Wednesday, July 17, 2013

Resepi - Pemanis Mulut - Ramadhan

RESEPI KUIH BUTIR NAKO aka Butir Nangka
Bhn2:
Bhn kuih:
2 cawan tepung beras pulut 
air pandan secukupnya - 4 helai daun pandan + air (kisar + tapis airnya)           
sedikit kapur makan 
secubit garam dan pewarna hijau
- sebelum menguli doh tu, panaskan air dlm periuk.
- masukkan semua bhn ke dlm bekas dan uli hingga tpg dah tak melekat kat tgn  ( masa masukkan air pandan tu, masuk sikit2 ye)
- ambil sedikit doh, bntukkn bulat dan gentel biar lonjong sikit, terus masukkan doh ke dlm air yg tgh mendidih td..
- buatlah hingga habis adunan tepung tu.
- bila kuih tu dah timbul, maknanya kuih tu dah masak.
- angkat dan masukkan ke dlm air sejuk..

Bhn2 kuah:
 Santan pekat secukupnya
Sehiris nipis halia
1 s/t halba
Gula secukup rasa
Secubit garam

- masukkan semua bhn kedlm periuk dan masak dgn api sederhana hingga didih.
- kena sentiasa kacau  utk mengelakkan santan tu dr berketul..
- masukkan butir nako td, gaul sebati.
- tutup api dan sedia dihidang...


ONDE-ONDE
Bahan-bahan:
400gm/1 bungkus tepung pulut
Air daun pandan (Jus pandan) ~ secukupnya (saya tak de daun pandan, hanya menggunakan pewarna hijau)
2 biji ubi keledek separuh bsr / ubi kentang - rebus n lenyek...
2 ketul atau secukupnya gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus (sy menggunakan kelapa parut kering)
Air secukupnya utk merebus

Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel, masukan ubi yg siap di lenyek.. Uli sampai sebali.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.

7. Gaul dengan kelapa parut.

Puding Karamel - Resepi II
Untuk: 20 bekas

1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1 tin air
6 biji telur - buang mata
Esen vanilla
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati.  Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik.


Puding Roti Karamel 
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair + 1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40min-1jam). Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Puding Roti Karamel
Bahan bahan:
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan bahan Puding:
4 keping roti gardenia – carik carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
½ cawan susu pekat
3 biji telur – pukul sedikit
1 sk esen vanilla

Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi.
Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit.
Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.

Puding karamel tanpa telur..
# gula 2 sudu besar
Masak smpai hangus n tuangkan ke dlm loyang
# agar2 segera 10g
# 3sb tepung kastard
# 4cwn air
# stgah tin susu pekat
# 1tin susu cair
# 1sk esen vanila

Campur sume n masak atas api smpai mendidih dan pekat..tuangkan kedlm loyang yg ade gula hangus td..sejukkan dan masukkan dlm peti ais..siap dimakan time sejuk..nyaman tekak..selamat mcuba..
Add on 1/2cwn gula dlm adunan kastard td

KEK BATIK BISKUT MARIE
125g Butter - Chef terpaksa guna brand FarmCow sebab cari ButterCup tak ada
Biskut Marie - better guna yg original, bukan coklat.. Chef sambar jer apa yg nampak kat kedai
2 Cawan Milo
2 Biji Telur
1/2 Cawan Susu Pekat - kurangkan lagi kalau tak suka manis
Esen Vanilla

Campurkan Telur + Susu Pekat + Milo di dalam satu bekas & pukul + gaulkan sehingga sebati
Masukkan sedikit esen Vanilla utk manambah keharuman

Masukkan Butter di dalam kuali di atas api yg kecil/sederhana
Dalam masa yg sama, masukkan adunan milo uolss tadi & masak bersama-sama dgn Butter
Kacau laju-laju agar campuran uolss tak berketul-ketul

Bila uolss rasa campuran dah ok, masukkan pula Biskut Marie yg telah dipecahkan 4
Gaulkan agar Biskut Marie dimandikan dgn sempurna (^__^)v
Padamkan api
Masukkan adunan yg uolss masak tadi sedikit demi sedikit di dalam loyang or bekas whatever yg telah dilapik dgn plastik *senang utk uolss keluarkan nanti*
Tekan-tekan adunan uolss kuat-kuat utk memampatkan segala ruang yg ada
Bila dah rasa puas hati, masukkan adunan tersebut ke dalam peti sejuk selama minimum 4 jam.. Maksimum ikut suka uolss lar
Lebih lama, lebih sejuk, lebih keras sweet-sweet...

# Sumber dr Blog... TQVM #

 Mutabak mini 
Bahan untuk inti :
2-3 ubi kentang (potong dadu)
2-3 ulas bawang besar (potong dadu)
2 btg cili besar (buang biji,potong dadu)
2 sdb rempah kari ayam/daging
Ayam/daging/sosej (potong dadu)
Garam secubit secukup rasa
Air sedikit

Cara:
1.panaskn kuali.masukkn sedikit mnyk masak
2.Masukkn kesemua bahan kecuali garam secara serentak..tak perlu tumis bawang.
3.Tambah sedikit air jika perlu sekiranya ia terlalu kering.Air dtambah utk memasakkn dan melembutkn ubi..
4.Msukkn garam scukup rasa..

Bahan yg diperlukan untuk membuat mutabak :
Inti
2 biji telur (dipukul)
1 biji bawang besar (dipotong biasa)
Air sedikit dtambah 1sdb tepung ubi (utk dibuat gam..hehe)
kulit popia saiz sederhana

Cara:
1.Masukkn telur yg dipkul ke dlm inti.Kacau inti tersebut.
2.Masukkn pula hirisan bawang besar ke dlm inti.
3.Ambil sesudu inti dan letak di atas kulit popia.
4.Lipatkn kulit popia supaya mnjadi petak.
5.Dibahagian lipatan,ambil sedikit air campuran tepung ubi,dan calit.Ini sebagai gam.hihi.
6.Panaskn pan,masukkn sedikit minyak masak.
7.Bila dh masak,bole angkat dan hidangkn panas2..

Crunchy bread simple
Bahan untuk inti :
2-3 ubi kentang (potong dadu)
2-3 ulas bawang besar (potong dadu)
2 btg cili besar (buang biji,potong dadu)
2 sdb rempah kari ayam/daging
Ayam/daging/sosej (potong dadu)
Garam secubit secukup rasa
Air sedikit

Cara:
1.panaskn kuali.masukkn sedikit mnyk masak
2.Masukkn kesemua bahan kecuali garam secara serentak..tak perlu tumis bawang.
3.Tambah sedikit air jika perlu sekiranya ia terlalu kering.Air dtambah utk memasakkn dan melembutkn ubi..
4.Msukkn garam scukup rasa..

Bahan yg perlu ada:
roti gardenia/roti sandwich
2 biji telur (dipukul)
cheese (utk ditabur ats)
cup bulat yg kecil

1.Masukkn roti kedlm cup,bntukkn ia spya inti bole dimasukkn ke dlm..
2.Masukkn inti ke dlm.
3. Letakkn 2 sdb telur yg dpukul d ats inti trsebut.
4.Taburkn cheese.

Bakar dlm oven slama 10mnit pd suhu 170°c..

Apam coklat kukus
Bahan:
4 cwn gula (boleh kurangkn)
4 cwn tpung gandum diayak bersama 2 sdk serbuk soda bikarbonat
4 biji telur
2 cwn air panas
2 cwn minyak masak
1 sdk garam
1 cwn serbuk koko

1.Pukulkn telur dan gula sehingga ianya kembang
2.Masukkn tepung gandum yg diayak bersama soda bikarbonat.Gaul sehingga sebati
3.Masukkn air panas dan serbuk koko.Tambahkn sedikit garam.Sebatikan adunan.
4.Akhir sekali masukkn minyak masak.Sebatikn..
5.Masukkn adunan ke dlm cup bulat kecil disertakn paper cup.Masukkn adunan separuh shj sbb ianya akn mengembang.

Panaskn periuk pengukus.Kukus selama 20 minit..ulangi step shngga habis..Selamat mencuba

SANDWISH ROLL...
bahan2:
roti
telor
serbuk roti
sosej
secubit garam
tepung gandum( utk lekatkan roti@jadi gam, 2 sudu besar)

cara2:
1.bancuh tepung gandum dengan air smpai agak cair
2.gulung sosej dalam roti dan lekatkan tepi roti dengan tepung tadi.
3.pukul telor sampai kembang+ garam sikit sahaja
4. celup roti dalam telor
5. golek dalam serbuk roti
6 .goreng dalam minyak yang panas sehingga jd agak perang
7. hiaskan dengan mayonis dan sos..


PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.


Panaskan pengukus.

Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)



RESEPI KETUPAT DAUN PISANG/KETUPAT DAKAP

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut.
700-750ml santan pekat
2 sb gula
secubit garam (lina pg letak 1sk)
Daun pisang dan tali rafia (untuk membalut ketupat)

CARA-CARA:
Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).Rendam semalaman.Toskan hinggan kering
Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih
Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya.
Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan cantik.Sentiasa kacau ya.Tutup api dan sejuk sebentar.
Kukus beras pulut hingga separuh masak (anggaran 20min)
Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.Pulut diarun dengan santan.Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.Memadai setakat lembabkan pulut.Kalau dah ok, tak perlu habeskan semua santan.Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit)

Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.(pastikan air kukusan telah mendidih)Anggaran dalam 20-25min.
Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar.Sejukkan sebentar

Daun pisang hendaklah dilayukan atas api atau di bawah cahaya matahari  supaya daun pisang tidak pecah semasa proses membalut ketupat.
Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh..

Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti gambar kat atas tuh.Sorry ya..saya tak tunjukkan step by step sebab buat 2-3 kerja dalam satu masa.Nak cepat punya pasal.

Selesai membalut, kukus semula ketupat selama 8-10min.Ketupat sedia dimakan...

No comments:

Post a Comment