Thursday, July 18, 2013

~ Resepi RAMADHAN 2013 ~

IKAN BAKAR HALIA KUNYIT

Bahan bahan:
4 ekor ikan kembong (atau apa2 ikan - ikut selera)
Bahan Perap:
3  ulas bawang merah
2  ulas bawang putih
½  inci halia
½ inci kunyit
1  btg serai
4 tgkai  cili api (klau suka pedas blh tmbah lagi)
Garam  / gula  - secukupnya
* daun pisang / daun kunyit (jika perlu)

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ikan dalam 30 minit.  Bungkus ikan dgn daun kunyit (klau ada/ tkder pn tak per)
Alas daun pisang dlm pembakar ajaib dan susun ikan yg hendak dibakar. (sy guna pembakar IKAN AJAIB).  Bakar dlm 10 mnit, balikkan... Bakarlah hingga masak... Best mkn dgn nasi panas bersama sambal goreng.... & Ulam-ulaman...

Ikan Kerapu Masak Asam Manis (Ikan Bawal / siakap pn blh)

Bahan-bahan A:
1 ekor ikan kerapu / bawal          
120gram tepung jagung
1 biji telur ayam                   
Sedikit minyak (untuk goreng)                     
Garam secukup rasa          

Bahan-bahan B:
5 ulas bawang merah - dikisar  
5 ulas bawang putih - dikisar
3cm halia                              
1 batang serai - dititik
1 helai daun pandan                    
3 sudu cili sos
1 sudu cili giling (cili giling adabi)                        
3 cawan air                                    
Sedikit cuka masak
Gula / Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Gaulkan bahan-bahan (A) bersama ikan dan goreng hingga rangup.
2. Untuk sosnya, panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun Pandan dan serai 
sehingga bau naik.
3. Masukkan cili giling. kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air,  tomato sos, cili sos dan bahan perasa.kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng.

Untuk hiasan:
Bawang besar (di goreng hingga layu), cili merah, nanas dan timun (nak kasi comel lagi ltk daun salad....)

Daging Masak Hitam
Bahan-bahan:
1 kati daging - dihiris dan direbus dengan kicap (air rebusan jangan dibuang)
1/2 cawan kicap manis (kicap kipas udang)
3 sudu besar cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Asam keping
3 sudu besar jintan manis*
3 sudu besar jintan putih*
3 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
halia* (* dikisar - sebhgan digaul dengan daging dan lebihan untuk tumis)

Cara-cara:
Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air (i masukkan daun kari sikit nak bagi rase kari).
Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit.
Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi. 
Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati. Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata.  Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga.
Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. 
Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.


Ikan Siakap Kukus
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap sederhana besar             
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili                             
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula                                              
4cm halia - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang                  
3 ulas bawang besar - dimayang
3 tangkai daun sup(saderi)                           
1/2 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis).
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi.
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi.
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.


Gulai Ikan Tongkol
Bahan2:
1 ekor ikan tongkol (dipotong kecil2) 
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih   
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup   
1/2 inci lengkuas
2 tangkai daun kari   
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar rempah gulai nasi dagang
1 sudu besar rempah kari ikan babas /adabi
1 1/2 sudu besar serbuk cili  
1 mangkuk santan pekat
Sedikit garam    
1keping nisan
Sedikit ajinamoto      

Sedikit air
1/2 keping asam keping  
Sedikit kerisik / Cili api untuk hiasan

   
Cara-cara masak :
Rebus ikan tongkol brsama asam, lengkuas gula, nisan n garam.
Tumbuk 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, halia, kunyit hidup dan lengkuas.  Kemudian gaul rempah gulai nasi dagang, rempah kari, serbuk cili, kerisik dan 1/3 mangkuk santan pekat bersama2 dgn bhn tumbuk (bahan A).
Panaskan minyak. Mayang 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Apabila minyak panas, masukkan daun kari, halba campur dan bawang yang telah dimayang. Tumis sehingga naik bau dan masukkan bahan campuran rempah. 
Apabila rempah garing, masukkan baki santan pekat (kalau nk kurang/lebih, bergantung pd citarasa).  Kemudian tunggu santan masak dan masukkan air secukupnya. Masukkan ikan, asam keping, garam dan ajinamoto. Masak sehingga pecah minyak.
Masukkan cili api utk hiasan.


Ikan Bawal Sweet Sour
Bahan bahannya:
Bawang besar  Bawang putih

Halia   Cili kisar
Tomato buah  Sos tomato
Sos cili   Garam, serbuk perasa

Hiasan:
Daun sadri

Ikan bawal dilumur garam, halia & bwg putih - digoreng.  
Bawang besar, bawang putih, halia di blend dan di tumis sehingga naik bau, dimasukkan cili kisar.  Goreng hingga naik minyak.  Masukkan sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa.  masukkan sedikit air,  jika agak pekat.  Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris, tomato buah yang dipotong kecil dan daun sadri. (blh letak nenas utk rasa sweet sour)

PERCIK IKAN / AYAM
Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4 
Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 btg serai
Garam  / gula  - secukupnya

Bahan Kuah:
santan pekat (dr 2 biji kelapa)
10 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas (jika perlu)
1 sudu -  Garam secukupnya
2 sudu bsr  - Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit (kukus ayam separuh masak). Sementara ayam dikukus, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan. 

Nota:
Boleh juga terus bakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus. Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.

Sayur Campur
(bahan2)
5 ekor udang (rencah mengikut selera)  
3 ulas bawang putih..(dicincang)
2 sudu besar minyak masak...    
3 sudu besar sos tiram..
1/4 cawan air..     
gula/garam secukup rasa...
1 batang lobak merah...    
3 batang putik jagung...
6 kuntuman brokoli..     
6 kuntuman kobis bunga...
5 keping cendawan...

(cara2nya:)
panaskan minyak... tumis bawang putih & rencah.... kemudian..masukkan lobak merah & bunga kobis... selepas 2 minit... masukkan air &  sayur yang lain... masukkan sos tiran..& garam... setelah mendidih... tutup api & sedia dihidangkan... p/s: pastikan sayur tidak terlalu layu untuk rasa yang lebih enak..


TOMYAM
1/4 ekor ayam dipotong kecil...                                                         
3 ekor sotong dipotong bulat..
6 ekor udang besar...
4 sudu besar sos tomyam...
6 helai daun limau purut...dikoyakkan sedikit...
2 batang serai...dititik...
3 biji bawang kuning/ bawang besar dibelah 4..
6 biji cili api...dititik sedikit...
jus perahan dari 4 biji limau nipis..(mengikut selera)

(bahan sayur:)
1/2 biji lobak merah ..  4 biji putik jagung...
5 keping cendawan..  beberapa kuntuman bunga kobis...

(cara2nya:)
rebuskan ayam dengan 8 cawan air bersama serai.... agak2 ayam telah masak (lebih kurang 5-7minit)  masukkan sos tomyam..sotong..& udang.. masak 2 minit & masukkan sayuran & daun limau purut... kemudia...masukkan cili api...& garam... akhir sekali...tutup api & masukkan perahan jus limau... sedia dihidangkan....

KANGKUNG GORENG BELACAN
1 ikat kangkung..   
5 ekor udang..   
1 sudu sos tiram..  
2 sudu minyak masak... 
gula / garam secukup rasa..  

(bahan tumbuk:)
1cm belacan..    
2 ulas bawang putih..  
5 biji cili api..

(cara2nya:)
panaskan minyak.. tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.. masukkan udang.. tumis beberapa saat.(sehingga udang masak) kemudian masukkan sos tiram & 1/4 cawan air.. setelah mendidih masukkan kangkung & garam... kacau sehingga kangkung layu sedikit.. SIAP!!!sedia dihidangkan...

p/s: rencah boleh digunakan mengikut selera..

PAPRIK AYAM
2 kepingan dada ayam..   
2 batang kacang panjang..(dipotong 2inci)
1/2 btg carot (potong dadu @ memanjang)
1/2 biji bawang besar..  
3 biji cili api.. (diketuk)
3 helai daun limau purut..  
1 ulas bawang putih..(diketuk)
1 sd besar sos tiram..  (klau tkder pn tkper)
1 sd besar sos ikan.. (klau tkder pn tkper)
1/2 sd teh gula..   
1 sd besar kicap pekat..
1/4 cawan air yang dibancuh dengan 
1 sudu tepung jagung.. (jila perlu)

Cara-cara 
Panaskan minyak.. tumis bawang putih dan ayam... agak2 ayam dah masak...masukkan kacang panjang, masukkan juga sos tiram..kicap pekat..sos ikan & gula... kacau beberapa saat.. 
kemudian masukkan bawang besar..cili api..& daun limau purut.. akhir sekali masukkan air yang telah dibancuh dengan tepung jagung setelah pekat..tutup api...siap!! rasa dlu 

DAGING MASAK MERAH

200 gram daging..   
2 sudu besar cili kisar..
1 ulas bawang putih..   
1 sudu besar pewarna merah...
1 sudu besar sos tiram..  
1 sudu besar sos cili..
1 sudu basar sos tomato..  
1 sudu besar sos ikan..
1/2 biji bawang kuning..(dipotong sederhana tebal)
1 sudu teh gula..

daging direbus tanpa dipotong...(lebih kurang 20 minit-1/2 jam... tos & sejukkan..  
kemudian potong nipis2.. barulah mula menumis.. mula2..panaskan minyak..  masukkan daging & biarkan ia garing.. kemudian masukkan bawang putih & cili kisar..
tumis sehingga garing.. selepas itu masukkan kesemua bahan lain iaitu sos tiram..sos cili..sos tomato..gula..sos ikan..serta 1/4 cawan air.. kacau & masukkan bawang... setelah bawang layu...boleh tutup api & hidangkan..
p/s: pewarna merah boleh didapati di pasaraya... (pewarna star brand pn blh) jika tiada pun rasanya masih sama...

SAMBAL UDANG
10 ekor udang besar..   
4 sudu besar cili kisar..
1/2 biji bawang kuning..  
1 sudu teh gula..
1 sudu besar sos ikan...  
1 sudu besar sos tiram..
3 sudu minyak masak..  
1 ulas bawang putih..

panaskan minyak.. masukkan bawang putih & cili kisar..
tumis sehingga cukup garing.. kemudian masukkan sos ikan..sos tiram..& gula..
kacau & masukkan udang serta bawang kuning...setelah udang betul2 masak...tutup api & hidangkan....

IKAN 3 RASA - 2
1 ekor ikan siakap...   
2 sudu besar sos cili..      
1 1/2 sudu besar air asam jawa..
1 sudu besar gula..   
garam secukup rasa.. 
minyak untuk menggoreng & menumis..

(bahan kisar)
10 tangkai cili kering   
1 biji bawang besar...  
1 ulas bawang putih.. 

(bahan hiris & potong)
1 biji bwng kuning/bwng besar...(dipotong dadu)
1 biji cili merah ..(dibelah dua & dipotong)
6 biji cili api..(dipotong bulat)
1 batang serai...(dihiris)
1/3 biji nenas
1 biji tomato

(cara2nya)
lumurkan ikan dengan garam & kunyit.. panaskan minyak....goreng ikan sehingga garing...
setelah itu diangkat & diletak diatas pinggan & diketepikan...

tinggalkan agak dalam 5 sudu besar minyak.... tumis bahan kisar sehingga garing& naik minyak....
kemudian masukkan bahan hiris & potong.. masukkan sos tiram..sos cili..gula..garam..& air asam jawa...
setelah cukup garing & naik minyak... tutup api dah siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi....

 p/s: ikan siakap boleh digantikan dengan ikan kembung atau ikan kerapu..

Ketam Masak Lemak Nenas   
Bahan-Bahan:
4 Ekor Ketam    
½ biji nenas   
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih   
2 batang serai   
½ inci kuntit hidup 
3 biji cili merah   
10 biji cili api   
1 biji santan 
gula/garam secukup rasa   
serbuk perasa

Cara:
Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup di blender hingga hancur. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong kecil-kecil dan dimasukkan kedalam periuk. Masukkan bahan yang telah diblender tadi bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk ke dalam periuk berisi nenas dan ketam tadi. Kemudian tutup periuk dan buka api dengan perlahan. setelah air dari bahan yang diblender dan ketam serta nenas tadi hampir kering barulah dimasukkan santan. Kacau dan setelah ia mendidih barulah dimasukkan gula/garam serta serbuk perasa secukup rasa. Didih kan sebentar sahaja dan sedia untuk dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan bersama nasi panas dan sambal mangga.

Tambahan:
Proses pertama iaitu ketam/nenas dan bahan yang diblender perlu dikeringkan dulu dengan cara menutup periuk dan memasang api yang kecil amat penting untuk mengelakkan gulai tersebut berketul-ketul bila dimasukkan santan. Ia juga amat berguna untuk menambah rasa manis ketam dan nenas tersebut. Cubalah... anda pasti tidak akan kecewa.

Ketam Masak Lemak
BAHAN BAHAN
ketam 1kg     
serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai    
garam 2 sudu teh (secukup rasa )
gula 1 sudu teh (secukup rasa)
asam keping 2 keping  
lengkuas 3 cm, ditumbuk sedikit  santan pekat 300ml   
air satu gelas 

Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 10 ulas   
bawang putih 4 ulas
halia 2cm     
kunyit hidup 4cm
cili padi 10 biji

CARA MEMBUATNYA
Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian.
Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih. 
Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.
PERINGATAN : Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.

Gulai ikan masin (kelatte staillll)
Bahan-bahan:
Ikan masin (ikan cencaru) - terbang khas dari Kelantan 
1/2 biji nenas (potong kecil)                                    
2-3 cm lengkuas*
1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun ok)*          
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*                                      
1 biji cili merah*
3 cawan air                                                       
200 ml santan
Gula / garam

Cara-cara:
Ikan masin boleh rendam air 10-15 minit (untuk kurangkan masin) Blend semua bahan yang bertanda *
Masukkan kedalam periuk. Isikan dengan air dan santan, Kacau2 di atas api sederhan sehingga mendidih
Masukkan ikan dan nenas. Kacau2 sehingga masak (garam xletak sebab ikan dah masin)

Gulai ikan masin 2
Bahan2nya:
Ikan masin selar kuning 6 ekor                    
santan RM1 @ tiga suku cawan(3/4 cawan)
cili kering 3 - 4 tangkai                                  
bawang merah besar 1 labu
bawang putih 1 ulas                                        
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas                                              
asam keping (asam gelugur)
Garam/ gula                                                      
jika suka tambahkan timun batang yang dipotong kecil2

Cara membuatnya:
Ikan masin dibasuh bersih dan direbus sekejap. Bila menggelegak terus tutup api dan toskan ikan masin.
Cili kering direndam dan dibersihkan. Kupas bawang, kunyit dan lengkuas.
Sementara itu masak santan yang ditambah air sesuai dengan kuantiti ikan masin. 
Biarkan masak dengan api yang kecil. Tumbuk cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lengkuas.
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk santan yang sedang dimasak. Masak hingga kuahnya sebati dengan api yang kecil. Masukkan ikan masin dan timun batang (jika suka) dan asam keping. Tambahkan sedikit garam sahaja kerana ikan masin dah sedia masin....hehe... kemudian masukkan gula. Dah siap pun.....sedia untuk dihidangkan...

Ayam Masak Tomato
Bahan-bahan A:
1 ekor ayam dipotong dan dibuang kulit  
Sedikit daun ketumbar
Gula dan garam secukup rasa    
½ tin kacang pea
4 biji tomato dibelah empat.

Bahan-bahan B (dikisar):
1 batang serai, diketuk   
1 ulas bawang besar
1 inci halia     
4 ulas bawang putih
½ tin puri tomato    
5 camca besar sos cili
½  cawan air     
½ tin susu cair
2 camca besar cili kisar

Cara-cara penyediaan
Campurkan ayam, dengan semua bahan B dan masaklah sehingga ayam empuk dan kuah pekat.
Padamkan api dan masukkan daun ketumbar. Perisakan dengan gula dan garam.
Akhir sekali masukkan kacang pea dan tomato. Kacau sebentar.

RENDANG MINANG
Bahan-bahan
500gm daging                    
1 1/2 biji santan pekat
8 biji bawang merah                 
5 ulas bawang putih
1 genggam cili padi                  
  5 tangkai cili kering
1 inci kunyit                                
1/2 inci lengkuas
1 inci halia                                      
1 biji bawang besar-dihiris
2 batang serai-diketuk               
1/4 kecil sudu jintan manis 
1/4 sudu kecil jantan putih
1/2 sudu ketumbar  
 2 paket kecil kerisik
gula/garam secukup rasa

cara-cara
Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Campurkan semua bahan kecuali garm, kerisik dan santan kecut. Kacau sehingga daging  dan sedikit kering. Kemudian masukkan santan. Kacau sehingga santan pekat. Masukkan kerisik dan garam. Kacau sehingga kering.
Angkat sedia untuk hidangan.

SAMBAL DAGING BERSERAI
Bahan-bahan
500gm daging lembu-hiris  
1 genggam cili kering-kisar
10cm belacan    
5 ulas bawang kecil putih-kisar
1 inci halia-kisar   
1 biji bawang besar- kisar setengah dan setengah lagi dihiris
4 batang serai-kisar   
1/4 cawan air asam jawa 
5 ulas bawang    
1/2 cawan air   
Minyak untuk menumis  Secukup rasa gula 
Sedikit garam    sedikit perasa

Cara-cara penyediaan
Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan masak daging sehingga empuk dan kemudian masukkan air dan kacau.
Masukkan bawang hiris, air asam jawa, garam dan bahan perisa
Sedia untuk hidangan.

Nasi Ayam
Kali ini saya ingin berkongsi tentang bagaimana nak buat nasi ayam. Sebenarnya banyak cara nak buat nasi ayam ini tetapi  bagi mereka yang suka nak mencuba nak membuat nasi ayam  mereka perlu tahu beberapa perkara asas pembuatannya . Makanan yang merupakan makanan tradisi masyarakat Cina ini sangat digemari  oleh semua masyarakat di seluruh dunia maklumlah makanan ini pun berasal dari Tanah besar China yang dibawa masuk sejak zaman dahulu kala lagi. Makanan tradisi ini juga telah diolah dengan pelbagai cara dan  bahan tetapi sebagai seorang chef apa yang penting rasanya tidaklah seharusnya hilang daripada yang rasa yang asli. Setakat sedikit bahan yang diolah dalam menyediakannya ianya masih boleh diterima. Bak kata orang, air tangan orang berbeza-beza bukan?Jadi apalagi kenalah cuba nasi ayam ini mana tau boleh buat perniagaan nasi ayam pula lepas nih tetapi kena promosi dulu pada kawan-kawan dan saudara mara dululah ya! 

Bahan-bahan untuk rebus ayam
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh) 

Bahan-bahan untuk perap ayam
1 sudu besar kicap pekat   1 sudu besar sos tiram  1 sudu sedikit kicap cair  2 ulas bawang putih-kisar  1 cim halia kisar 

Bahan-bahan ntuk nasi 
5 cwn beras    
3 sudu besar marjerin 
1cm halia- dikisar   
1 ketul kiub ayam  
sedikit garam.   
4 ulas bawang putih -dikisar
1 helai daun pandan  
6 cawan air rebusan ayam tadi secukupnya

Bahan sos 
5biji cili merah   
5 ulas bawang putih  
1 sudu teh cuka   
gula/garam Secukup rasa          
3/4 cawan air 


Bahan-bahan untuk sup 
Lebihan air rebusan ayam   
1 biji bawang besar kisar 
1 sup bunjut    
2 ketul kiub ayam
1 tangkai daun sup-dihiris   
sedikit bawang goreng
Sedikit garam

Cara-cara Penyediaan
Ayam dipotong ikut suka besarnya (tak potong pun boleh). Bersihkan dan rebus dalam periuk sehingga muat ayam sehingga separuh empuk Pastikan tidak rebus terlalu lama. Bahagi 2 air rebusan-satu untuk sup dan satu bahagian untuk nasi.
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng ayam hingga garing. Potong dan curahkan dengan kicap cair dan sedikit minyak bijan.
Basuh beras dan toskan. Panaskan marjerin, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, dan kacau sebati, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Untuk sos-kisarkan semua bahan diatas masak sehingga mendidih.
Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, sup bunjut, garam dan biarkan mendidih. Taburklan daun sup dan dan bawang goreng semasa hendak menghidang. 

Hidangkan bersama daun salad, hirisan tomato dan timun.Hidanglah seperti menikmati nasi ayam biasa.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahanya
1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) 
1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas ( guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)
garam / gula

Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. Selamat Mencuba.

GULAI IKAN
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 ekor ikan kembung- (apa2 jenis ikan pun tak pe)
1cm lengkuas    
1cm kunyit   
1 sudu besar cili giling (5-7 btg cili kering, di rebus & blend)
1 keping asam gelugur/keping  
3-4 biiji bawang merah  
1 ulas bawang putih
1 biji timun    
2 btg kacang pjg (klau tkder pn tkper)
3 biji lada hijau   
1/2 biji kelapa- ambik santan

Cara-cara
Bersihkan ikan dan ketepikan.
Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang ada santan. Masukkan juga asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih (api sederhana) Kemudian masukkan ikan. gula/garam. Biar sehingga ikan masak dan kuah sedikit pekat. Masukkan pula timun/kcg pjg- yang di potong sepanjang 1- 1.5 cm dan juga lada hijau. Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

Gulai Ikan Tongkol 2
Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
1 kg ikan tongkol  
2-3 ekor ikan kering  
2-3 ulas asam keping
4 ulas bawang merah  
2-3 ulas bawang putih  
4-5 biji cili padi
3 cm lengkuas   
2 sudu kecil serbuk kunyit 
3 sudu makan cili giling   (5-7 btg cili kering, di rebus & blend)
1 biji kelapa   
1 batang timun   
1 biji cili merah
1 biji cili hijau  
gula/ garam secukup rasa

Cara-cara
ikan tongkol dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...untuk menghilangkan hanyir,ikan tongkol direbus bersama asam keping, lengkuas & sedikit garam...
ketepikan ikan tongkol rebus ini... 

kisarkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, cili padi, serbuk kunyit dan sedikit kelapa parut... timun dibelah dua dan dipotong kepada ketulan-ketulan sederhana besar...sediakan santan daripada sebiji kelapa... masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk...kemudian, masukkan santan dan cili giling...panaskan periuk menggunakan api sederhana...masukkan timun... kemudian, masukkan ikan tongkol rebus tadi bersama ikan kering...masukkan pula cili merah dan cili hijau... kacau perlahan-lahan...jangan biar pecah minyak...biarkan sampai mendidih...bubuhkan garam secukup rasa...sedia untuk dihidangkan, untuk sambal nasi berlauk yang ringkas: kisar kasar 3-4 biji cili merah bersama sedikit cili jeruk dan secubit garam...

Gulai ikan garaman

Bahan-bahan ( sekeluarga )
ikan besar 1 ekor - potong ikut citarasa masing2           
lada kering-dikisar   
3 ulas bwg merah-ditumbuk   
santan dr 1/2 kelapa
2 ulas bwg putih-ditumbuk
1 inci halia,lengkuas dan kunyit hidup-ditumbuk1 sd
1 keping asam gelugur & garam/gula secukup rasa

Cara-cara
ikan yng telah diptong hendaklah diperap dgn garam halus(kira2 2-3 jam)  masukkan santan dlm periuk.masak menggunakan api sed. dan kacau selalu(untuk mengelakkan santan berketul) apabila santan mendidih,masukkan bhn2 yg ditumbuk dan juga cili kisar.kacau lagi. basuh ikan tadi dan masukkan dlm periuk.tambah garam secukup rasa (jgn letakkan garam byk sgt..coz ikan  tadi dah masin)kemudian masukkan asam gelugur,td.kecikkan api dan kacau sekali sekala agak2 ikan dah masak..padam api dan hidangkan bersama dgn nasi.

GULAI IKAN
Bahan-bahan ( 3 orang )
4 ekor ikan kembong - (selar kuning @ yg sesuai dgnnyer) bersihkan
2 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
cili merah
3 hiris lengkuas  
1 sudu kecil cili blender

1 hiris asam keping
1/2 tin santan - about 200 ml    
sedikit serbuk kunyit (jgn terlebih plk - sbb rasa akan jd lain... )

1/2 cawan air
  
Cara-cara
Masukkan ikan dalam periuk,  Blend semua bahan-bahan kecuali asam keping dan cili merah. Masukkan dalam periuk berisi ikan tadi. Tambahkan cili blender,air,santan dan asam keping. Masuk serbuk kunyit. Masak hingga kuah pekat. Kacau sesekali. Elakkan dari terkena ikan. Biarkan kuah menggelegak dan menjadi pekat. Masukkan garam dan sedikit gula mengikut rasa. Tutup api dan hidangkan. Sangat sesuai dihidangkan dengan timun dan budu.

Nasi Dagang Dan Gulai Ikan Tongkol
Bahan-bahan ( 12 hingga 15 orang makan )

Untuk nasi dagang:
1 kg beras nasi dagang-dibersihkan dan direndam selama 2 jam
2 cawan santan cair * 
1 cawan pati santan * 
1 sudu teh halba
7 biji bawang merah-dihiris
2 cm halia-dihiris 
3 sudu teh gula  
1 sudu teh garam

*Santan mengikut jenis beras. Kalau perlu,tambahkan sikit santan mengikut kesesuaian.

Bahan untuk gulai ikan tongkol:
1/2 ikan tongkol-dibersihkan 
3 cawan santan sederhana pekat
2 keping asam gelugur
1 biji cili hijau  
garam secukup rasa  
10 biji bawang merah *  
2 cm kunyit hidup * 
4 cm lengkuas *   
6 tangkai cili kering *

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara-cara
Untuk nasi-Panaskan air dlm periuk kukus hingga mendidih.Masukkan beras dan kukus selama setengah jam. Angkat nasi,masukkan 2 cawan santan cair dan gaul hingga sebati.Kukus semula selama setengah jam lagi. Angkat nasi sekali lagi dan masukkan pati santan,halba,bawang,halia,garam dan gula.Gaul sebati. Kukus semula selama 20 minit atau hingga nasi masak. 

Untuk lauknya-Panaskan santan dlm periuk.Setelah mendidih,masukkan bahan kisar.Biar mendidih sekali lagi. Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan tongkol dan cili hijau.  Biar hingga ikan betul2 masak. Angkat dan hidangkan bersama nasi dagang.



~ Selamat Mencuba, Merasa & Menikmati bersama Keluarga Tercinta ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment