IKAN BAWAL Sweet Sour
/ 3 rasa / Masam Manis
Bahan-bahan
– utk perap ikan
ikan
bawal saiz sederhana - ikut citarasa (disiang dan cuci bersih)
Sedikit
garam
2
ulas bwg
putih
1
“ Halia
3
sd tepung jagung
Bahan-bahan
sos:
1
biji bawang besar
2
ulas bawang putih
1
“ halia
1
biji tomato (Potong dadu)
1
sd bsr sos tomato
5
sd bsr cili sos
3
sd bsr cili giling (Adabi)
Sedikit
air
Gula
/ Garam secukup rasa
¾
biji Nenas (jila perlu)
Hiasan:
daun
bawang / sup / ketumbar / cili merah / salad / carot – klau tkder pn tkper…
buat simple2 jer… ada lg cunnn…
CARA
MEMBUATNYA :-)
Tumbuk
Bawang putih, halia & sdikit garam…
sapu pd ikan bawal… salut plk dengan
tepung jagung, ratakan. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak
dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
Panaskan
sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga
harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang
dan masak sekejap. Masuk sos tomato dan
sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. (time ni blh masukan cube nenas)
Biar mendidih.
Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah
sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh
matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan
daun bawang, cili merah, carot, daun sup, daun bwg… Hidangkan segera...
Roti Jala
Bahan-bahan ( 6 org )
Adunan Roti Jala
4 cawan air suam yang
dibancuh dgn sedikit garam
4 cawan tepung
gandum
2 biji telur
1/2 cawan
santan pekat
Kari Ayam
daging ayam dipotong
kecil2 3 biji kentang di potong dadu 2 ulas bawang merah dan seulas bawang
putih seinci halia di kisar halus serbuk kari dan garam secukup rasa santan
pekat setengah cawan / 2 cawan air
Cara-cara
Roti Jala,
dalam sebuah bekas masukkan tepung, air dan telur. kacau sehingga sangat
sebati. setelah sebati masukkan santan dan sedikit perwarna (kuning telur)
kacau lagi dan boleh la ditebarkan/dijalakan di atas pan atau kuali leper lipat
atau gulung mengikut citarasa masing2.
Kari Ayam
bawang putih dan
bawang merah yang dikisar tadi di tumis bersama penumis sehingga kekuningan dan
naik bau. masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing, masukkan air dan
kacau. apabila mendidih sedikit masukkan kentang yang telah dipotong dadu td
dan biarkan empuk. setelah kentang empuk masukkan pula isi ayam/ayam yg telah
dipotong kecil tadi biarkan hingga mendidih. masukkan santan dan biarkan
mendidih sekali lagi. sedia untuk dihidang bersama roti jala.
Gulai Ketam Tumis Darat
Bahan-bahan ( 3-4 org
)
4 ekor ketam biru (
belah 2)
1 biji bwg besar
*
4 ulas bwg putih *
1 inci halia
*
1/2 sudu serbuk
kunyit *
1 sudu serbuk jintan
manis *
1 paket kecil rempah
kari (ketam - cap tarbus)
4 sekawan (1 kulit
kayu manis, 3 kuntum bnga lawang, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga cengkih)
1/2 biji kelapa parut
utk santan (kisar dgn air agak2 tahap maks blender)
Cara-cara
kisar bahan * dgn
suku air dlm blender, masukkan bahan kisar dan rempah kari dlm periuk dan
masak hingga tiada bau rempah, slps itu masukkan ketam dan santan. biarkan
ketam masak dan kuahnya mendidih serta perasakan garam. tutup api, dlm kuali
lain, tuang sedikit minyak dan tumis 4 sekawan td hgga wangi, kmdian, tuang
bahan tumisan td beserta minyaknya ke dalam periuk berisi ketam dan tutup
periuk tersebut. selepas 10 min, bolehla dihidangkan.. baunya pn hmmmm wangi 1
rumah. P/S: boleh tambah nenas klu suka!!!
Cara-cara
-tumis bwg bsr,
putih, serai & daun kari, hingga kekuningan. -masukkan rempah (digaul bersama2
bhn2 blend) sehinnga pecah minyak dgn sedikit air. -masukkan ketam & nenas
sehingga separuh msk. -masukkan santan & garam secukup rasa. -kacau &
masukkan cili merah.tutup api.sedia untuk dihidangkan.
Gulai ketam & nenas
Bahan-bahan ( 4 orang
)
-4 ekor ketam -
dibelah 2 -1/2 bj nenas(diptg kecik2) -1 peket rempah ketam cap tarbus
-santan -bwg bsr,bwg ptih,halia(diblend) -bwg bsr,bwg ptih(dimayang halus)
-daun
kari -1
btg serai(diketuk) -cili merah(dibelah 4 -hiasan)
-garam secukup rasa
Tumis Santan Pucuk Paku
Bahan
2 ikat pucuk paku 1
cawan santan pekat
ikan bilis
1 batang serai
ketuk
garam /minyak
Bahan kisar
7 biji cili
api 3
biji cili merah 1 sm kunyit hidup 3 ulas b/merah - 1 ulas bwg
putih
Cara
1. Pucuk paku
dipotong dan basuh . Toskan.
2. Panaskan minyak
dan tumisklan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan
dan garam. Masakkan sampai pekatdan naik minyak.
4. Masukkan pucuk
paku dan ikan bilis. Kacau rata.
5. Rasakan garam dan
tutup api.
6. Hidangkan.
Pucuk Paku Goreng Budu
Bahan
500 gm pucuk paku
> potong dan bersihkan 3 urat kacang panjang
2 s/b minyak /
2 s/b budu
Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis
5 tangkai cili
merah
10 tangkai
ciliapi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara
1. Panaskan minyak
dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur
pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin]
3. Kacau rata dan
tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam
pinggan bersama nasi putih.
Kangkung Tumis Belacan
Bahan-bahan (
Semangkuk besar )
1 ikat kangkung segar
1 tangkai cili merah*
2 ulas bwng
merah*
1 ulas bwg putih*
Segenggam ikan
bilis/udang kering*
1 sudu makan
belacan*
gula/garam - perasa
secukup rasa
Cara-cara
Potong kangkung
mengikut citarasa,bersihkan dan toskan.Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga
hampir lumat Bila minyak sudah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau
hingga naik bau atau sedikit kekuningan.. Masukkan garam dan perasa. Kacau jap
then masukkan kangkung. Gaul rata dan kacau sehingga masak(jgn terlampau
masak,x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu, leh bubuh sedikit air dan bila
kuah dah mendidih padamkan api..
Ikan masak sambal
Bahan-bahan
5 ekor ikan
3 ulas bawang
putih
5 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
dipotong bulat
2 biji limau kasturi
(air asam pun boleh) - klau tkder pn tkper
10 sudu makan cili
giling @ cili kering (di rebus & yang diblend)
2 btg serai
gula (nisan) /garam
Cara-cara
Lumurkan ikan dengan
garam & bwg putih... perap selama 10 minit, goreng ikan hingga
garing. Bawang putih & merah dikisar, Panaskan minyak... tumis bawang
yang telah dikisar bersama hingga kekuningan, masukkan cili giling... dan
bawang besar... tunggu sehingga garing and bawang besar layu, bila bahan dh
mendidih...masukkan gula (klau suka ltk perasa, ltklah), sedikit garam (rasa
dlu, klau kurang blh ltk lagi, ikut selera masing2) then masukkan ikan tadi...
gaul hingga sebati... masukkan perahan air limau... gaul sekali lagi... angkat
dan hidangkan .
Note : klau buat aper2 sambal... pastikan bwg
& cili btol2 masak, masak dgn api sederhana, selalu kacau hingga sebati,
gula/garam pn kena seimbang... jgn trlebih masin plk... klau tak sambal
kita tk meTTttooppp....
Singgang Ikan Tongkol
1 ekor ikan tongkol
sederhana besar - ikan kembung pun boleh (3 ekor)
3-5 ulas bawang merah
3 ulas bawang
putih
1 biji cili
merah
2 ulas asam
keping
4-5 biji cili kering
3-4 cawan
air
gula/ garam secukup
rasa
5-6 cm lengkuas (dpt
yg tua lg best)
1 labu bwg besar
Cara-cara
Potong ikan...
Hiriskan bawang merah, bawang putih, lengkuas & asam keping... Kemudian
masukkan semua bahan-bahan dalam periuk... Masak atas api sederhana sampai
mendidih... Bubuh gula/garam secukup rasa... masukan bwg besar, cili kering
& ikan td... biarkan semuanya layu... & agak2 dah masak, rase dlu
gula,garam n asam dia klau dh okay... tutup api... Sedia untuk
dihidangkan :P sedap makan dengan nasi panas beserta budu n ulaman...
Cencaru Sumbat Goreng
Bahan-bahan ( 4-6 org
)
1 kg ikan
cencaru
1/2 biji kelapa parut
(muda &
putih)
* 3-4 biji bawang
merah
* 2-3 ulas bawang
putih
* 1 sudu besar udang
kering
* 1/2 inci kunyit
* 2 batang
serai
* 2 biji buah keras
2 sb lada giling
(cili giling adabi pn ok)
sedikit air asam
jawa garam,
gula n perasa
Cara-cara
Tumbuk semua bahan
bertanda *
Tumis lada giling
hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing n naik bau.
Masukkan sedikit air
asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan
garam, gula n perasa kalau suka... Biar sampai kering... ala-ala serunding.
Sementara tunggu
kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
Sumbatkan kelapa yg
telah siap kedalam ikan. Lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk kunyit.
Goreng ikan hingga masak.
Rendang Ayam
Bahan-Bahan:
Ayam - 1 kilo
(digoreng dahulu - separuh masak)
Bawang Besar- 3 Labu
(kisar)
Bawang Merah - 10
biji(kisar)
Bawang Putih - 6 ulas
(Kisar)
Lada Kering - 30
tangkai (dikisar)
Halia - 2 cm
(Kisar)
Kunyit - 2cm
(kisar)
Lengkuas - 2cm
(Kisar)
serai -3 batang
(dikisar )
Kerisik - setengah
biji
kelapa
1 sudu - rempah
kari
daun kunyit - 3helas
(dihiris halus) Minyak masak
Asam
jawa
gula (nisan) / Garam
/ serbuk Perasa
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing. masukkan rempah kari,
kerisik,sedikit air (ikut suka hati), gula melaka, garam, serbuk perasa.
biarkan sehingga 15 minit. masukkan ayam yang telah di goreng ke dalam tumisan
tadi. masukkan daun kunyit. biarkan sebati selama 15 minit.siap untuk
dihidangkan
Cadangan Hidangan: 6
orang
Tambahan: sesuai di
makan dengan nasi putih atau ketupat atau lontong
RENDANG TOK PERAK
Bahan2 nya :
1 kg daging batang
pinang dipotong menjadi 12 ketul
3 biji kelapa
parut,
1 biji dibuat
kerisik.
3 sm
halia
2 sm lengkuas -
dikisar hingga halus.
3 batang serai
dimesin
30 sen cili kering (3
sudu bsr cili giling - klau nak pedas blh tmbh lagi)
300 gm bawang
merah
4 ulas bawang
putih
2 kuntum bunga
lawang
2 sm kulit kayu
manis
2 paket jintan putih
(sepaket 30 sen)-digoreng tampa minyak.
1 paket jintan manis (sepaket
30 sen)-ditumbuk hingga halus
Sedikit isi kelapa
yang dipotong kecil2 memanjang -digoreng kemudian ditoskan.
Sekeping gula melaka
kecil & Garam secukup rasa.
Cara membuatnya - Daging dibasuh dan toskan sehingga kering. Ambil santan kelapa sebanyak dua mangkuk besar. Panaskan kuali tumiskan kesemua bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian masukan santan, kulit kayu manis, bunga lawang dan kelapa yang telah dipotong kecil besama daging. Biarkan mendidih. Masukan gula melaka, garam secukup rasa, tunggu sehingga kuahnya pekat, baru masukkan kerisik. Biarkan bahan tesebut sebati dan kering. Akhir sekali masukan jintan manis dan jintan putih.
Setelah semuanya
siap, rendang bolehlah dihidangkan, dan dihias dengan daun salat dan cabai
masak.
GULAI AYAM KAMPUNG
600 gram
ayam
1 liter santan
bahan A - dikisar
2" belacan (A)
}
2 biji bawang
besar (A) }
4 ulas bawang
putih (A) }
2" halia (A) }
3" lengkuas (A)
}
3 sd bsr cili
giling (B)
2 kpg asam keping (B)
1/ biji kelapa utk dibuat kerisik (6 sudu kerisik)
1 sk serbuk kunyit
200 gram minyak masak
2 batang serai
Gula/Garam secukup
rasa
Serbuk perasa
CARA MEMBUATNYA:
Panaskan minyak masukkan bahan (A) yang dikisar dan (B) sampai pecah minyak.
Masukkan santan, serbuk kunyit dan krisik sampai panas. Masukkan ayam kampung
(sampai masak). Masukkan perasa. siap...
Ayam Percik Kelantan
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1 mangkuk kecil
santan (sebiji kelapa)
1 batang serai
Bahan (A)
1 batang serai
3 ulas bawang
putih
1 cm halia
Bahan (B)
1 cm halia
3 biji cili
kering
1 biji bawang
merah
gula garam secukup
rasa
Cara-caranya:
Tumbukkan bahan (A)
dan gaulkan bersama ayam (Perap ayam).
Sementara itu
tumbukkan Bahan (B). Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan
masukkan bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar
ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir
masak renjiskan bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering
sedikit renjiskan bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah
percik(bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.
Tambahan: serai yang
di gunakan untuk merenjis ayam itu hendaklah di ketuk di bahagian bawahnya.
Resipi Kerutup Daging
bahan2nya:
setengah kilo daging
filet/ros *dipotong
tebal2*
bawang merah besar 2
labu
bawang puteh 3
ulas
halia 1 setengah inci
lengkuas 1
inci
serai 2 - 3 batang
lada kering 3 - 4
tangkai
sedikit udang kering
(ini suka hatilah)
Rempah kerutup 3 sudu
besar
pati santan tiga suku
cawan
Kerisik / asam keping
/ garam / manisan
Cara2nya:
Bawang merah, bawang
puteh, halia, lengkuas, lada kering, udang kering ditumbuk lumat kemudian
ditumis.
Biarkan masak tumisan
sebelum dimasukkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air
terlebih dulu.
Masak lagi sampai
tumisan masak elok dan naik minyak. Kemudian masukkan daging. Biarkan empuk
baru dimasukkan serai dan asam keping. Tambahkan santan dan sedikit air masak.
Masak menggunakkan api dapur yang kecil - sederhana. Perasakan dengan garam dan
manisan. Dekat2 nak angkat baru dimasukkan kerisik.
Daging Masak Lada
Hitam
Bahan-bahan yang
perlu diadakan :
1/2kg - daging
lembu (direbus bersama kicap & sedikit air - dipotong nipis-nipis)
3 ulas - bawang putih
(diketuk & diracik halus-halus)
4 ulas - bwg merah
2" - halia
muda (1/2 di tumbuk gaul dgn daging utk rebus - dihiris nipis-nipis)
1 sd - serbuk lada
hitam / lada hitam kasar ditumbuk halus
1 sd - sos tiram
½ cwn - kicap manis (utk di rebus &
di goreng)
1 kuntum - Bunga
lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
1 sd bsr - cili
kering kisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
- sayuran pilihan seperti brokoli, capcicum atau apa jua sayur kegemaran anda
Cara-cara :
Daging direbus dengan
kicap. Air rebusan jangan terlalu banyak sebab daging keluarkan air
-masukkan daun kari sikit nak bagi rase kari). Bila daging dah
empuk, toskan dan gaulkan dengan sedikit bahan kisar dan goreng sikit.
Ketepikan daging tadi dan tumis pula bahan kisar lebihan tadi. Masukkan
cili kering kisar dan kacau sebati. Masukkan pula air rebusan tadi dan juga
daging dan gaul rata. Masukkan asam keping, bunga lawang, kulit kau manis dan
buah pelaga. Masukkan kicap jika nak nampak lebih hitam lagi. Biarkan mendidih
sekejap dan kuah agak pekat. Bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi putih
atau nasi minyak.
## Siap & sedia
untuk dimakan..Senang kan? Garam & gula tak perlu dah sebab sos tiram &
kicap manis sudah cukup sebagai perasa. Tapi kalau rasa tak cukup masin, sila
tambahkan sendiri garam & gula ##
~
Selamat Mencuba, Merasa & Menikmati bersama
Keluarga Tercinta ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment