Tuesday, July 30, 2013

Juadah ~ Ramadhan ke 19...

Ikan Bawal Sweet Sour

2 ekor ikan bawal -  saiz sederhana

Bahan bahannya:
1 biji    Bawang besar  
4 ulas  Bawang merah
2 ulas  Bawang putih
1/2 "       Halia   
2 sd bsr - Cili giling (adabi @ blh buat sendiri - rebus cili kering, blend n buat pes)
1sd       Sos tomato
2sd      Sos cili   
1 biji   buah Tomato
Gula, Garam secukup rasa

Hiasan:
Nenas, Daun sup/bwg & cili merah 

Ikan bawal dilumur dgn sdikit garam, halia & bwg putih - digoreng kekuningan.
  
Bawang merah, bawang putih, halia di blend dan di tumis sehingga naik bau, dimasukkan cili kisar.  Goreng hingga naik minyak.  Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan gula secukup rasa.  masukkan sedikit air,  jika agak pekat.  Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris, buah tomato yang dipotong kecil dan nenas. dah siap tabur daun sup / bwg & cili merah. 


Pucuk Paku Tumis Belacan
Bahan-bahan 
1 ikat pucuk paku segar  

1 tangkai cili merah*  (kalau suka pedas ltk 3 biji cili api)
4 ulas bwng merah* 
2 ulas bwg putih*
1 sudu makan belacan*  
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
gula/garam - perasa secukup rasa

cili merah / tomato...

Cara-cara
Bersih / toskan & potong pucuk paku mengikut citarasa, 

Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat, tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.. Masukkan kicap manis, sos tiram, (gula garam dan perasa - sedikit jer sbb dh ada kicap n sos tiram). Kacau jap then masukkan pucuk paku. Gaul rata dan kacau sehingga masak (jgn terlampau masak, nnt layu n tak sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu, leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api... taburkan cili merah n tomato.

siap... :-)

resepi IKE percik Mama

IKAN PERCIK
Bahan bahan:
4  ekor ikan kembung

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 btg serai
Garam  / gula  - secukupnya

Bahan Kuah:
santan pekat (dr 1 biji kelapa)
5 ulas bawang merah (smlm tkder bwg merah kecik… ksue letak bwk merah bsr 1 ½ biji)
1 inci halia
2 batang serai
1 sudu -  Garam secukupnya
2 sudu bsr  - Gula - kena ada rasa manis
½  keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam (smlm ksue tk ltk sbb tkder) tp rase ok jgk.

(klau nak pedas - 3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas – ksue suka yg putih)


Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ikan dalam 10 minit. Bakar…

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Apabila ikan mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan dan lumur bahan kuah lagi secara berulang.
Ok, siap… Bolehlah diangkat untuk dihidangkan. 





AYAM PERCIK
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 btg serai
Garam  / gula  - secukupnya

Bahan Kuah:
santan pekat (dr 2 biji kelapa)
10 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai
1 sudu -  Garam secukupnya
2 sudu bsr  - Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

(5 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas (jika perlu)


Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit (kukus ayam separuh masak). Sementara ayam dikukus, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan. 

Nota:

Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus. Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Monday, July 29, 2013

20 Ramadhan 1434

Assalamualaikum Semua...


اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّد ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ
.

Bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita yang mana pada 10 hari awalnya Allah سبحانه وتعالى  menurunkan rahmat dan 10 hari pertengahannya Allah سبحانه وتعالى  memberikan maghfirahNya (keampunanNya),  manakala kini tibalah fasa terakhir, dimana Allah سبحانه وتعالى bakal membebaskan hamba-Nya daripada seksaan api neraka jahanam.


Adalah sunnah dalam 10 hari terakhir ini kita memperbanyakkan memohon keredhaan-Nya dan dihindarkan dari neraka serta dibukakan pintu-pintu syurga…

Doa Ramadhan Hari Ke 20

Doa hari ke 20 Ramadhan ...
"Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."


Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadhan 1434



## Alhamdulilah....dengan izinNya... Kita dh brada di tanggal 15 Ramadhan... 
Tinggal berapa hari lg utk kita menginjak di pagi sinar Syawal... Masih ada kesempatan utk kita beramal sebaik2nya di Ramadhan ini... Mgkn ini Ramadhan terakhir buat kita... lewatilah Ramadhan ini sebaiknya... usah lalai dgn hal duniawi... beramallah sesungguhnya tidak ada kebaikan di bulan lain seperti di bln Ramadhan ini... dalam Ramadhan pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini jua ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan... yakni malam LAILATUL QADR. 

Dan dalam bulan ini ada malaikat yang selalu menyeru : Wahai orang yang selalu mencari/beramal kebaikan bergembiralah anda, dan wahai orang-orang yang mencari/berbuat kejelekan berhentilah ( dari perbuatan jahat). Seruan ini terus diserukan sampai akhir bulan Ramadan." (Riwayat Ahmad dan Nasai ) 

" Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda : Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat diantara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi." ( H.R.Muslim)

## Yg pasti lagu2 raya pasti berkemundang di corong2 radio...
semua pasti sbuk membuat persiapan raya kan... sejap je masa berlalu ....

Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
"Setiap amal yang dilakukan anak adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta'ala berfirman, 'Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya karena-Ku.' Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, yaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kesturi."

Monday, July 22, 2013

Mee Goreng @ Spaghetti Goreng

Mee Goreng  @ Spaghetti Goreng

Bahan-bahannya:
2 bungkus mee kuning @ 1 paket Spaghetti (Rebus bersama sdikit minyak masak)
Segenggam       taugeh segar
1/2 btg            Carot
2 btg                Sawi
10 ekor            udang saiz sederhana
2 ekor              sotong - dipotong bulat
1 senduk          cili kering kisar
1 biji                bawang besar dihiris
3 ulas               bawang putih dititik
1 sudu besar    sos tomato
3 sudu besar    sos cili
1 sudu besar    sos tiram
3 sudu besar    kicap manis
2 biji                telor
1 cawan   air  (klau tk suka basah, blh kurangkan)
2 kpg               tauhu goreng - potong cube - (klau tkder pn tkper)
Gula/garam secukup rasa

Hiasan:  Daun bwg/sup dan cili merah dihiris halus, bawang goreng

Penyediaannya:
Basuh mee kuning /  Spaghetti dan toskan.  Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah. Apabila telah naik bau, masukkan cili kering kisar. Kacau seketika sehingga terbit minyak.  Masukkan udang dan sotong... sos tiram n sos tomato, kacau seketika...  Selepas itu masukkan sos cili, kicap manis, garam, gula, dan perasa. Kacau biar sekata. Masukkan air & carot. Biarkan kuah menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa.
Masukkan mee /Spaghetti dan digaul sebati. Balik-balikkan sekejap. Kecilkan api dan biarkan selama 2-3 minit atas dapur Apabila semua perasa telah meresap dalam mee/Spaghetti (jgn masak lama2.. Nnt mee kembang!!) masukkan tauhu, taugeh & sawi  dan gaul sekata. Akhir sekali masukkan telor, kacau sebati (tp sblm tutup api, biasanya sy akan tambah sedikit cili sos n kicap... Nmpk basah n menyelerakan) bila semua dah mesra & secukup rasa... Blhlah tutup api. Alihkan mee daripada kuali supaya air tidak kering. Taburkan daun bwg/sup, cili merah &  bawang goreng.. Mee / Spaghetti - goreng basah ini sedap dihidangkan ketika masih panas. Sesuai utk sahur nnt...


Note : saya suka kalau dimakan bersama cili jeruk, timun & telur rebus.... Hhhmmmm yummmyyy!!!!

Friday, July 19, 2013

Resepi Sayur-sayuran...

RESEPI PERIA GORENG
Bahan-bahan
1 biji peria panjang
1 biji cili merah (dipotong serong)
1 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara
Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan.
Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.
Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.SELAMAT MENCUBA

Kacang Buncis Goreng
Bahan-Bahan:
8-10 batang kacang buncis ( potong serong )
1-2 ulas bawang putih ( diketuk )
Sedikit karot ( potong cam btg mancis )
1 biji cili merah ( potong serong )
Sedikit udang segar
Garam & perasa
Minyak

Cara-Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan udang.Kacau sekejap
Masukkan semua sayuran. Kacau lagi
Sesuaikan rasa.Dah siap

Kacang Panjang Tumis Telur

Bahan-bahan :
sedikit kacang panjang (dihiris)
sedikit lobak merah (dihiris)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sdt udang kering
1 biji telur
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
minyak utk menumis


Cara-cara : Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk dan udang kering hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan telur. Kacau 10 saat. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaulkan dan akhir sekali masukkan kicap. (jika kurang masin boleh tambah kicap masin atau garam).


Sayur Pucuk Labu

Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk labu - disiang
1 ekor ikan kembung rebus- ditumbuk
1 biji ubi keledek- dikikis dan dipotong
3 cawan pati santan
2 cawan santan cair
1 biji cili hidup - dipotong kecil
6 ulas bawang merah- dimayang nipis-nipis
Garam secukupnya

Cara
Masukkan santan cair, ubi keledek, pucuk labu masak hingga ubi keledek lembut.
Masukkan santan pekat, garam, ikan dan bawang merah.
Masukkan cili, kacau dan biarkan mendidih.
Boleh dihidangkan.

Kacang Botol Goreng  Pedas

Bahan-bahan
Kacang botol anggaran 2 genggam
1 biji        Bawang besar
3 ulas      Bawang putih
2 sd         Cili kering segenggam (agak2 suka pedas camne)
½ “           Halia  (tk ltk pn tkper)
1 sd bsr   Udang  kering
1 sd kck - Sos tiram
Sekeping tauhu
Sedikit  udang basah (agak2lah nk byk pn blh)
gula, garam – secukup rasa

Cara-cara
Kisar semua bahan diatas termasuk udang kering, - Sampai lumat halus… Tumiskan dalam minyak panas, tambah air sikit, tumis sampai cili masak kalau tak, tak sedap ~ masukkan udang,  
Potong tauhu dalam bentuk dadu, dan campak dlm tumisan tadi.
Masukkan sedikit sos tiram, gula & garam. Masukkan kacang botol yg telah dipotong nipis2. Gaul merata lebih kurang 2 minit dan dah boleh angkat, siap! senang & sedap. Makan dgn nasi panas2 brsama telur dadar…

Nasi Ayam Penyek & Nasi Ayam Ipoh


Resepi Nasi Ayam Penyet

1 ekor ayam
1 keping tempe ( dalam peket )
4  keping tauhu
Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam, tempe dan tauhu goreng )
Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll )

Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam

( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )

Cara Penyediaaan
1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.

Untuk sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 )

Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )

 Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….

Untuk Sambal
5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya

Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!

 Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air 
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam

Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air….
2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali….
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis…

………

Untuk menghidang
Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi
4 cwn beras
4 1/2 cwn air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang    (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~ k.nor guna minyak bunga

Cara2:
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam/gula dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
**********************************************************************************
Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu bekas besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
**********************************************************************

Bahan Untuk Sup
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
****************************************************************************

 Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari air rebusan sup)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
***********************************************************************************

Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

** Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
********************************************************************

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.




Thursday, July 18, 2013

~ Resepi Ramadhan : Vol 3

IKAN MASAK CUKA
Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

Resepi Begedil Kentang
Bahan-bahan (2-3 orang)
3 biji kentang saiz sederhana (di potong sederhana)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit udang kering
sedikit lada hitam (kalau nk guna cili api pun boleh)
daun sup (dihiris)
1 biji telur
minyak
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Goreng kentang dengan sedikit garam. asingkan.
Goreng bawang merah dan bawang putih. asingkan.
Tumbuk semua bahan-bahan (lada hitam, udang kering dan bawang yang telah digoreng (nak guna serbuk lada hitam pun boleh, aku tumbuk lada hitam bulat-bulat tu).
Lenyek atau tumbuk kentang kemudian gaul sebati dengan bahan di atas bersama daun sup.  Kepal-kepal kentang tadi mengikut saiz yang anda suka. (aku suka saiz comel-comel je). Pecahkan telur dan pukul.  Celup kentang comel yang telah dikepal ke dalam telur satu persatu sebelum digoreng. Goreng sehingga keperangan. Sedap dimakan bersama nasi. kalau makan dengan soto lagi sedappp!!


Sotong 3 rasa
Bahan-bahan : 
6 ekor sotong dicuci bersih
2 sd bsr cili kisar
5 sd bsr sos cili thai (saya guna kimball)
2 ulas Bawang putih dipotong dadu (untuk tumis)
4 ulas Bawang merah dipotong (untuk tumis)
1 labu Bawang besar dipotong bulat
1 btg Serai
2 helai daun limau purut
2 biji lada merah dipotong (boleh juga menggunakan cili api)

Cara masak : 
Goreng sotong dalam kuali tanpa minyak untuk mengeluarkan airnya. Angkat dari kuali bila sotong hampir masak. Toskan. Ketepikan sotong. Simpan air sotong. 
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum baunya.
Masukkan cili kisar, sos cili thai dan air sotong, serai & daun limau purut.
Masak hingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan bawang besar dan cili potong bersama sotong. Jika terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit lebihan air sotong tadi. Goreng sekejap dan boleh dimatikan api. Sedia dihidang.

RESEPI AYAM KICAP HITAM BEREMPAH

Bahan-Bahan :
1 ekor ayam sederhana (dipotong)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa / asam keping
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu makan kerisik

Bahan-Bahan Kisar :
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

Cara-cara :
Perapkan ayam dgn 2 sd kicap manis, 1 sd lada hitam, gula & garam. Perap selama lbh kurang ½ jam. goreng ayam tu separuh masak

Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.

Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api.


Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap! sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh.

Roti Jala

Bahan-bahan ( 6 org )
Adunan Roti Jala
4 cawan air suam yang dibancuh dgn sedikit garam
4 cawan tepung gandum 
2 biji telur 
 1/2 cawan santan pekat

Kari Ayam 
daging ayam dipotong kecil2 3 biji kentang di potong dadu  2 ulas bawang merah dan seulas bawang putih seinci halia di kisar halus serbuk kari dan garam secukup rasa santan pekat setengah cawan / 2 cawan air

Cara-cara
Roti Jala,  dalam sebuah bekas masukkan tepung, air dan telur. kacau sehingga sangat sebati. setelah sebati masukkan santan dan sedikit perwarna (kuning telur) kacau lagi dan boleh la ditebarkan/dijalakan di atas pan atau kuali leper lipat atau gulung mengikut citarasa masing2. 


Kari Ayam
bawang putih dan bawang merah yang dikisar tadi di tumis bersama penumis sehingga kekuningan dan naik bau. masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing, masukkan air dan kacau. apabila mendidih sedikit masukkan kentang yang telah dipotong dadu td dan biarkan empuk. setelah kentang empuk masukkan pula isi ayam/ayam yg telah dipotong kecil tadi biarkan hingga mendidih. masukkan santan dan biarkan mendidih sekali lagi. sedia untuk dihidang bersama roti jala.

Gulai Ketam Tumis Darat

Bahan-bahan ( 3-4 org )
4 ekor ketam biru ( belah 2) 
1 biji bwg besar * 
4 ulas bwg putih *
1 inci halia *   
1/2 sudu serbuk kunyit *
1 sudu serbuk jintan manis *
1 paket kecil rempah kari (ketam - cap tarbus)
4 sekawan (1 kulit kayu manis, 3 kuntum bnga lawang, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih)
1/2 biji kelapa parut utk santan (kisar dgn air agak2 tahap maks blender)

Cara-cara
kisar bahan * dgn suku air dlm blender,  masukkan bahan kisar dan rempah kari dlm periuk dan masak hingga tiada bau rempah, slps itu masukkan ketam dan santan. biarkan ketam masak dan kuahnya mendidih serta perasakan garam. tutup api, dlm kuali lain, tuang sedikit minyak dan tumis 4 sekawan td hgga wangi, kmdian, tuang bahan tumisan td beserta minyaknya ke dalam periuk berisi ketam dan tutup periuk tersebut. selepas 10 min, bolehla dihidangkan.. baunya pn hmmmm wangi 1 rumah. P/S: boleh tambah nenas klu suka!!!

Cara-cara
-tumis bwg bsr, putih, serai & daun kari, hingga kekuningan. -masukkan rempah (digaul bersama2 bhn2 blend) sehinnga pecah minyak dgn sedikit air. -masukkan ketam & nenas sehingga separuh msk. -masukkan santan & garam secukup rasa. -kacau & masukkan cili merah.tutup api.sedia untuk dihidangkan.

Gulai ketam & nenas
Bahan-bahan ( 4 orang )
-4 ekor ketam - dibelah 2 -1/2 bj nenas(diptg kecik2)  -1 peket rempah ketam cap tarbus
-santan    -bwg bsr,bwg ptih,halia(diblend)  -bwg bsr,bwg ptih(dimayang halus)
-daun kari   -1 btg serai(diketuk)   -cili merah(dibelah 4 -hiasan)
-garam secukup rasa

Tumis Santan Pucuk Paku
Bahan 
2 ikat pucuk paku 1 cawan santan pekat  
ikan bilis 
1 batang serai ketuk 
garam /minyak 

Bahan kisar 
7 biji cili api   3 biji cili merah  1 sm kunyit hidup  3 ulas b/merah  - 1 ulas bwg putih 

Cara 
1. Pucuk paku dipotong dan basuh . Toskan. 
2. Panaskan minyak dan tumisklan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak. 
3. Masukkan santan dan garam. Masakkan sampai pekatdan naik minyak. 
4. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis. Kacau rata. 
5. Rasakan garam dan tutup api. 
6. Hidangkan.

Pucuk Paku Goreng Budu
Bahan 
500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan 3 urat kacang panjang   
2 s/b minyak / 
2 s/b budu
Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis  
5 tangkai cili merah 
10 tangkai ciliapi 
3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin]
3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.


Kangkung Tumis Belacan
Bahan-bahan ( Semangkuk besar )
1 ikat kangkung segar  
1 tangkai cili merah*  
2 ulas bwng merah* 
1 ulas bwg putih*
Segenggam ikan bilis/udang kering*    
1 sudu makan belacan*  
gula/garam - perasa secukup rasa

Cara-cara
Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu, leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..

Ikan masak sambal
Bahan-bahan
5 ekor ikan         
3 ulas bawang putih 
5 ulas bwg merah
1 biji bwg besar dipotong bulat
2 biji limau kasturi (air asam pun boleh) - klau tkder pn tkper
10 sudu makan cili giling @ cili kering (di rebus &  yang diblend)
2 btg serai
gula (nisan) /garam

Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam & bwg putih... perap selama 10 minit,  goreng ikan hingga garing.  Bawang putih & merah dikisar, Panaskan minyak... tumis bawang yang telah dikisar bersama hingga kekuningan, masukkan cili giling...  dan bawang besar... tunggu sehingga garing and bawang besar layu, bila bahan dh mendidih...masukkan gula (klau suka ltk perasa, ltklah), sedikit garam (rasa dlu, klau kurang blh ltk lagi, ikut selera masing2) then masukkan ikan tadi... gaul hingga sebati... masukkan perahan air limau... gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan . 

Note : klau buat aper2 sambal... pastikan bwg & cili btol2 masak, masak dgn api sederhana, selalu kacau hingga sebati, gula/garam pn kena seimbang... jgn trlebih masin plk...  klau tak sambal kita tk meTTttooppp.... 

Singgang Ikan Tongkol
1 ekor ikan tongkol sederhana besar - ikan kembung pun boleh (3 ekor)
3-5 ulas bawang merah            
3 ulas bawang putih            
1 biji cili merah                           
2 ulas asam keping               
4-5 biji cili kering
3-4 cawan air                               
gula/ garam secukup rasa 
5-6 cm lengkuas (dpt yg tua lg best)
1 labu bwg besar

Cara-cara
 Potong ikan... Hiriskan bawang merah, bawang putih, lengkuas & asam keping... Kemudian masukkan semua bahan-bahan dalam periuk... Masak atas api sederhana sampai mendidih... Bubuh gula/garam secukup rasa... masukan bwg besar, cili kering & ikan td... biarkan semuanya layu... &  agak2 dah masak, rase dlu gula,garam n asam dia klau dh okay... tutup api...  Sedia untuk dihidangkan :P sedap makan dengan nasi panas beserta budu n ulaman...

Cencaru Sumbat Goreng
Bahan-bahan ( 4-6 org )
1 kg ikan cencaru                   
1/2 biji kelapa parut (muda & putih)               
* 3-4 biji bawang merah
* 2-3 ulas bawang putih       
* 1 sudu besar udang kering    
* 1/2 inci kunyit
* 2 batang serai                      
* 2 biji buah keras  
2 sb lada giling (cili giling adabi pn ok)
sedikit air asam jawa  garam, gula n perasa

Cara-cara
Tumbuk semua bahan bertanda * 
Tumis lada giling  hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing n naik bau.
Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula n perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
Sumbatkan kelapa yg telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak.

Rendang Ayam 
Bahan-Bahan: 
Ayam - 1 kilo (digoreng dahulu - separuh masak) 
Bawang Besar- 3 Labu (kisar)             
Bawang Merah - 10 biji(kisar) 
Bawang Putih - 6 ulas (Kisar)              
Lada Kering - 30 tangkai (dikisar) 
Halia - 2 cm (Kisar)                               
Kunyit - 2cm (kisar) 
Lengkuas - 2cm (Kisar)                        
serai -3 batang (dikisar ) 
Kerisik - setengah biji kelapa               
1 sudu - rempah kari 
daun kunyit - 3helas (dihiris halus)   Minyak masak 
Asam jawa      
gula (nisan) / Garam / serbuk Perasa  
     
Cara-cara: 
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing. masukkan rempah kari, kerisik,sedikit air (ikut suka hati), gula melaka, garam, serbuk perasa. biarkan sehingga 15 minit. masukkan ayam yang telah di goreng ke dalam tumisan tadi. masukkan daun kunyit. biarkan sebati selama 15 minit.siap untuk dihidangkan 

Cadangan Hidangan: 6 orang 
Tambahan: sesuai di makan dengan nasi putih atau ketupat atau lontong 


RENDANG TOK PERAK
Bahan2 nya : 
1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul  
3 biji kelapa parut, 
1 biji dibuat kerisik. 
3 sm halia       
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus. 
3 batang serai dimesin      
30 sen cili kering (3 sudu bsr cili giling - klau nak pedas blh tmbh lagi)
300 gm bawang merah      
4 ulas bawang putih 
2 kuntum bunga lawang      
2 sm kulit kayu manis 
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak. 
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus 
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan. 
Sekeping gula melaka kecil &  Garam secukup rasa. 

Cara membuatnya - Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.  Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian  masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama  daging. Biarkan mendidih.  Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan  kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.  Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih. 
Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai masak. 

GULAI AYAM KAMPUNG
600 gram ayam    
1 liter santan

bahan A - dikisar
2" belacan (A) }   
2   biji bawang besar (A) }   
4   ulas bawang putih (A) }   
2" halia (A) }  
3" lengkuas (A) }

3 sd bsr  cili giling (B)  
2 kpg asam keping (B)

1/ biji kelapa utk dibuat kerisik (6 sudu kerisik) 
  
1 sk serbuk kunyit
200 gram minyak masak  
2 batang serai
Gula/Garam secukup rasa  
Serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA: Panaskan minyak masukkan bahan (A) yang dikisar dan (B) sampai pecah minyak. Masukkan santan, serbuk kunyit dan krisik sampai panas. Masukkan ayam kampung (sampai masak). Masukkan perasa. siap...

Ayam Percik Kelantan
Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam   
1 mangkuk kecil santan (sebiji kelapa)   
1 batang serai 

Bahan (A) 
1 batang serai   
3 ulas bawang putih   
1 cm halia 

Bahan (B) 
1 cm halia   
3 biji cili kering   
1 biji bawang merah  
gula garam secukup rasa

Cara-caranya: 
Tumbukkan bahan (A) dan gaulkan bersama ayam (Perap ayam). 
Sementara itu tumbukkan Bahan (B). Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering sedikit renjiskan bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik(bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak. 
Tambahan: serai yang di gunakan untuk merenjis ayam itu hendaklah di ketuk di bahagian bawahnya.


Resipi Kerutup Daging
bahan2nya:
setengah kilo daging filet/ros *dipotong tebal2*          
bawang merah besar 2 labu
bawang puteh 3 ulas                                                
halia 1 setengah inci
lengkuas 1 inci                                                 
serai 2 - 3 batang
lada kering 3 - 4 tangkai                                         
sedikit udang kering (ini suka hatilah)
Rempah kerutup 3 sudu besar                                         
pati santan tiga suku cawan
Kerisik / asam keping /  garam /  manisan

Cara2nya:
Bawang merah, bawang puteh, halia, lengkuas, lada kering, udang kering ditumbuk lumat kemudian ditumis.
Biarkan masak tumisan sebelum dimasukkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air  terlebih dulu.
Masak lagi sampai tumisan masak elok dan naik minyak. Kemudian masukkan daging. Biarkan empuk baru dimasukkan serai dan asam keping. Tambahkan santan dan sedikit air masak. Masak menggunakkan api dapur yang kecil - sederhana. Perasakan dengan garam dan manisan. Dekat2 nak angkat baru dimasukkan kerisik.

Daging Masak Lada Hitam
Bahan-bahan yang perlu diadakan :
1/2kg  - daging lembu (direbus bersama kicap & sedikit air - dipotong nipis-nipis)
3 ulas - bawang putih (diketuk & diracik halus-halus)
4 ulas - bwg merah
2"  - halia muda (1/2 di tumbuk gaul dgn daging utk rebus - dihiris nipis-nipis) 
1 sd - serbuk lada hitam / lada hitam kasar ditumbuk halus
1 sd - sos tiram
½ cwn - kicap manis (utk di rebus & di goreng)
1 kuntum - Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1 sd bsr - cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)

- sayuran pilihan seperti brokoli, capcicum atau apa jua sayur kegemaran anda

Cara-cara :
Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air  -masukkan daun kari sikit nak bagi rase kari).  Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit. Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi.  Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati. Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.

## Siap & sedia untuk dimakan..Senang kan? Garam & gula tak perlu dah sebab sos tiram & kicap manis sudah cukup sebagai perasa. Tapi kalau rasa tak cukup masin, sila tambahkan sendiri garam & gula ##


~ Selamat Mencuba, Merasa & Menikmati bersama 
Keluarga Tercinta ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~