tambah sedikit tepung gandum jika adunan terlembik atau terlekat di tangan.
5. Tambah sedikit marjerin atau mentega jika adunan terlalu keras dan berderai atau sukar bersatu menjadi doh.
6. Adunan yang mempunyai bahan seperti oat, kacang atau emping jagung selalunya agak lembik selepas diuli tetapi akan keras bila dibiarkan lama.
7. Tutup adunan yang sudah diuli sementara menantikan masa ia dicanai.
8. Jika tin pembakar dialas dengan kertas silikon atau foil, tidak perlu dilengser dengan marjerin.
9. Gunakan marjerin untuk melengser, bukan mentega kerana mentega mudah hangus. Bahagian dasar biskut akan menjadi pahit jika hangus.
10. Bila menyapu kuning telur di atas biskut, pastikan tiada yang tertumpah ke atas tin pembakar kerana ia akan mudah hangus dan biskut melekat di tin.
11. Sebaik saja masak, ubah biskut ke atas redai supaya ia mudah sejuk. Jika dibiar, wap akan terkumpul di bawah biskut dan menyebabkannya tidak tahan lama (cepat berkulat).
12. Letak sedikit gula di dalam balang biskut supaya ia kekal rangup.
13. Letak paket berisi ‘silica’ agar biskut tahan lama dan tidak berkulat.
14. Adunan yang tidak habis dibuat boleh dibungkus kemas dan disimpan di dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar lembut semula sebelum dicanai.

 Lain2 TIPS :
1. Timbang & sukat bahan2 dengan tepat, apabila sukat bahan kering spt tepung, hentakkan perlahan pada bahagian bawah cawan supaya bahan memenuhi keseluruhan cawan, gunakan pisau utk ratakan tepung supaya setara dengan permukan cawan

2. Gunakan saiz & gred telor yg betul, pastikan telor yg hendak digunakn disimpan pada suhu bilik

3. Jangan pukul adunan gula, telor dn mentega terlalu lama, jika dipukul berlebihan adunan menjadi lembut menyebabkan biskut menjadi kembang setaman apabila dibakar

4. Jangan terlalu banyak menyapu mentega pd dulang pembakar, akan sebabkan biskut menjadi lebam di bahagian bawah

5. Gunakan dulang pipih untuk membakar biskut, menggunakan dulang yg mempunyai tebing lebih dr 1 cm tinggi menyebabkan biskut masak tidak sekata...guna tudung periuk ok...

6. Setiap oven dibeli mempunyai penyelenggaraan yg berlainan...yelah takkan oven cap kupu2 sama ngan elektrolux...jd baca & periksa dulu buku panduan yg disediakan oleh pengeluar oven...anda mungkin perlu mengubah masa memasak anda...yelah lah logikla sket... oven cap kupu2 mana leh lawan masa yg dibuat oven kuasa turbo tu...

7. Cara terbaik meletak biskut dalam oven ialah di bahagian tengah atas jika guna oven gas dan di bahagian tengah bawah jika guna oven letrik, jika oven guna kuasa kipas pastikan pusingan haba sekata dalam oven itu

8. Oven yg besar boleh muatkan beberapa dulang pembakar...pastikan ia tidak menyentuh dinding & pintu oven kerana dulang pembakar memerlukan ruang untuk pusingan haba yg sekata

9. Jangan takut nak buka oven utk pastikan biskut masak atau tidak, pusing2kan dulang kalau perlu, cara terbaik pusing 45 darjah, kalau oven kuasa kipas anda tak perlu memusingkan loyang pembakar kerana pusingan habanya memang dah sekata

10 Untuk uji biskut cukup masak atau tidak tekan perlahan guna jari pd permukaan ...biskut yg masak akan kekal bentuknya dan mudah dikuis alih dr loyang pembakar tanpa pecah dan akan menjadi ranggup ketika menyejukkannya




















No comments:

Post a Comment