Friday, July 19, 2013

Nasi Ayam Penyek & Nasi Ayam Ipoh


Resepi Nasi Ayam Penyet

1 ekor ayam
1 keping tempe ( dalam peket )
4  keping tauhu
Tepung beras ( anggaran utk tabur pada ayam, tempe dan tauhu goreng )
Ulam2 ( saya guna kobis, kacang panjang, timun dll )

Bahan kisar
1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam

( bahan kisar ini agak banyak dan nanti akan di gunakan utk memerap ayam, tempe, tauhu dan digunakan untuk membuat serdak @ kremes )

Cara Penyediaaan
1. Kisar bahan2 di atas bersama 1/2 cawan air, garam, gula dan bahan perasa/kiub ayam yang dihancurkan.
2. Kemudian perap bahan kisar bersama bhgn ayam yg telah di cuci dan di bersihkan.
3. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk beberapa jam sebelum di goreng.
4. Untuk menggoreng ayam, taburkan sedikit tepung beras pada ayam yang telah perap tadi kemudian goreng ayam seperti biasa.
5. Untuk tauhu, potong dua melintang, kemudian gaulkan dengan lebihan rempah perapan ayam tadi, masa nak mengoreng taburkan sedikit tepung beras dan lumur hingga rata. kemudian barulah di goreng seperti biasa.
6. Untuk tempe, potong 4 dan belah dua melintang, kemudian gaulkan dgn lebihan rempah perapan ayam. Masa mengoreng boleh tabur dengan sedikit tepung beras dan goreng seperti biasa.

Untuk sup
Bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk ( dipotong2 )

Untuk Tumisan
3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )

 Cara membuatnya
1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.
2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam, sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….

Untuk Sambal
5-6 biji cili merah
secekak kecil cili padi ( boleh kurang jika tak suka pedas )
3 biji buah tomato – saya guna saiz besar
belacan bakar ( anggaran 1 1/2 inci )
1 sudu makan garam
2 sudu makan gula
1 -2 biji limau kasturi- ambil jusnya

Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan diatas bersama sedikit air masak.
2. Sesuaikan rasa garam dan gulanya – bolehlah terus dihidangkan!!

 Bahan Serdak @ kremes
1 biji telur ayam
1 cawan air 
2 1/2  sudu penuh tepung beras
sedikit rempah perapan ayam tadi
sedikit garam

Cara membuatnya
1. Satukan dan kacau hingga sebati bahan2 diatas. Kalau bancuhan agak pekat tambah lagi sedikit air….
2. Panaskan minyak ( banyak ) dalam kuali….
3. Bila minyak dah panas… masukkan sesenduk kecil dan spread/tebar kan bancuhan tepung dalam minyak.
4. Cepat2 kacau dan goreng hingga kekuningan dan garing ( cruncy ).
5. Angkat menggunakan tos… dan buat hingga habis…

………

Untuk menghidang
Hidangkan nasi, tempe dan tauhu goreng, ayam goreng, ulam dan sup ( dalam mangkuk kecil ). Serdak @ kremes tu di taburkan kat atas ayam dan tempe/tauhu….. dan bolehlah menjamu selera….

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi
4 cwn beras
4 1/2 cwn air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang    (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega ~ k.nor guna minyak bunga

Cara2:
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam/gula dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
**********************************************************************************
Bahan Untuk Ayam
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu bekas besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
**********************************************************************

Bahan Untuk Sup
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
****************************************************************************

 Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari air rebusan sup)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)
***********************************************************************************

Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

** Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)
********************************************************************

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.




No comments:

Post a Comment