Monday, July 22, 2013

Mee Goreng @ Spaghetti Goreng

Mee Goreng  @ Spaghetti Goreng

Bahan-bahannya:
2 bungkus mee kuning @ 1 paket Spaghetti (Rebus bersama sdikit minyak masak)
Segenggam       taugeh segar
1/2 btg            Carot
2 btg                Sawi
10 ekor            udang saiz sederhana
2 ekor              sotong - dipotong bulat
1 senduk          cili kering kisar
1 biji                bawang besar dihiris
3 ulas               bawang putih dititik
1 sudu besar    sos tomato
3 sudu besar    sos cili
1 sudu besar    sos tiram
3 sudu besar    kicap manis
2 biji                telor
1 cawan   air  (klau tk suka basah, blh kurangkan)
2 kpg               tauhu goreng - potong cube - (klau tkder pn tkper)
Gula/garam secukup rasa

Hiasan:  Daun bwg/sup dan cili merah dihiris halus, bawang goreng

Penyediaannya:
Basuh mee kuning /  Spaghetti dan toskan.  Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah. Apabila telah naik bau, masukkan cili kering kisar. Kacau seketika sehingga terbit minyak.  Masukkan udang dan sotong... sos tiram n sos tomato, kacau seketika...  Selepas itu masukkan sos cili, kicap manis, garam, gula, dan perasa. Kacau biar sekata. Masukkan air & carot. Biarkan kuah menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa.
Masukkan mee /Spaghetti dan digaul sebati. Balik-balikkan sekejap. Kecilkan api dan biarkan selama 2-3 minit atas dapur Apabila semua perasa telah meresap dalam mee/Spaghetti (jgn masak lama2.. Nnt mee kembang!!) masukkan tauhu, taugeh & sawi  dan gaul sekata. Akhir sekali masukkan telor, kacau sebati (tp sblm tutup api, biasanya sy akan tambah sedikit cili sos n kicap... Nmpk basah n menyelerakan) bila semua dah mesra & secukup rasa... Blhlah tutup api. Alihkan mee daripada kuali supaya air tidak kering. Taburkan daun bwg/sup, cili merah &  bawang goreng.. Mee / Spaghetti - goreng basah ini sedap dihidangkan ketika masih panas. Sesuai utk sahur nnt...


Note : saya suka kalau dimakan bersama cili jeruk, timun & telur rebus.... Hhhmmmm yummmyyy!!!!

No comments:

Post a Comment