Wednesday, July 10, 2013

RUKUN PUASA

RUKUN PUASA

:: “Marhaban Ya Ramadhan” ::

1. Niat
Hendaklah berniat puasa wajib, bermula dari tenggelam matahari hingga sebelum terbit fajar untuk puasa keesokannya.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang tidak berniat untuk puasa (puasa wajib) sebelum fajar, tiada puasa baginya.” – Hadis riwayat Abu Daud.

2. Menahan diri daripada makan, minum, berjimak dan muntah serta meninggalkan segala perkara yang membatalkan puasa, mulai terbit fajar sehingga matahari jatuh..


NIAT PUASA RAMADHAN

1. Syarat Niat Puasa

Niat harus disebut dalam hati, bukan dengan lisan.
Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti fardu Ramadhan.

Waktu berniat puasa ialah selepas terbenam matahari hingga sebelum Subuh.

Tidak sah niat puasa fardu yang serentak dengan ketibaan waktu fajar.

Lebih afdal, niat dibuat pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan.

Diharuskan sekali niat untuk puasa satu bulan Ramadan yang dilakukan pada malam pertama Ramadan.

Tanpa niat, puasa-puasa wajib seperti nazar dan Ramadan adalah tidak sah.

2. Lafaz niat puasa:

a. Niat puasa harian pada setiap malam Ramadhan:
"Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa"
:: "Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala " ::

b. Niat puasa Ramadhan sebulan:

"Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini kerana Allah Taala "

Doa Berbuka Puasa

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin

Selamat menyambut bulan Ramadhan! 

No comments:

Post a Comment