Wednesday, June 19, 2013

Resipi CHoc Kek Simple Sedap Senang....

Kek COKLAT Simple Mama aka To' Ma

Bahan-bahan: A (utk 2 adunan)
4 – cawan tepung gandung (serbaguna)   
2 - cawan serbuk koko
2 – sudu teh serbuk soda bikabonat   
1 – sudu teh garam halus

Bahan-bahan B :
2 - cawan gula Kastor  
2 - cawan minyak masak           
1 – tin susu pekat (FnN)  
4 – biji telor (3biji - Gred A+ )


Bahan-bahan C :
2 – cawan ais + 1 sudu kecil chocolate emulco (kalau tk ada emulco pn tak apa)

Cara-cara :

  1. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan2 A (diayak brsama). Gaul hingga sebati.
  2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan2 B dan pukul sebati (guna mixer). Masukkan bahan B ke dalam mangkuk bahan2 A sedikit demi sedikit sambil dipukul perlahan. Kemudian tingkatkan speed dan putar hingga sebati. 
  3. Masukkan bahan C (campuran ais + emulco)  dan putar sebati lagi. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 5minit.  
  4. Masukkan adunan ke dalam papper cup . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.  Sama jugak jika anda mengukus... Kukus hgga masak 
  5. Kalau membakar adunan di dalam loyang (Sapukan acuan kek bulat/bersegi berukur 9inci dengan mentega), bakar pada suhu 175 C selama 45 minit atau sehingga masak.  (bergantung kepada oven masing-masing).   
  6. Sama jugak jika anda mengukus... Kukus selama 45minit (sehingga masak) - Panaskan air terlebih dahulu)
NOTA :
Satu adunan kek ini boleh menghasilkan banyak cupcakes & menghasilkan 2 biji kek coklat .

** Boleh hiaskan dgn coklat rice @ 




Marble Kek

Bahan-bahan
1 cwn gula 1 ½ cwn tepung halus/ tepung kek (superfine)
250gm mentega           3 biji telur
1 sudu teh baking powder 5 sudu beasar susu (pekat)
1 sudu kecil esen vanila 3 sudu teh serbuk koko
1 sudu kecil chocolate emulco

Cara-cara membuat

  1. Sapukan acuan kek bulat/bersegi berukur 9inci dengan mentega. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 5minit.  
  2. Pukul mentega sehingga gebu dan kembang (Putih).
  3. Masukkan telur satu persatu. Kacau sebati.  
  4. Sediakan bekas untuk adunan gandum, b/powder & ayak.
  5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan kek. Kacau sebati. Masukkan susu, kacau lagi.  Ambil ½  adunan kek dan campurkan dengan serbuk koko dan ½ adunan lg dicmpur dgn esen vanila. Kemudian, selang-selikan adunan kek dengan adunan yang telah dicampurkan dengan coklat ketika menuang dalam acuan.  Bakar kek selama 40-45 minit (180c) atau apabila dicucuk dengan pencucuk kek ia tidak melekat.

  • Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
  • tips untuk tahu kek dah masak ialah bila adunan dah mula merenggang dari tepi loyang. Jika sudah, boleh keluarkan loyang dan tutup api oven. Jika belum renggang, tambah masa membakar 5-10 minit.
  • Sejukkan selama 30 minit. Kemudian boleh keluarkan kek dari loyang.
  • Butter Cake sedap dimakan sehari selepas dibakar. Masa ni kek akan menjadi lebih gebu dan lembab. 

Kek Gula Hangus

Bahan:-
1 cawan gula        1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum        1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat 4 biji telor
2 camca besar mentega

Cara membuatnya:

  1. 1 cwn gula dihanguskan. Setelah gula hangus, masukkan 1 cwn air panas. Kena masuk perlahan2 pasal dia akanmembuih. 
  2. Masukkan juga 2 sudu besar butter. Masak sehingga butter cair & sejukkan seketika. 
  3. 4 biji telur dibancuh sehingga kembang & campurkan 1 cwn susu pekat & sebatikan. 
  4. Masukkan 1 cwn tepung + 2 sudu kecil soda bikarbonat & digaul rata. 
  5. Dimasukkan dlm bekas + campurkan dgn bancuhan gula hangus tadi. 
  6. Dibiarkan selama 3 hingga 4 jam utk sarangnya menjadi. 
  7. Selepas 3/4 jam barule dibakar 180C selama 1 jam. kalu direndam kurang dr 3 jam, sarangnya kurang le menjadi.
Kek pelangi kukus

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3) 

  • 1 cawan mentega 
  • ¾ cawan gula kastor 
  • 3 biji telur 
  • ¼ cawan susu pekat 
  • ¼ cawan serikaya 
  • 1½ cawan tepung gandum 
  • 1 sudu kecil serbuk penaik 
  • 1 sudu besar koko 
  • 1 sudu kecil vanila 
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga

Cara membuat 

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. 
  2. Bila sebati, bahagikan kepada 7. 
  3. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko. 
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. 
  5. Tutup dgn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Pelbagai Topping Coklat

Topping Coklat 1 
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin 3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko 4 sudu besar susu pekat

Cara-cara'y:
1.Masak cara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.. 

Topping Coklat 2
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan 35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-cara:
1.Masak secara double boiler 
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.. 

Topping Coklat 3
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

Topping Coklat 4
Bahan-bahan: 
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil) 1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream gula halus secukup rasa (optional)

Cara-cara:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek.. 

Topping Coklat 5
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan 2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus Esen vanilla beberapa titik

Cara-cara:
1.Masak secara double boiler 
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..


Topping Coklat 6
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan 2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-cara:
1.Masak secara double boiler 
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk.. 

Topping Coklat 7
CHOCOLATE GANACHE: 
450g Coklat - potong kecil 
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)
Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.  Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek. Cara membuat Red Velvet Cupcakes & Cream Cheese frostings.  

(Resepi topping di cedok dr Blog/internet - TQVM)

No comments:

Post a Comment