Thursday, July 18, 2013

~ Resepi Ramadhan : Vol 3

IKAN MASAK CUKA
Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa

Cara:
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

Resepi Begedil Kentang
Bahan-bahan (2-3 orang)
3 biji kentang saiz sederhana (di potong sederhana)
2 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 ulas bawang putih (dihiris halus)
sedikit udang kering
sedikit lada hitam (kalau nk guna cili api pun boleh)
daun sup (dihiris)
1 biji telur
minyak
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Goreng kentang dengan sedikit garam. asingkan.
Goreng bawang merah dan bawang putih. asingkan.
Tumbuk semua bahan-bahan (lada hitam, udang kering dan bawang yang telah digoreng (nak guna serbuk lada hitam pun boleh, aku tumbuk lada hitam bulat-bulat tu).
Lenyek atau tumbuk kentang kemudian gaul sebati dengan bahan di atas bersama daun sup.  Kepal-kepal kentang tadi mengikut saiz yang anda suka. (aku suka saiz comel-comel je). Pecahkan telur dan pukul.  Celup kentang comel yang telah dikepal ke dalam telur satu persatu sebelum digoreng. Goreng sehingga keperangan. Sedap dimakan bersama nasi. kalau makan dengan soto lagi sedappp!!


Sotong 3 rasa
Bahan-bahan : 
6 ekor sotong dicuci bersih
2 sd bsr cili kisar
5 sd bsr sos cili thai (saya guna kimball)
2 ulas Bawang putih dipotong dadu (untuk tumis)
4 ulas Bawang merah dipotong (untuk tumis)
1 labu Bawang besar dipotong bulat
1 btg Serai
2 helai daun limau purut
2 biji lada merah dipotong (boleh juga menggunakan cili api)

Cara masak : 
Goreng sotong dalam kuali tanpa minyak untuk mengeluarkan airnya. Angkat dari kuali bila sotong hampir masak. Toskan. Ketepikan sotong. Simpan air sotong. 
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum baunya.
Masukkan cili kisar, sos cili thai dan air sotong, serai & daun limau purut.
Masak hingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Masukkan bawang besar dan cili potong bersama sotong. Jika terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit lebihan air sotong tadi. Goreng sekejap dan boleh dimatikan api. Sedia dihidang.

RESEPI AYAM KICAP HITAM BEREMPAH

Bahan-Bahan :
1 ekor ayam sederhana (dipotong)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa / asam keping
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
3 sudu makan kerisik

Bahan-Bahan Kisar :
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai

Cara-cara :
Perapkan ayam dgn 2 sd kicap manis, 1 sd lada hitam, gula & garam. Perap selama lbh kurang ½ jam. goreng ayam tu separuh masak

Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.

Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api.


Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap! sebelum menumis, kalau nak goreng ayam tu separuh masak pun boleh.

Roti Jala

Bahan-bahan ( 6 org )
Adunan Roti Jala
4 cawan air suam yang dibancuh dgn sedikit garam
4 cawan tepung gandum 
2 biji telur 
 1/2 cawan santan pekat

Kari Ayam 
daging ayam dipotong kecil2 3 biji kentang di potong dadu  2 ulas bawang merah dan seulas bawang putih seinci halia di kisar halus serbuk kari dan garam secukup rasa santan pekat setengah cawan / 2 cawan air

Cara-cara
Roti Jala,  dalam sebuah bekas masukkan tepung, air dan telur. kacau sehingga sangat sebati. setelah sebati masukkan santan dan sedikit perwarna (kuning telur) kacau lagi dan boleh la ditebarkan/dijalakan di atas pan atau kuali leper lipat atau gulung mengikut citarasa masing2. 


Kari Ayam
bawang putih dan bawang merah yang dikisar tadi di tumis bersama penumis sehingga kekuningan dan naik bau. masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing, masukkan air dan kacau. apabila mendidih sedikit masukkan kentang yang telah dipotong dadu td dan biarkan empuk. setelah kentang empuk masukkan pula isi ayam/ayam yg telah dipotong kecil tadi biarkan hingga mendidih. masukkan santan dan biarkan mendidih sekali lagi. sedia untuk dihidang bersama roti jala.

Gulai Ketam Tumis Darat

Bahan-bahan ( 3-4 org )
4 ekor ketam biru ( belah 2) 
1 biji bwg besar * 
4 ulas bwg putih *
1 inci halia *   
1/2 sudu serbuk kunyit *
1 sudu serbuk jintan manis *
1 paket kecil rempah kari (ketam - cap tarbus)
4 sekawan (1 kulit kayu manis, 3 kuntum bnga lawang, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih)
1/2 biji kelapa parut utk santan (kisar dgn air agak2 tahap maks blender)

Cara-cara
kisar bahan * dgn suku air dlm blender,  masukkan bahan kisar dan rempah kari dlm periuk dan masak hingga tiada bau rempah, slps itu masukkan ketam dan santan. biarkan ketam masak dan kuahnya mendidih serta perasakan garam. tutup api, dlm kuali lain, tuang sedikit minyak dan tumis 4 sekawan td hgga wangi, kmdian, tuang bahan tumisan td beserta minyaknya ke dalam periuk berisi ketam dan tutup periuk tersebut. selepas 10 min, bolehla dihidangkan.. baunya pn hmmmm wangi 1 rumah. P/S: boleh tambah nenas klu suka!!!

Cara-cara
-tumis bwg bsr, putih, serai & daun kari, hingga kekuningan. -masukkan rempah (digaul bersama2 bhn2 blend) sehinnga pecah minyak dgn sedikit air. -masukkan ketam & nenas sehingga separuh msk. -masukkan santan & garam secukup rasa. -kacau & masukkan cili merah.tutup api.sedia untuk dihidangkan.

Gulai ketam & nenas
Bahan-bahan ( 4 orang )
-4 ekor ketam - dibelah 2 -1/2 bj nenas(diptg kecik2)  -1 peket rempah ketam cap tarbus
-santan    -bwg bsr,bwg ptih,halia(diblend)  -bwg bsr,bwg ptih(dimayang halus)
-daun kari   -1 btg serai(diketuk)   -cili merah(dibelah 4 -hiasan)
-garam secukup rasa

Tumis Santan Pucuk Paku
Bahan 
2 ikat pucuk paku 1 cawan santan pekat  
ikan bilis 
1 batang serai ketuk 
garam /minyak 

Bahan kisar 
7 biji cili api   3 biji cili merah  1 sm kunyit hidup  3 ulas b/merah  - 1 ulas bwg putih 

Cara 
1. Pucuk paku dipotong dan basuh . Toskan. 
2. Panaskan minyak dan tumisklan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak. 
3. Masukkan santan dan garam. Masakkan sampai pekatdan naik minyak. 
4. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis. Kacau rata. 
5. Rasakan garam dan tutup api. 
6. Hidangkan.

Pucuk Paku Goreng Budu
Bahan 
500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan 3 urat kacang panjang   
2 s/b minyak / 
2 s/b budu
Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis  
5 tangkai cili merah 
10 tangkai ciliapi 
3 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin]
3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.


Kangkung Tumis Belacan
Bahan-bahan ( Semangkuk besar )
1 ikat kangkung segar  
1 tangkai cili merah*  
2 ulas bwng merah* 
1 ulas bwg putih*
Segenggam ikan bilis/udang kering*    
1 sudu makan belacan*  
gula/garam - perasa secukup rasa

Cara-cara
Potong kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap then masukkan kangkung. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu, leh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api..

Ikan masak sambal
Bahan-bahan
5 ekor ikan         
3 ulas bawang putih 
5 ulas bwg merah
1 biji bwg besar dipotong bulat
2 biji limau kasturi (air asam pun boleh) - klau tkder pn tkper
10 sudu makan cili giling @ cili kering (di rebus &  yang diblend)
2 btg serai
gula (nisan) /garam

Cara-cara
Lumurkan ikan dengan garam & bwg putih... perap selama 10 minit,  goreng ikan hingga garing.  Bawang putih & merah dikisar, Panaskan minyak... tumis bawang yang telah dikisar bersama hingga kekuningan, masukkan cili giling...  dan bawang besar... tunggu sehingga garing and bawang besar layu, bila bahan dh mendidih...masukkan gula (klau suka ltk perasa, ltklah), sedikit garam (rasa dlu, klau kurang blh ltk lagi, ikut selera masing2) then masukkan ikan tadi... gaul hingga sebati... masukkan perahan air limau... gaul sekali lagi... angkat dan hidangkan . 

Note : klau buat aper2 sambal... pastikan bwg & cili btol2 masak, masak dgn api sederhana, selalu kacau hingga sebati, gula/garam pn kena seimbang... jgn trlebih masin plk...  klau tak sambal kita tk meTTttooppp.... 

Singgang Ikan Tongkol
1 ekor ikan tongkol sederhana besar - ikan kembung pun boleh (3 ekor)
3-5 ulas bawang merah            
3 ulas bawang putih            
1 biji cili merah                           
2 ulas asam keping               
4-5 biji cili kering
3-4 cawan air                               
gula/ garam secukup rasa 
5-6 cm lengkuas (dpt yg tua lg best)
1 labu bwg besar

Cara-cara
 Potong ikan... Hiriskan bawang merah, bawang putih, lengkuas & asam keping... Kemudian masukkan semua bahan-bahan dalam periuk... Masak atas api sederhana sampai mendidih... Bubuh gula/garam secukup rasa... masukan bwg besar, cili kering & ikan td... biarkan semuanya layu... &  agak2 dah masak, rase dlu gula,garam n asam dia klau dh okay... tutup api...  Sedia untuk dihidangkan :P sedap makan dengan nasi panas beserta budu n ulaman...

Cencaru Sumbat Goreng
Bahan-bahan ( 4-6 org )
1 kg ikan cencaru                   
1/2 biji kelapa parut (muda & putih)               
* 3-4 biji bawang merah
* 2-3 ulas bawang putih       
* 1 sudu besar udang kering    
* 1/2 inci kunyit
* 2 batang serai                      
* 2 biji buah keras  
2 sb lada giling (cili giling adabi pn ok)
sedikit air asam jawa  garam, gula n perasa

Cara-cara
Tumbuk semua bahan bertanda * 
Tumis lada giling  hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing n naik bau.
Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula n perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
Sumbatkan kelapa yg telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak.

Rendang Ayam 
Bahan-Bahan: 
Ayam - 1 kilo (digoreng dahulu - separuh masak) 
Bawang Besar- 3 Labu (kisar)             
Bawang Merah - 10 biji(kisar) 
Bawang Putih - 6 ulas (Kisar)              
Lada Kering - 30 tangkai (dikisar) 
Halia - 2 cm (Kisar)                               
Kunyit - 2cm (kisar) 
Lengkuas - 2cm (Kisar)                        
serai -3 batang (dikisar ) 
Kerisik - setengah biji kelapa               
1 sudu - rempah kari 
daun kunyit - 3helas (dihiris halus)   Minyak masak 
Asam jawa      
gula (nisan) / Garam / serbuk Perasa  
     
Cara-cara: 
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing. masukkan rempah kari, kerisik,sedikit air (ikut suka hati), gula melaka, garam, serbuk perasa. biarkan sehingga 15 minit. masukkan ayam yang telah di goreng ke dalam tumisan tadi. masukkan daun kunyit. biarkan sebati selama 15 minit.siap untuk dihidangkan 

Cadangan Hidangan: 6 orang 
Tambahan: sesuai di makan dengan nasi putih atau ketupat atau lontong 


RENDANG TOK PERAK
Bahan2 nya : 
1 kg daging batang pinang dipotong menjadi 12 ketul  
3 biji kelapa parut, 
1 biji dibuat kerisik. 
3 sm halia       
2 sm lengkuas - dikisar hingga halus. 
3 batang serai dimesin      
30 sen cili kering (3 sudu bsr cili giling - klau nak pedas blh tmbh lagi)
300 gm bawang merah      
4 ulas bawang putih 
2 kuntum bunga lawang      
2 sm kulit kayu manis 
2 paket jintan putih (sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak. 
1 paket jintan manis (sepaket 30 sen)-ditumbuk hingga halus 
Sedikit isi kelapa yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan. 
Sekeping gula melaka kecil &  Garam secukup rasa. 

Cara membuatnya - Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar.  Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian  masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama  daging. Biarkan mendidih.  Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan  kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering.  Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih. 
Setelah semuanya siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai masak. 

GULAI AYAM KAMPUNG
600 gram ayam    
1 liter santan

bahan A - dikisar
2" belacan (A) }   
2   biji bawang besar (A) }   
4   ulas bawang putih (A) }   
2" halia (A) }  
3" lengkuas (A) }

3 sd bsr  cili giling (B)  
2 kpg asam keping (B)

1/ biji kelapa utk dibuat kerisik (6 sudu kerisik) 
  
1 sk serbuk kunyit
200 gram minyak masak  
2 batang serai
Gula/Garam secukup rasa  
Serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA: Panaskan minyak masukkan bahan (A) yang dikisar dan (B) sampai pecah minyak. Masukkan santan, serbuk kunyit dan krisik sampai panas. Masukkan ayam kampung (sampai masak). Masukkan perasa. siap...

Ayam Percik Kelantan
Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam   
1 mangkuk kecil santan (sebiji kelapa)   
1 batang serai 

Bahan (A) 
1 batang serai   
3 ulas bawang putih   
1 cm halia 

Bahan (B) 
1 cm halia   
3 biji cili kering   
1 biji bawang merah  
gula garam secukup rasa

Cara-caranya: 
Tumbukkan bahan (A) dan gaulkan bersama ayam (Perap ayam). 
Sementara itu tumbukkan Bahan (B). Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering sedikit renjiskan bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik(bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak. 
Tambahan: serai yang di gunakan untuk merenjis ayam itu hendaklah di ketuk di bahagian bawahnya.


Resipi Kerutup Daging
bahan2nya:
setengah kilo daging filet/ros *dipotong tebal2*          
bawang merah besar 2 labu
bawang puteh 3 ulas                                                
halia 1 setengah inci
lengkuas 1 inci                                                 
serai 2 - 3 batang
lada kering 3 - 4 tangkai                                         
sedikit udang kering (ini suka hatilah)
Rempah kerutup 3 sudu besar                                         
pati santan tiga suku cawan
Kerisik / asam keping /  garam /  manisan

Cara2nya:
Bawang merah, bawang puteh, halia, lengkuas, lada kering, udang kering ditumbuk lumat kemudian ditumis.
Biarkan masak tumisan sebelum dimasukkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air  terlebih dulu.
Masak lagi sampai tumisan masak elok dan naik minyak. Kemudian masukkan daging. Biarkan empuk baru dimasukkan serai dan asam keping. Tambahkan santan dan sedikit air masak. Masak menggunakkan api dapur yang kecil - sederhana. Perasakan dengan garam dan manisan. Dekat2 nak angkat baru dimasukkan kerisik.

Daging Masak Lada Hitam
Bahan-bahan yang perlu diadakan :
1/2kg  - daging lembu (direbus bersama kicap & sedikit air - dipotong nipis-nipis)
3 ulas - bawang putih (diketuk & diracik halus-halus)
4 ulas - bwg merah
2"  - halia muda (1/2 di tumbuk gaul dgn daging utk rebus - dihiris nipis-nipis) 
1 sd - serbuk lada hitam / lada hitam kasar ditumbuk halus
1 sd - sos tiram
½ cwn - kicap manis (utk di rebus & di goreng)
1 kuntum - Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1 sd bsr - cili kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)

- sayuran pilihan seperti brokoli, capcicum atau apa jua sayur kegemaran anda

Cara-cara :
Daging direbus dengan kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air  -masukkan daun kari sikit nak bagi rase kari).  Bila daging dah empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit. Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi.  Masukkan cili kering kisar dan kacau sebati. Masukkan pula air rebusan tadi dan juga daging dan gaul rata. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan buah pelaga. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi. Biarkan mendidih sekejap dan kuah agak pekat. Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih atau nasi minyak.

## Siap & sedia untuk dimakan..Senang kan? Garam & gula tak perlu dah sebab sos tiram & kicap manis sudah cukup sebagai perasa. Tapi kalau rasa tak cukup masin, sila tambahkan sendiri garam & gula ##


~ Selamat Mencuba, Merasa & Menikmati bersama 
Keluarga Tercinta ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



No comments:

Post a Comment